"Iza, I nak pergi London sampai Chinese New Year. You tolong tengokkan bonda dan anak anak i, boleh?", soal Wan Razlan setelah Iza keluar dari bilik persalinan dan duduk berhadapan dengannya di ruangan menunggu depan kaunter gym. Mereka menanti Alina yang masih belum siap."Jumpa Assyila? Kirim salam ye. Tentang bonda dan anak anak, dont worry. Dah macam keluarga I pun. Have fun yeah", sahut Iza ceria, senyuman meleret seolah menyakat Wan Razlan yang dah lama tak berjumpa isteri. Dia faham sangat rasa itu.
"Fun? Macam macam la you ni", balas Wan Razlan seperti tidak mahu mengulas lanjut perbualan mereka.
"Dah lama kan tak jumpa. Ke dia ada balik tapi I tak tau?", tanya Iza seperti cuba mengali memorinya.
"Tau apa?". Tiba tiba Alina mencelah. Disampingnya Taufik. Sememangnya dari tadi, mereka berdua duaan saja. Wan Razlan tak kelihatan ketika itu. Untuk mengelakkan kebosanan berseorangan, Iza menyertai kelas zumba. Kebetulan ada malam tu.
Alina duduk di sebelah Iza manakala Taufik di sebelah Wan Razlan, bertentangan dengan Iza. Iza mengalihkan kedudukannya dari berhadapan dengan Taufik, mengereng ke arah Alina dan Wan Razlan.
"Eh Iza, anak you tinggal dengan siapa? You datang gym malam malam", tanya Alina. Dia baru sedar kejanggalan di situ.
"I tinggalkan di rumah Lan kejap. Sekarang pagi pagi, I tak sempat. Banyak kerja", terang Iza setelah meneguk air dari botol.
"You buat lunch box lagi?", tanya Alina.
"Yes. Lunch biasa dan healthy lunch", jawab Iza yakin, memandang Wan Razlan dan memberi senyuman sebagai tanda terima kasih. Wan Razlan yang banyak memberi jalan dan idea untuknya.
"Wow.. menarik sangat tu. Boleh la kita order nanti bie", balas Alina spontan. Taufik mengangguk.
"Boleh sangat. But inform me one or two days earlier", jawab Iza tersenyum.
🤑🤑🤑
-i dah depan gate ni
-masuk ikut gate kecil tu. Tak berkunci. Masuk rumah ikut pintu sliding tepi fountain. Then you letak lunch box atas meja makan.
-i letak kat gazebo luar ni boleh?
-no. I tak tau nak makan pukul berapa. Malas nak turun dan keluar ambil. You masuk je. Ok? Tq
-ok. Welcome.
Iza mengikut arahan Taufik. Taufik tidak kelihatan di mana mana di dalam rumah. Fuh, selamat rasanya. Sewaktu menerima mesej dari Taufik untuk memesan makanan, Iza agak ragu ragu untuk menerima. Tapi bila mengenangkan, dirinya bukan ada ciri ciri seperti perempuan yang Taufik suka, Iza bersetuju. Malam dulu tu, hanya kebetulan. Salah dia, pakai sebegitu manalah ada lelaki boleh tahan kecuali Wan Razlan.
Alina dan anak anak dah tiga hari pulang ke Pulau Pinang, mengambil kesempatan cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Pembantu rumah turut diberi cuti sementara Taufik tak ikut, banyak kerja katanya.
Wan Razlan pun masih di London. Senyap sunyi, dah hampir tiga minggu di sana. Terasa kosong dalam hidup Iza tanpa dia. Takde kawan berbual dan mengusik. Dua hari lepas, bonda bersama Wan Fariz dan Wan Arissa sudah ke rumah abang sulung Wan Razlan.
Fakhrul, sejak kebelakangan ni sudah berubah menjadi seperti dulu semula. Ada masa ok dengan Iza, ada masa tidak. Jika di rumah, hanya bermesra dengan Farhah dan Fudhla. Iza sepertinya tak wujud. Menegur bila perlu. Selain dari itu, sunyi. Tiada lagi kemesraan. Kadangkala Iza teringin untuk meminta dilunaskan tuntutan nafsunya, namun bila Fakhrul begitu terus mati keinginannya.
YOU ARE READING
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
General Fictioncinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, ta...