13•Who's This?

88 4 0
                                    

"Budak?!"

"Apehal kau culik budak wehh?!"

"Korang gila ke apa ni?!"

"Ya Allah, pulangkan balik anak orang ni?!"

"Matilah kita wehh, matilah kita!!"

"diam!!" Nab menjerit serta merta ruangan wad itu sunyi sepi.

"Terima kasih" ucap Nab lalu mengambil tempat di sebelah Ain.

"Kitorang tak culik"

"Kitorang jumpa"

"Ohhhh, lagi sekali? Tahun lepas dah jumpa" kata Ain.

"Jumpa siapa?" tanya Zhafran

"Jumpa orang yang hilang lah" jawab Izzatull. Zhafran hanya mengangguk.

"Bawak lah dia masuk" pelawa Aiman.

Mereka berdua masuk bersama budak kecil itu yang sedang sibukkan dirinya dengan makan pocky.

"Mana dia dapat pocky tu?" tanya Ain apabila dia melihat sedang tekun mengunyah biskut panjang disaluti coklat.

"Irish beli"

"Kau bagi dia makan pocky?!"

"Habis tu kau nak aku beli kan dia apa?"

"Kau nak kan sebenarnya?" tanya Daniel pada Qasha. Qasha mengangguk perlahan sambil tersenyum malu.

"Kau ni macam budak kecik lah" kata Latif kepada Qasha. Serta merta mata Qasha beralih kepada Latif dengan pandangan tajam yang boleh menusuk ke dalam jantung.

"Eh suka hati aku lah aku ni macam budak kecik ke tak. Yang kau nak panas kenapa?" jawab Qasha dengan baran.

Selepas itu, mulalah pertengkaran mulut antara Latif dan Qasha di luar hospital. Mereka berdua dihalau oleh nurse dan begitu juga dengan yang lain.

"jadi, macam mana dengan budak ni sekarang?" pertanyaan Firash tadi membuatkan semua saling berpandangan dan memikirkan tentang fasal budak yang Irish jumpa.

"Bawak dia gi balai jelah. Ape susah?" sebahagian mengangguk tanda setuju dengan cadangan Daniel, sebahagian nya tidak.

"Yang tak setuju ni, kau orang nak buat apa dengan budak ni? Nak jaga ke Busyra?" tanya Hanif pada Busyra Tiba-tiba.

"Apesal aku pulak?"

"Okey, budak ni kita hantar balai je, atau kita bawak dia pergi kaunter pertanyaan tu je. Kan senang?"

"Tapi..."

"Ahh takde tapi tapi! Budak ni kita hantar je kat balai. Kesian kat mak dia cari pulak" kata Shahrul berbaur kejam terhadap kanak kanak tersebut.

"Betul jugak tu. Kesian kat mak ayah dia cari pulak nanti" tambah Zhafran pula.

Semua nya nampak akur sahaja dan melihat budak kecil itu yang sedang menyibukkan diri nya dengan makanan di tangan.



Di balai polis..

"We're here!!" jerit Shahrul sambil tangannya diangkat ke atas.

"Datang balai gembira kau ye?"

Ain di sebelah bertanya apabila melihat kelakuan Shahrul sebenar tadi.

Mana tak nya, kalau muka dan jeritan dia seperti orang yang baru balik kampung jumpa atok nenek padahal balai polis.

"dia gembira nak jumpa kawan lama dia tu" kata Busyra cuba membuat lawak.

"Aku mana ada kawan kat sini. Kau ni!" Shahrul mencebik dan acah acah nak bagi penumbuk dekat Busyra tetapi tak boleh. Nanti polis nampak naya dia.

"Aku buat lawak jelah!"

"Jom lah masuk. Mana budak tu?" tanya Nab apabila dia mendapati budak perempuan tadi tiada bersama mereka sejak mereka datang.

"Entah, aku pikirkan kau yang teman dia jalan tadi" kata Nat sekali gus menuduh Nab yang menemankan budak perempuan itu berjalan ke balai.

"Aku? Mana ada! aku pikirkan kau!" balas Nab

"Dah tak payah gaduh. Budak tu selamat dengan Irish. Tu haaa" Adam menunjuk ke arah pagar besar balai polis itu. Terdapat Irish dan budak perempuan baru saja masuk ke dalam perkarangan balai itu dengan perlahan.

"Apehal dia tu lambat sangat jalan?"

Keanehan Irish yang berjalan lambat membuatkan semua kawannya menimbulkan rasa kurang senang dengan sikapnya itu. Sekali Irish akan bercakap dengan budak perempuan itu dan budak itu hanya mengangguk sahaja.

"Alahhhh, lambat sangat ni..." rungut Qasha.

"Irish!!apehal lambat sangat tu?!" jerit Aiman pada Irish. Irish menoleh ke arah mereka semua yang sedang menunggu di luar pintu balai.

Beberapa saat sahaja Irish dan budak itu berada di hadapan mereka semua.

"Lambat nya jalan, kau kura kura ke?" sengaja Latif mengacau Irish dan ketawa kecil.

Irish hanya menjeling nya sahaja. "Kura kura lagi laju dari Irish" tambah Amsyar.

Makin tajam pandangan yang diberikan oleh Irish. "Jom lah masuk" mereka bergerak ke arah pintu balai itu. Ain sudah memegang pemegang pintu itu dan sedia untuk menolak pintu itu tetapi terbantut apabila Irish menjerit kuat.

"Jangan!!!"

Semua memandangnya dengan riak wajah tidak puas hati. Selepas itu, datang lah dua orang pegawai polis yang baru sahaja datang dan melihat mereka semua beramai ramai berkerumun di depan pintu.

"Ape awak semua buat kat sini?" tanya salah seorang pegawai polis itu dengan tenang.

"Kami nak report pasal budak----uhmm!uhmm" mulut Qasha ditutup oleh Irish dengan serta-merta.

"T-takde lah, kami saja datang untuk membuat laporan untuk kerja sekolah geografi" tipu Irish.

Dua orang pegawai polis itu memandang sesama sendiri. Sama juga dengan yang lain.

"Dia ni dah kenapa?" tanya Qasha bisik pada Firash apabila mulutnya tidak lagi ditutup oleh Irish.

"Entahlah, dia ni pelik lah" jawab Firash.

"Awak semua boleh balik, tak de apa nak dilaporkan untuk kerja sekolah awak tu" kata pegawai polis itu.

"Tapi budak ni..." belum sempat Latif ingin menceritakan tentang budak itu dia dipotong oleh suara tegas milik pegawai polis.

"Kalau awak semua datang sini nak main main, awak semua boleh keluar saja sebelum saya masuk kan awak semua dalam lokap!" kata pegawai polis itu dengan tegas.

Terus mereka semua berlari keluar daripada perkarangan balai polis itu tidak jadi untuk menghantar budak perempuan ke balai.

"Kau apehal?!" marah Daniel. Mata memandang tepat ke arah Irish yang bersama dengan budak perempuan itu.

"Ape?"

"Apesal kau potong ayat aku tadi!"

"Aku tak nak bagi budak ni kat polis"

"Dah kenapa kau ni?"

"budak ni tak nak pergi balai polis"

"Siapa je yang nak pergi balai polis?" tanya Qasha. Semua memandang Shahrul.

"Ape pandang aku macam tu?"

"Ahhh tak kisah lah! Kita masuk balik bagi budak ni dekat polis tu!" kata Ain tiba tiba yang mula serabut dengan keadaan cuaca yang panas terik tak berangin langsung menambahkan kekusutan dan amarah yang ada.

"Budak ni kata dia tahu mak dia kat mana!"

"WHAT?!"

📚📚📚








[C]Book 2 : 11 Pelajar Hots [Wanna One] on editedWhere stories live. Discover now