12• Buah Tangan

103 7 1
                                    

"Hang okey ka Zhafran?" Daniel terus menyoal Zhafran apabila Zhafran mulai sedar daripada pengsan nya.

"Hang ada sakit mana mana?" Shahrul pula menambah

"Ni kenapa balutan kat kepala kau ni pelik sangat?" tanya Aiman menunjuk ke arah balutan di kepala Zhafran.

"Apesal yang menyibuk tanya pasal balutan tu? Takde keje ke?" Hanif menepuk sedikit kuat tangan Aiman yang sibuk menyentuh balutan di kepala Zhafran.

"Aku okey lah" mereka semua senyap seketika apabila mendengar suara Zhafran. Mereka hanya lihat kawan baik mereka yang terlantar di hospital akibat hentakan yang kuat di dalam bas tadi. Kepala Zhafran terhentak agak hebat di salah satu bahu kerusi di dalam bas membuatkan Zhafran tidak menyedarkan diri selama 4 jam. Selepas itu, lawatan itu dibatalkan dan mereka semua bergegas ke hospital.

selama empat jam itu, mereka bergilir gilir masuk kerana mereka terlalu ramai untuk masuk ke dalam wad itu.

"Eh kenapa nangis?!" terkejut Zhafran apabila kawan kawannya mulai mengeluarkan air mata mereka.

"Kitorang fikir kau dah takde dah tadi!" kata Shahrul masih menangis di bahu Daniel.

"Entah! Tulah, aku suruh duduk. Sibuk nak nak bagi air mineral kat Cikgu buat apa?! Cikgu dah ada air mineral!" tambah Daniel.

"Kitorang sayang kau tahu tak?! Kalau kau takde sape nak hiburkan kitorang yang kurang kasih sayang ni?! AUCH! SAKITLAH!" Bahu Aiman ditampar kuat oleh Hanif.

"Jangan over sangat boleh?"

"Alahh, jangan nangis. Aku okey jee, cuma tu lah rasa berdenyut je"

"Berdenyut?! Panggil Doktor cepat Shah!" Daniel menolak bahu Shahrul supaya memanggil doktor dengan kadar yang cepat.

"Eh tak payah! Berdenyut sikit je. Jangan lah risau sangat"







📚📚📚







"Kau nak buat apa dengan bahan bahan ni Ain?" Busyra yang baru masuk ke dalam dapur terus ternampak Ain sedang mengeluarkan bahan bahan basah daripada peti ais.

"Aku nak buat bubur untuk Zhafran" jawab Ain sambil tangan nya pantas memotong ayam menjadi ketukan yang kecil.

"Kenapa nak kena buat bubur? Buat lah benda lain. Bubur tu lapuk sangat lah"

"Habis tu kau nak suruh aku buat chicken chop?"

"Tch, takde lah buat chicken chop" kata Busyra. Dia hanya melihat Ain yang cekap memotong segala bahan untuk dimasukkan ke dalam bubur nanti. Nak tolong rapi takut mengganggu pulak. Kang Tak jadi pulak bubur Ain tu.

"Daripada kau duduk tenung tu, lebih baik kau tolong aku letak air dalam periuk tu" kata Ain sambil tangannya lincah memotong sayur.

"Yelah yelah"

Terus sahaja Busyra bergerak mengambil cawan untuk diisikan dengan air.

"sukat elok elok, aku tak nak dia jadi berkuah pulak"

"Iyeee Ain"



📚📚📚






Irish berjalan seorang diri di kawasan hospital itu bertemankan coconut shake di tangan. Tadi dia bersama dengan Adam dan Amsyar untuk melawat Zhafran yang sudah genap sehari berada di dalam wad. Tetapi mereka bertiga datang terlalu awal, jadi mereka berpecah mencari haluan masing masing sementara menunggu waktu melawat.

Sedang dia melihat sekeliling hospital, Irish ternampak seorang budak perempuan berambut pendek paras leher seperti sedang mencari sesuatu. Dia ingin menghampiri budak itu tetapi satu suara memanggilnya dari belakang.

[C]Book 2 : 11 Pelajar Hots [Wanna One] on editedWhere stories live. Discover now