• A S T : 1 1 •

2K 117 0

AKU mengikuti langkah mak Carl yang berlalu pergi ke dapur namun terpaksa memperlahankan langkah agar seiringan dengan Carl.

   " Aunty nak masak apa-apa ke? Kalau ada Rose boleh tolong. " kataku kepada mak Carl. 

   " Eh, tak perlulah. Baru datangkan? Pergilah tukar baju dulu. Mandi ke? Satu lagi jangan panggil aunty, panggil mak. Bakal menantu makkan? " mak Carl tersenyum kepadaku lalu ketawa kecil.

   " O-okay. " aku hanya mampu tersenyum kelat. Carl di sebelah aku memandang aku dengan muka bekunya namun bibirnya sedikit herot.

   Eee, siaplah kau nanti!

   " Cath, come down! " jerit mak Carl. Seketika kemudian, seorang perempuan yang berambut ikal mayang datang ke bawah.

   Kurus, cantik, tinggi. Itu yang aku dapat perhatikan semasa melihat perempuan itu.

   " Brother! " segera perempuan itu menerpa ke arah Carl dan memeluknya erat.

   Ish, panas pula hati!

   Aik, dah kenapa pula dengan kau ni, Rose?

   " I miss you so much, brother! " teruja perempuan itu memandang Carl. Adik Carl mungkin.

   " I miss you too. " jawab Carl. Ditepuk-tepuknya belakang perempuan itu seperti kanak-kanak enam tahun walaupun perempuan itu sudah besar tagun membuatkan aku seolah-olah terkesima.

Dengan mesra dia, dengan senyuman melebar itu, dengan segala-galanya yang aku lihat di depan mata aku sekarang ini. Dia kelihatan begitu gembira sekali, berbeza dengan Carl versi sebelum ini. Dingin dan beku.

    " Kim bu, erkek kardeş? ( Siapa itu, abang? ) " soal perempuan itu sambil memandang aku dan Carl silih berganti.

   " Sen ne düşünüyorsun? ( Adik rasa? ) " soal Carl semula. Perempuan itu menekup mulutnya, teruja.

   " Oh my God, my baldız! ( kakak ipar ) Welcome baldız, you're so pretty! My name is Cathie, just call me Cath. " ujar adik Carl yang bernama Cathie itu. Aku mengangguk dan tersenyum manis. Cath menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku dan aku menyambut.

   " My name is Rose Amani. Just call me Rose. Nice to meet you, Cath. " jawabku mesra. Cath tersenyum lebar. Teruja benar nampaknya dia berjumpa dengan aku. Mesti ada kaitan dengan Carl ni.

   " Cath, bring your brother's girlfriend to her room! She want to change her clothes! " mak Carl menjerit kecil dari dapur. Tengah memasak agaknya.

    " Okay mum! "

   " Let's go, Kak Rose. I'll bring you to your room. " Cath menarik tanganku dan aku mengikutinya.

    " Macam mana Cath tahu yang akak ni orang Melayu? "

   " Terdengar. " Cath senyum kepadaku.

   " Oo okay, faham. "

Dia membawa aku ke sebuah bilik yang terletak di tingkat tiga. Besar ya amat ruangnya. Perabot dan dekorasi? Tak perlu cakap lagi, semuanya mewah-mewah belaka. Carl pula hilang tanpa jejak.

   " Kak, this is our guest room actually. Cath harap akak tak kesahlah. " ujar Cath. Seriously, gueest room ada lampu chandelier?

Aku tersenyum.

   " Akak tak kesah. Ni pun lebih daripada mencukupi. Terima kasih, Cath. " jawabku. Cath buat tanda thumbs up.

   " Kak... " panggil Cath.

   " Ya? "

   " Cath harap akak loyal dengan abang. " kata Cath. Aku mengerutkan dahiku.

   " Kenapa? "

   " Sebab sebelum ni, abang ada ramai girlfriend tapi tak ada seorang pun yang dia pernah bawa balik rumah. Akak orang first. " jawabnya.

   " Err, ramai...girlfriend? " Huh, sah playboy! Tak sangka ada orang nak juga dekat mamat beku tu.

   " Yup, but he's not serious with them. He's just wanna have fun, he said..."

What the? Have fun?!

   " And Cath harap akak dapat mengisi segala kekosongan abang Carl. " sambungnya lagi.

Kekosongan? Mamat beku tu sunyi ke?

   " Kekosongan ap... "

   " Bye kak! " Tak sempat aku nak tanya, dia dah pergi. Haduh, tak apalah. Next time aku tanya.

Aku memasuki guest room yang dikatakan oleh Cath sebentar tadi. Katil saiz king, bilik air besar , brenda besar, perabot mewah. Senang cerita, semuanya adalah luxury. Dan gaya yang diterapkan adalah gaya klasik moden.

Bag bagasi dan barang-barang aku letakkan di dalam bilik dan air wuduk diambil dahulu kerana waktu solat hampir tamat. Usai menunaikan solat, aku memasuki bilik air 'mewah' tersebut untuk membersihkan diri.

Keluar dari bilik air, aku menukar baju menggunakan pakaian yang disediakan di dalam bilik air dan bergerak ke meja untuk mengeringkan rambut dan....

   " Allah, hair dryer tak bawa lah pula! " keluhan berat aku lepaskan.

Tak kesah, aku kena dapatkan hair dryer juga. Kalau tak hati aku tak tenteram! Terpaksalah aku pergi ke bilik Cath untuk meminjam daripadanya iaitu di bilik sebelah bilik aku.

   Rasanyalah, sebab nampak tadi dia masuk bilik tu.

Aku bergerak ke bilik di sebelahku perlahan-lahan, takut terserempak dengan mamat beku tu.

Pintu bilik itu aku ketuk perlahan.

   " Cath! Cath! Ni akak ni, akak nak pinjam hair dryer! " jeritku kecil setelah berulang kali aku mengetuk pintu, namun tiada sahutan.

   Dia mandi ke?

Aku cuba membuka pintu. Tombol pintu aku buka perlahan-lahan dengan bacaan basmallah. Ceh, alimlah pula! Haha. Dan akhirnya, pintu dapat dibuka.

Kepala aku jengulkan dan apa yang aku dapat perhatikan hanyalah bilik berwarna grey matte plus brown yang kosong bersama dengan bunyi cucuran air.

   Mandi kut, jadi aku pun aci redah jelah bagi menjalankan misi mencari hair dryer.

Buka laci sana, laci sini, tak ada pun hair dryernya! Mana taknya, bilik besar gedabak! Cari-cari dan cari, akhirnya closetlah merupakan destinasi terakhir aku untuk mencari hair dryer ni.

   Nampak tak betapa pentingnya hair dryer dalam hidup aku?

Terlopong aku melihat closet ni, macam boleh jadi shopping mall! ( *gambar seperti di atas ) Tapi yang aku peliknya, kenapa semuanya barang lelaki?!

   Jangan-jangan...

   Buk!

Aku terlanggar sesuatu menyebabkan aku hampir terjatuh namun disambut seseorang. Ditariknya aku mendekatinya membuatkan nafas aku terus terhenti.

And yup, sesuatu itu adalah seseorang.

   " Are you trying to seduce me with your sexy wet hair, rosalié? "



[ jangan lupa vote+comment+share! Let me know yr opinion ;p.
Tq:)! ]

  

  

Amo Sole Te [ I Love Only You ]Where stories live. Discover now