"Macam mana you boleh kenal Remy?", soal Iza sebaik mereka berdua habis beriadah, sudah bergerak ke tempat meletak kenderaan.
"Kat gym", ringkas jawab Wan Razlan.
Iza pelik selama ni dia tak perasan kelibat Remy pun.
"Lama dah join gym. Cuma time tak sama dengan you", terang Wan Razlan menjawab rasa kegusaran Iza.
"Dia baru pindah kat kondo baru siap tu", tambahnya lagi.
Iza mengangguk perlahan, nafas diatur kembali setelah lelah berlari walaupun dia agak perlahan berbanding Wan Razlan dan Remy dihadapannya.
"Kata kawan satu U. Tapi I nampak you macam kekok dengan dia". Pelik juga Wan Razlan dengan Iza. Remy seolah sangat teruja bila nampak Iza, tapi tidak dengan Iza.
.
Iza seolah tak mendengar, fikirannya menerawang jauh.Wan Razlan menarik Iza setelah nyaris dilanggar kereta saat melintasi kawasan pakir untuk ke kereta masing masing. Walaupun kawasan itu ada had kelajuannya namun risau juga.
"You fikir apa ni? Tak nampak kereta tadi ke?", marah Wan Razlan pada Iza yang melekap ditubuhnya setelah agak kurang stabil saat ditarik Wan Razlan.
"Tah Lan. I rasa macam berjalan di awang awangan je. Hati I rasa berdebar la", jawab Iza setelah menjauhkan diri dari Wan Razlan dan berjalan ke keretanya. Wan Razlan mengekori Iza, kebetulan memang sengaja pakir sebelah menyebelah.
"Iza, bonda I nak jumpa you. Dari hari tu dia minta you datang ke rumah, nak kawan bersembang katanya. Tapi dah Fakhrul ada kat rumah, I tak de la beritahu you", ujar Wan Razlan.
Iza tersenyum. Senyumnya seindah matahari yang baru terbit, menyinari hati gundah Wan Razlan. Mereka saling berpandangan, bersandar pada kereta masing masing.
"Hai, belum balik lagi?", tegur Remy.
"Belum. Berbual sekejap", balas Wan Razlan menoleh pada Remy dan berjalan ke arahnya. Manakala Iza menghidupkan enjin kereta. Sedikit pun tak disapanya Remy.
Kehidupan diteruskan seperti Sabtu setiap minggu. Balik dari sekolah, anak anak dah merengek untuk ke clubhouse, berenang. Kereta Wan Razlan sudah ada di depan pagar. Farhah dan Fudhla berlari ke situ. Setelah anak anaknya masuk, Iza berjalan ke tempat pemandu.
"Lan, you tolong tengokkan anak anak I hari ni. I rasa tak sedap badan. Macam nak demam tapi I periksa suhu, ok je", beritahu Iza, wajahnya tak ceria seperti selalu.
"You dah bagitau Fakhrul yang you tak sihat?". Iza mengerdipkan matanya tanpa bersuara. Sememangnya jika Fakhrul ke rumah Syazana, dia tak akan mengganggu kecuali jika Fakhrul yang menhubunginya dulu.
"You rehat la. Macam biasa, apa apa call I", kata Wan Razlan setelah Iza senyap tanpa kata.
Iza memejamkan mata, menahan sakit kepala. Wan Razlan nampak ada air dihujung mata iza.
"Sakit sangat?"
"Tak la. You bawak la budak2 cepat. I ok ni. Nak telan panadol kejap lagi".
Wan Razlan mengawasi anak anak walau hatinya bimbang pada Iza. Sesekali diperiksa telefon kalau kalau ada panggilan dari Iza yang tak didengari.
"Abah", panggil Wan Fariz sebaik pintu bilik Wan Razlan dibuka. Wan Razlan saat itu sudah bersantaian, bersedia untuk tidur. Mata yang sedari tadi memandang pada rumah hadapan, beralih pada anak bujangnya.
"Ada apa?". Wan Fariz menghulurkan telefon miliknya kepada Wan Razlan. Fikirnya Assyila ingin bercakap.
"Farhah nak cakap dengan abah". Kata kata Wan Fariz mendebarkan hatinya. Segera dia menjawab panggilan tersebut. Hanya esakan Farhah didengari menenggelamkan setiap kata yang cuba dituturkan. Tangisan Fudhla pula semakin kuat, suara Iza seolah olah memarahi anak anaknya membingitkan keadaan. Tanpa berlengah, Wan Razlan mengajak bonda ke rumah Iza.
YOU ARE READING
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
General Fictioncinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, ta...