Seolah mendapat kembali piala, Fakhrul merasa megah. Rambut Iza dicium lembut. Tindakannya membuat Iza terjaga dan ingin bangun namun dia lagi pantas tubuh Iza dipeluk erat, mengiring.
"Cukup la. Banyak kerja saya belum buat ni", rengek Iza minta dilepaskan. Jari jari Fakhrul cuba dirungkai dari terus mendakapnya.
"Sekejap lagi kita buat sama sama. Belum puas peluk isteri abang ni", bisik Fakhrul mengeratkan lagi pelukannya.
Iza terdiam, mengerling pada jam di dinding. 'Arghh.. patutnya saat ini aku dah basah dengan peluh. Membakar kalori, menyingkir lemak lemak tapi lain jadinya. Mmm... eh, tadi pun bakar kalori juga'. Iza tersengih sendirian. Malam tadi pun bakar juga.
Pelukan Fakhrul semakin erat menggambarkan rasa kasihnya saat itu. Dah lama tak bercinta begitu. Bukan tak hebat permainan Iza selama ini, namun rasa cinta tak menggebu seperti sekarang. Selalunya tawar, sekadar menunaikan kewajipan. Keinginan kurang. Hanya sesekali datang menggila. Adakalanya dia membezakan Iza dan Syazana.
Syazana, kisah hitam yang tak sengaja dibawa masuk dalam kehidupan rumahtangga impiannya.
Syazana, asalnya cuma perhubungan suka sama suka. Bersukan bersama selepas waktu pejabat, kemudian ke clubbing atau karaoke. Bila Iza mulai sibuk, Syazana secara rela menawarkan tubuhnya. Pada saat itu, Syazana juga menghadapi masalah dengan kekasihnya. Sungguh dia tak sangka dia akan terjerat. Syazana sangat professional pada awalnya, entah mengapa tiba tiba berubah.
Iza, ada masa lenyap dari hatinya tatkala di rumah Syazana. Tapi Syazana tak pernah hilang jika di rumah Iza. Dia sendiri pelik mengapa. Apa yang dia sedar, perasaan sayang pada Syazana mula tumbuh, namun pada Iza tak pernah luntur. Pelik, masih cinta tapi...
Adakah bukan cinta, cuma simpati? Seperti kata Syazana. Simpati sebab Iza umpama anak yatim sejak abah bernikah baru? Mungkin. Sebab itu, dia tak mahu memberitahu Iza tentang Syazana. Bimbang Iza makin sedih, rasa semakin terbuang, tersisih. Berseorangan.
Tak.. bukan simpati. Memang benar masih cinta. Masih ada rasa getar kadangkala. Masih ada rasa gelodak di jiwa. Masih wujud rasa rindu, sepertimana dia di Korea baru baru ini.
Ilmu hitam? Syazana?
Fakhrul mengeluh kuat, membuatkan Iza berpusing. Memandangnya dengan penuh tanda tanya. Fakhrul sekadar menggelengkan kepala. Dahi Iza dikucup lama. Hembusan nafas hangat Iza mengenai dadanya, menggoda. Seluruh urat ditubuhnya mula digerakkan untuk langkah seterusnya."Abang, dah lewat ni", bisik Iza bila selimut yang menutupi tubuh mereka diselak. Tangannya menjalar di belakang Iza hingga ke punggung yang dirasakan makin pejal.
"Sekali lagi sayang. I never had enough of you", kata Fakhrul, kedua tangannya memegang tangan Iza yang diletakkan keatas kepala dan terus melekapkan bibir mereka.
😋😋😋
Melihatkan Iza begitu pantas membuat kerja rumah, Fakhrul rasa bersalah kerana selama ini dia nampak yang jelik tentang Iza. Walaupun perbuatan itu biasa saja sebenarnya. Jika dibandingkan Iza dan Syazana dalam bab rumahtangga, Syazana jauh ketinggalan. Tapi ditutupkan mata, yelah Syazana suri yang bekerja. Dengan adanya pembantu, lagilah Suazana lepas tangan perihal rumahtangga. Hanya sebab kesiankan anak anak, Fakhrul mengalah. Nak bergaduh selalu pun tak kuasa, takde hasil. Menambahkan aura negatif saja dalam perhubungan mereka yang ada masanya sejuk, dingin kaku cuma belum membeku.
Awal awal dulu memang mereka kerap bergaduh. Syazana nyaris nak ditangan kerana keluar dari rumah tanpa pengetahuannya. Konon mencari ketenangan diri kerana katanya Fakhrul tak pernah menganggap dia sebagai isteri. Fakhrul mengaku itu salahnya tapi yang buat dia marah, Syazana ke Thailand dengan teman seuniversiti tanpa memberitahunya. Bukan teman perempuan, itu masalahnya.
YOU ARE READING
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
General Fictioncinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, ta...