"Saya follow dia ni kak", kata Alina menunjukkan profil di facebook dan instagram.
Iza membelek satu persatu gambar yang ada, perasaan teruja mula menjalar dalam dirinya. Walaupun lebih berusia dari Iza, tapi dia mampu melakukannya. Bukan saja memiliki tubuh yang langsing, malah berotot. Kulitnya juga turut kelihatan segar.
"Tak susah ke nak buat ni Lina?", berkerut dahi Iza melihat perubahan tubuh gerangan yang berada di dalam telefon.
"Mula mula susah kak. Dia ni pun hampir dua tahun baru dapat badan begini. Ingat tak masa saya mula join gym hari tu. Sekejap je. Ni baru mula balik. Jom la kak. Ada kawan baru best sikit".
"Akak ingat nak buat kat rumah dulu. Malu pula nak terus ke gym. Bukan larat nak berlari atas treadmill tu. Takut gegar satu gym", ujar Iza menahan tawa.
"Akak... akak bukan gemuk pun. Berisi sikit je", balas Alina mencubit lengan gebu Iza. Iza mengaduh kesakitan. Mau je rasanya menampar Alina yang terkekeh ketawa melihat reaksi Iza.
"Kak, 80% faktor pemakanan. 20% senaman. Kurangkan gula dan karbo, lebihkan sayur dan serat. Dalam fb cikgu tadi tu, banyak contoh pemakanan hariannya".
Iza mengangguk perlahan, apa yang ditunjukkan sangat menarik perhatiannya. Bihun sup dihadapannya ditiup perlahan sebelum disuap ke mulut dan dikunyah perlahan lahan.
"Lina dah kurus, nak kurus apa lagi?", soal Iza melihat Alina dihadapannya. Pada pandangan Iza, Alina dah cukup cantik fizikalnya.
"Banyak lemak ni. Kat perut, peha kak. Abang Taufik tu...", jawab Alina sambil menepuk -nepuk kawasan yang dinyatakan. Kemudian Alina diam seketika. Air mukanya berubah.
Alina menghela nafas panjang seolah melepaskan sesuatu di hati. "Dia ada orang lain", luah Alina. Bibirnya diketap rapat.
Iza mulai berdebar, adakah kisah dia dan Taufik telah diketahui oleh Alina. Iza cuba bertenang, Alina berhenti dari terus menyuap roti bakar. Air mata mula bergenang. Iza cepat cepat memegang tangan Alina, sebelah tangan lagi menghulur tisu.
"Siapa?", tanya Iza mengawal ketar suaranya
" Melina", jawab Alina perlahan.
Hati Iza lega sebab bukan nama dia yang disebut namun rasa simpati wujud terhadap Alina.
"Kawan je kot", ujar Iza cuba menenangkan Alina.
"Ya kawan. Kawan istimewa. Mereka tak pernah berpisah pun selama ni. Mereka dah bersama dari sebelum kami kawin. Taufik simpan dia selama ni. Tapi on off. Dia selalu ada tugasan di luar negara. Tapi bila balik sini, dia memang dengan Taufik".
Iza menelan air liurnya, pahit. Hatinya makin sakit dengan cerita Alina. Kisah dirinya sendiri belum selesai.
"Mana Lina tau ni?"
"Terbuka galeri telefon dia. Banyak kak. Banyak sangat".
"Lina, satu gambar boleh menceritakan seribu kisah. Mungkin satu je kisah yang betul". Iza cuba menenangkan Alina dan juga hatinya.
"Kalau gambar begini, apa ceritanya kak?", tanya Alina menghulurkan telefonnya kepada Iza, terpapar gambar Taufik hanya berseluar pendek sedang berpelukan dengan seorang wanita yang hanya berbikini. Iza tak sanggup melihat wajah sugul Alina. Dia tau betapa sakitnya rasa itu.
"Ini Melina?"
"Bukan. Ini Michelle", jawab Alina. Soalan yang sama ditanya pada Taufik beberapa minggu lalu.
"Berapa ramai Alina?", tanya Iza spontan bila melihat gambar gambar yang ada.
"Setakat saya sempat tengok lima orang".
YOU ARE READING
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
General Fictioncinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, ta...