43

9.6K 486 116
                                    


Ralit Iza memilih buah buahan yang elok tersusun dalam bakul di atas para. Hari ni, dia dapat memilih dengan teliti dan tenang. Farhah dan Fudhla ditinggalkan di rumah Alina, bersama Wan Fariz dan Wan Arissa. Alina yang beriya menjemput mereka datang bermain. Jadi Iza mengambil kesempatan untuk bersantai sendirian. Kali ini, dia membeli belah jauh sedikit dari kawasan perumahannya. Saja berjalan jalan di tempat lain. Tak banyak pun dibelinya, hanya mencuci mata.

Kopi panas sudah mulai suam, masih tersisa setengah cawan dan set roti bakar yang dilepa dengan mentega kacang telah selamat masuk ke dalam perut. Terasa sunyi pula, selalunya bising dengan riuhnya suara anak anak. Iza mengelamun memandang kereta yang melalui jalan besar di hadapan kompleks membeli belah tersebut.

Kerusi dihadapan Iza, ditarik kuat menyebabkan Iza tersedar dari lamunan. Iza memandang, wajah ketat berkulit mulus berkaca mata gelap ala ala Jackie Onassis, duduk dihadapannya. Kaki disilang mempamerkan kulit kaki yang putih tanpa cela.

"Kau nak apa?", tanya Iza menghabiskan kopi kepada seorang yang tak perlu memperkenalkan dirinya.

"Aku nak kau tinggalkan Fakhrul", jawabnya dingin.

Iza menjeling, rasa benci mula menjalar.
"Kenapa aku yang perlu tinggalkan dia? Kau yang rampas dia dari aku".

"Aku tak rampas. Dia yang datang menjemput aku masuk dalam hidup dia. Sebab apa? Sebab kau tak mampu bahagiakan dia. Kalau dia sungguh cintakan kau, aku takkan wujud", ujarnya sinis sambil tertawa kecil.

Iza panas mendengar kenyataan tersebut.
"Kami bahagia sebelum kau wujud. Kau dah tau aku dengan dia nak kawin. Yang kau serah diri kat lelaki macam Fakhrul tu kenapa? Dah tak laku sangat? Ke kau ni memang sangap laki orang? Kaki caras tunang orang?"

"Aku tak laku ke kau tak laku? Sebelum Fakhrul, aku ada boyfriend la. Fakhrul yang tergila-gilakan aku. Tak macam kau, loser. Satu jantan je. Lepas tu tak reti nak back off bila jantan tu tak nak dah kat kau. Fakhrul kawin dengan kau sebab kau dah mengandung bukan cinta pun", sindir Syazana menanggalkan kaca mata hitamnya dengan bergaya.

"Heii.. aku tak heran la dengan Fakhrul tu. Kau nak kau ambil. Ikat dia dengan bomoh bomoh kau tu. Jangan bagi dia balik rumah aku", balas Iza kegeraman. Loser?? Tu yang kau label aku? Sebab aku setia pada yang satu. Benarkah ini Fakhrul, segala yang dikatakan?

"Aku, bomoh?? Kau yang bomohkan Fakhrul. Cermin diri la. Rupa macam kau takkan ada lelaki yang nak pandang kecualilah kalau kau guna bomoh".

Fuhhh....mendidih Iza mendengarnya bila dituduh menggunakan bomoh untuk dapatkan Fakhrul.

"Kau nak sangat dia? Hambik. Kau suruh dia ceraikan aku. Aku pun tak hingin jantan penipu macam dia. Memang sesuai sangat korang berdua. Satu kaki auta, satu lagi kaki mandrem", perli Iza keras.

Iza mengeluarkan not 20 dari beg tangannya dan diselitkan di bawah cawan. Syazana ditinggalkan. Tak kuasa nak bertikam lidah lagi. Dari dia dalam keadaan baik, terus jadi sebaliknya.

Syazana tersenyum lebar dengan kemenangannya. Memang sudah dijangka, Iza pasti kalah. Sama dengan Fakhrul, begitu juga jika berselisih pendapat dengannya. Geram hatinya bila Fakhrul kini berbeza - semuanya Iza, itu Iza ini Iza. Baru ini pun, tempoh bermalam di rumah Iza dilebihkan bilangan hari dari rumahnya atas alasan Fakhrul datang ke rumahnya kerana ma sakit walaupun sepatutnya masa itu Fakhrul di rumah Iza. Jadi, Iza dapat lebih 4 malam bersama Fakhrul. Menyakiti hati Iza bagaikan satu pencapaian terbaik untuknya. Dah lama dinantikan saat itu. Sudah penat berpura pura selama ni.

Manakala Iza menatap wajahnya sekali lagi di hadapan cermin. Ya, berbeza dengan madunya. Gaya yang sangat eksklusif, dengan baju paras lutut disertai jaket kecil tersangkut di bahu. Sedang dia??

AKU ORANG KETIGA (TAMAT)Where stories live. Discover now