42

9.1K 439 290
                                    

"Apa kata ustazah tu?", soalan pertama dari mulut mak. Fakhrul hanya mendiamkan diri, memejamkan mata sambil berbaring di kerusi panjang sebaik masuk ke rumah.

Iza yang baru nak menyelak kunci pintu rumah berpaling pada mak kemudian Fakhrul. Kemudian mak semula. "Ustaz Harun yang ubatkan kami", jelas Iza.

"Ohh...", panjang huruf itu keluar dari mulut mak.

"Farhah dan Fudhla dah tidur, mak?", soal Iza lembut. Ditangannya ada beg plastik besar berisi air dan bungkusan daun bidara.

"Dah. Tadi lagi. Esok la kita cerita. Mak mengantuk ni".

Iza berteleku di hujung katil, pandangannya terhala pada dua orang puteri yang lena tidur. Namun, fikirannya menerawang jauh merentasi masa lampau. Hatinya kini kuat mengatakan madunya punca semua ini, dari semua bayangan yang ustaz berikan tadi.

Tubuh Iza terasa lemah selemahnya. Saat dibacakan ayat ayat Ruqyah sewaktu sesi perubatan tadi, seluruh tubuhnya terasa ada sesuatu yang menjalar, pening mula melanda diri, rasa mual tiba tiba hadir dan nafasnya mula tersangkut sangkut.

"Ustaz, cukuplah. Saya tak nak teruskan", ujar Fakhrul. Terhenti terus bacaan Ustaz Harun.

"Kenapa nak berhenti?", tanya Mak Tam.

"Saya kesian tengok Iza. Dah pucat ni, nak tumbang dah", jelas Fakhrul terus memegang tubuh Iza. Dia tahu apa yang Iza rasa kerana dia turut merasai cuma dia berlagak seperti tiada apa apa terjadi.

Ustaz Harun sekadar mengangguk. Mak Tam kelihatan sangat kecewa. Iza dipapah Fakhrul ke sofa semula.

Tekak Iza masih lagi terasa mual loya seperti tadi, walaupun telah meneguk setin Nescafe sejuk dari 7-Eleven. Di telinganya masih terngiang ngiang bacaan ustaz tadi, akhirnya Iza meluru keluar ke bilik air memuntahkan isi perutnya.

Fakhrul dilihat sudah tertidur di sofa. Iza duduk bertentangan dengan suami tercinta. Jam menunjukkan tiga tiga puluh enam. Berada di rumah Ustaz tak lama, setelah menghantar Mak Tam pulang, mereka berdua ke pekan mencari 7-Eleven. Fakhrul memakir kereta di situ. Katanya ingin berehat. Iza tak mahu bersoal jawab dalam keadaan begitu, hanya akur dengan keinginan Fakhrul.

"Mak, kami balik KL kejap lagi".

Suara Fakhrul menyentakkan hati Iza yang baru melangkah keluar dari bilik air. Mak yang sedang memotong keledek untuk digoreng turut terkejut. Ditoleh ke belakang, ada tuala tersangkut di bahu Fakhrul.

"Kan baru sampai semalam. Rehat la sehari dua", kata mak. Iza terpaku.

"Banyak kerja mak. Bukan boleh nak tangguh- tangguh. Tangguh sehari maknanya rugi berjuta. Sewa kapal, sewa equipment, gaji diorang yang standby lagi", terang Fakhrul. Wajah Iza direnung, mengarahkan Iza cepat menguruskan anak anak dan mengemas barangan untuk dibawa pulang. Iza mengeluh.

"Tinggalkan Iza dengan anak anak kat sini. Nanti sekolah nak buka, datang la ambil", kata mak memberi cadangan.

"Mana boleh mak. Rindulah kat diorang. Dah la seminggu tak jumpa", kata Fakhrul membantah. Mak dan Iza saling berpandangan.

"Jaga diri baik baik Iza. Solat jangan tinggalkan. Amalkan apa yang ustaz cakap. Apa apa bagitau mak ye. Fakhrul memang macam tu, biarkan. Banyakkan bersabar", pesan mak sewaktu mereka berpelukan sebelum berpisah. Kesal mak, belum sempat nak mengetahui apa terjadi, Fakhrul sudah beriya nak balik ke KL. Iza pun seolah tertutup mulut dari bercerita apa yang berlaku.

"Kesian mak", keluh Iza sebaik kereta keluar dari perkarangan rumah. Farhah dan Fudhla melambai tangan tanda selamat tinggal kepada nenek mereka.

"Banyak kerja la. Lain kali kita balik", kata Fakhrul nada serius.

AKU ORANG KETIGA (TAMAT)Where stories live. Discover now