41

9.2K 480 182
                                    

"Mengada ngada betul dia tu. Sengaja kan? Bukan dia tak tau you bawa I dan anak anak holiday", ujar Syazana penuh kebencian bila Fakhrul memberitahu Iza tidak sihat di rumah melalui panggilan telefon yang menjadi rutinnya tiap pagi.

Hati Fakhrul tidak begitu tenteram untuk menghabiskan cuti. Mulanya, ingin saja dia pulang dahulu dan biarkan Syazana dan anak anak menghabiskan cuti. Tapi, bila Iza berkeras bahawa dia mampu menjaga diri serta anak anak dan meminta Fakhrul teruskan percutian, Fakhrul berbelah bagi. Kalut juga untuk Syazana menguruskan tiga anaknya. Dah la pembantu dan ibu bapa Syazana pun tak dibawa bersama.

Fakhrul menggelengkan kepala mendengar bebelan Syazana. "Setakat demam, badan sakit, biasa la kalau mengandung. I dulu masa mengandungkan Sandra, sorang je. You takde pun, tak pernah ambil tahu tentang I langsung".

Fakhrul membiarkan Syazana meluahkan segala yang dirasa dan ditanggung selama ini.

😒😒😒

Sebaik memasuki lorong rumah, Fakhrul sudah nampak kereta milik iparnya, suami Husna di depan rumahnya. Hati mulai resah. Apa sebenarnya berlaku. Kenapa mak datang tak beritahu dia. Iza pun, kenapa tak beritahu.

Setelah berbual seketika dengan iparnya yang memerhati anak anak bermain di hadapan rumah, Fakhrul melangkah masuk. Terus bersalaman dengan mak, yang berada di dapur.

"Sibuk sangat ke kerja sampai Iza sakit pun tak dapat balik? Dah berapa hari dia macam tu?". Soalan mak membuat jantung Fakhrul berdegup laju. Tergagap dia mahu membalas.

"Mm.. Iza cakap dia ok. Mm... teruk ke mak?".

Mak merenung wajah Fakhrul. Dalam hati kesal, kenapa anaknya ini langsung tak prihatin pada isteri sendiri. Berbeza dengan arwah suaminya dulu, dia pening sedikit pun sudah disuruh berehat. Terluka tangan ketika bersiang sayur atau ikan pun, disuruh ketepi. Arwah suami yang akan menyiapkan semua. Dah lama diperhatikan Fakhrul, berbeza sangat. Kasihan pada Iza kian menebal.

"Mak nak bawa diorang balik kampung sementara masih cuti lagi ni. Iza perlu berubat secara tradisional, bukan dengan doktor doktor ni", tegas mak.

'Mengada betul Iza ni. Sekadar demam siap telefon mak, betul la macam Syazana cakap. Yang mak ni, sibuk nak bawak Iza balik kampung, demam aje mak', bisik hati Fakhrul.

"Mak, demam kan. Nak balik kampung buat apa. Telan je panadol".

"Demam? Nampak sangat kamu biarkan Iza sendiri. Sampai apa yang terjadi pun dia tak cakap. Kenapa la kamu berdua ni. Ada masalah?", luah mak kecewa dengan keadaan Iza yang tidak sihat dan Fakhrul seolah lepas tangan.

"Apa ni mak? Kami baik la", jawab Fakhrul bersahaja namun dalam hati curiga, adakah mak tau tentang perkahwinan rahsianya.

"Kalau baik, kenapa Iza tak bagitahu kamu yang anak kamu hilang. Ni kes serius tau. Anak dalam perut tiba tiba boleh hilang".

Fakhrul terduduk. Hilang? Macam mana boleh hilang. "Gugur lagi?", soal Fakhrul kecewa.

"Hilang. Faham tak? Hilang", balas mak kegeraman.

"Nasib baik mak berkeras jugak singgah nak jenguk Farhah dan Fudhla. Kalau kami terus je balik Temerloh tadi, mesti tak tau kak Iza sakit", sampuk Husna yang tiba tiba masuk ke dapur.

"Singgah? Dari mana ni?", tanya Fakhrul kehairanan.

"Kan ada kenduri kawin anak sepupu arwah ayah, Along Syahrin. Lepas tu, Husna bawa anak dia, cuti cuti malaysia kat KL", jelas mak.

"Fakhrul, apa pun mak tetap akan bawa Iza balik. Mak nak berubat dengan ustazah Mak Tam. Lain benar rasanya kali ni".

"Tapi mak". Fakhrul cuba memberi alasan namun dipotong Husna pantas.

AKU ORANG KETIGA (TAMAT)Where stories live. Discover now