40

9.6K 408 216
                                    

"Janganlah..". Iza menepis tangan Fakhrul yang cuba memeluk dari belakang.

"Sampai bila nak macam ni? Takkan tak nak bagi peluang untuk abang? Dah berapa lama kita begini".

Jeda.
Rasa bersalah memang wujud dalam diri, rajuknya lama. Ya benar Fakhrul salah, Fakhrul penipu, Fakhrul mengecewakan dia, Fakhrul memusnahkan cinta sucinya tapi Fakhrul masih suami yang sah, bapa kepada anak anaknya, masih bersabar dengan anginnya, masih menyintainya dan kini sedang cuba berubah. Iza nampak kesungguhan Fakhrul. Haruskah diberi peluang kedua buat Fakhrul dalam hubungan ini?

Fakhrul menarik Iza rapat ke dalam pelukan. Lengannya menjadi bantal Iza. Tubuh Iza dirangkul dari belakang dan mendarat di perut Iza yang semakin membulat. Rambut Iza dihidu, rindu saat bermanja. Sudah lama mereka tidak bermesra begini. Bukan untuk hubungan badan, sekadar meluahkan rasa cinta dan sayang melalui sentuhan.

Iza hanya menurut, hatinya rindu benar pada Fakhrul meskipun Fakhrul telah merobek jiwanya. Teruknya rasa diri, telah diperlakukan sebegitu masih ada ruang untuk lelaki itu. Cinta sememangnya telah membutakan diri.

"Maafkan abang sayang. Bagi peluang untuk abang perbetulkan semua ini". Iza memejamkan matanya bila mendengar kata kata Fakhrul. Akhirnya terlena.

Episod baru mewarnai kehidupan mereka. Terasa lapang dada Fakhrul, Iza menerima dia kembali. Rindu sering bertandang setiap kali berjauhan. Sapaan di pagi hari melalui telefon akan berlarutan hingga mata terpejam. Seolah baru mula bercinta. Iza pun sepertinya sudah terbuka hati dengan keadaan sekarang.

Fakhrul membuat giliran adil untuk kedua keluarganya walau ditentang keras Syazana. Malah wang nafkah Iza diberikan sekali ganda. Apa guna berpangkat tinggi, bergaji besar tapi anak isteri bagai tak dibela. Biarlah kedua keluarganya merasa apa saja yang dia mampu berikan.

"Dari tadi senyum, suka la tu", usik Fakhrul mencubit pipi Iza.

"Dah lama tunggu kan. Akhirnya. Tak sabar". Senyuman kian meleret. Geram sangat Fakhrul dengan Iza.

"Lagi 3 bulan. Sabar la mama", kata Fakhrul, menggenggam jemari Iza.

"Nak letak nama apa kali ni? Masih pangkal F?"

"Mestilah, dah anak Fakhrul. Nama dah fikir. Cuma belum pasti jantina kan masa tu. Kali ni, Firas. Ok tak? Kecerdikan".

Iza tersenyum, menyandarkan kepalanya pada bahu Fakhrul yang memandu. Iza memandang jalan di hadapan, ada yang lurus dan berselekoh. Begitulah hidupnya. Walau pedih, harus diteruskan. Kebahagiaan tak datang bergolek, tak seperti yang diimpikan. Untuk bahagia, ianya dari hati dan usaha.

"Tak penat? Perut dah makin besar ni. Masih nak teruskan lunch box dan home tuition?", soal Fakhrul prihatin.

"Tak. Biarlah aktif sikit. Nanti dah hujung hujung, baru cakap la cuti. Seronok pula kerja macam ni", jawab Iza seikhlas hati.

"Seronok? Bukan sebab duit? Ke masih belum cukup apa yang abang bagi?"

"Alhamdullillah, cukup. Beri ilmu pada anak anak, bukan sebab duit saja tapi keberkatan ilmu".

😍😍😍


Berat rasa hati Fakhrul untuk meninggalkan Iza dan anak anak tapi itu dah janjinya. Setiap kali perayaan Krismas dan Tahun baru akan disambut dengan keluarga Syazana. Untuk hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha memang itu untuk Iza dan anak anak. Cuti bersama keluarga pun sama tempoh cuma destinasi berbeza.

Fakhrul memeluk erat tubuh Iza, lega kerana Iza menerima kekurangan dan memaafkan kekhilafan yang dia lakukan. Iza merenggangkan pelukan Fakhrul, didongakkan kepala merenung ke dalam mata.

AKU ORANG KETIGA (TAMAT)Where stories live. Discover now