Melihat orang aneh tersebut buat begitu, dia tertanya-tanya kenapa dan mengapa mereka melakukan semua ini? Apa tujuan mereka?

Pada waktu yang sama, Yoongi nampak ada empat lagi batang tiang yang dipacak mengelilingi bulatan tersebut namun tiada sesiapa diikat disitu. Itu membuatkan dia sedar yang ianya adalah tempat untuk keempat lagi kawan nya— yang masih lagi berpeluang untuk melepaskan diri.

Bercakap tentang kawan-kawan nya, dia mula tertanya-tanya macam mana lah keadaan kawan nya yang lain? Yang masih ada di dalam lubang itu? Jungkook, Namjoon, Hoseok dan Taehyung. Wajah keempat lelaki ini masih lagi segar bugar dalam mindanya walaupun baru kenal hari ini. Setakat ni, dia terasa seperti ianya sudah cukup lama dia mengenali kawan-kawan seperjuangan nya itu. 

Bercakap tentang kawan, dia mula teringatkan Seokjin. Kim Seokjin. Lelaki itu pengkhianat. Mata Yoongi meliar cuba mencari susuk tubuh lelaki tersebut di sekelilingnya.

" cari aku Yoongi? "

Seokjin masih dalam jubah hitamnya. Namun hanya dia seorang sahaja yang tidak memakai topeng muka. Dia memandang ke arah Yoongi dan Jimin dengan wajah yang selamba. Kedua tangan memeluk dadanya. Yoongi memandang lelaki itu dengan pandangan yang penuh benci. Mahu sahaja dia menyepak lelaki itu tepat pada kepalanya kerana berkelakuan sebegini pada dia dan juga Jimin.

Tetapi jauh daripada sudut hatinya, dia berharap agar Seokjin sebenarnya tidak bermaksud pun nak melakukan semua ini. Dia harap sangat yang Seokjin terpaksa buat semua ini atas dasar arahan dan bukan nya sengaja. Walau macam mana pun, Seokjin juga rakan seperjuangan nya.

" sudah berapa lama? " Yoongi menyoal dahulu dengan nada suaranya yang lemah. Tekaknya berasa sakit untuk bercakap kerana dibahagian lehernya juga turut diikat ketat pada batang kayu itu. Seokjin hanya mengangkat bahunya.

" lama dah. Sebelum kita mulakan ekspedisi ni pun " katanya dan itu mengundang perasaan amarah daripada Yoongi. Nampaknya lelaki di hadapan nya ini memang benar sengaja.

" kenapa hyung? " Jimin yang lemah dan tak berdaya itu menyoal pula. Dia memandang Seokjin dengan pandangan yang kesal, kecewa. Namun masih dengan penggunaan kata hormat. Yoongi seakan tak percaya pada Jimin. Malah dia pun tak mahu hormat lelaki tak guna di hadapan nya ini tetapi lelaki itu masih lagi hormat padanya.

" aku rasa kau tak perlu tahu itu. Ianya sebahagian daripada hal yang aku perlu uruskan. " Seokjin memusingkan badan nya membuatkan belakangnya menghadap kami berdua. Yoongi melihat Jimin yang mukanya mula kemerahan kerana menahan geram terhadap Seokjin namun dia tak memberontak. Sebaliknya, lelaki itu melirikkan matanya ke arah Yoongi dengan pandangan yang risau dan tak tentu, dia berkata, " macam ni ke kehidupan kita akan tamat? "

Yoongi terdiam. Sungguh dia tak ada jawapan untuk persoalan lelaki itu tetapi dia harap— berharap agar kematian mereka berdua tidak akan berakhir di sini, di tangan lelaki tak guna itu.

" kita tak akan mati di sini. Jangan merepek boleh tak? " Yoongi secara tak sengaja menaikkan nadanya pada Jimin. Dia dapat melihat wajah Jimin berubah dan darah daripada wajahnya meluncut. Lelaki itu mengalihkan pandangan matanya kebawah.

Yoongi rasa serba salah. Bukan apa, tetapi perasaan dia dan pemikiran dia berkecamuk. Dia tak dapat berfikir dengan waras dan dirinya sendiri rasa marah setiap masa dengan takdir yang menimpa dirinya dan yang lain kecuali lelaki tak guna itu.

Dia kemudian nya cuba mencari klu ataupun apa-apa idea untuk melepaskan diri. Namun segalanya di sini bagaikan kosong, hanya yang ada adalah orang-orang yang memakai topeng yang sedang bersiap sedia untuk sesuatu yang dia sendiri pun tidak tahu apa benda. Tetapi yang menjadi kepastian buat dirinya, ianya tak mungkin bagus.

Buat seketika, dalam fikiran nya terlintas seperkara yang penting buatnya. Dia mulai sedar yang dalam poketnya terdapat pisau lipat yang Hoseok berikan padanya semasa mula-mula ekspedisi ini iaitu ketika mereka berehat di  salah sebuah bilik di mana dirinya menjadi penahan pintu gerbang tak berbayar. Akibatnya, dia hilang peluang untuk tidur. Apabila difikirkan balik, kelakar juga wajah kawan nya yang lain apabila menyedari terdapat banyak raksasa yang cuba menebusi pintu itu ketika mereka sedang berbincang.

Dia juga masih ingat reaksi Hoseok apabila dia memegang pisau tersebut. Dikatanya pisau itu kelihatan mengerikan. Dia ingin beri pada yang lain tetapi yang lain tak mahu. Jadinya, mungkin dia letakkan pisau tersebut pada poketnya secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Yoongi kerana Yoongi sendiri tak mahu memegang pisau itu.

Yoongi tersenyum segaris sebelum dia cuba untuk menarik tangan nya yang tergantung itu keluar daripada ikatan tali tersebut. Disebabkan pergelangan tangan Yoongi amatlah kecil, ianya cukup memberi peluang padanya untuk mengeluarkan tangan nya daripada ikatan tersebut. Yoongi tersenyum simpul apabila tangan kirinya berjaya melepasi ikatan tersebut.

Dia cuba untuk mencapai pisau daripada poket seluarnya tetapi terkejut apabila Seokjin menoleh ke arahnya semula. Terus, dia meletakkan semula tangan nya pada posisi yang tadi. Dia masukkan tangan nya semula pada seutas tali yang sudah longgar sedikit itu.

" masalahlah manusia ni. " desisnya perlahan.

" oh ya, aku lupa pula ingin mengunci yang lain dalam bilik tadi. Ah, mungkin mereka sudah mula memulakan perjalanan. " Seokjin merungut. Lalu meluru ke arah beberapa kumpulan orang yang bertopeng itu lalu dia arahkan mereka untuk mencari kawan nya yang lain. Ternyata benar sangkaan Yoongi yang ke empat lagi batang kayu dihadapan nya ini untuk kawan nya yang lain.

Dia kena cepat.

Terus, dia menarik tangan nya keluar daripada seutas tali itu lalu terus mencapai pisau yang ada dalam poketnya.

Ternyata benar, masih ada lagi tersimpan kemas pisau tersebut dalam poketnya. Secara tak langsung, dia terus senyum.

" aku sayang kau Hoseok. "

SELAMAT HARI RAYA EID ADHAAA!
Daripada Fy ikhlas dari hatiii~

Fy tahu ada daripada korang yang mesej fy dekat wall dan juga comment dekat chapter sebelum ni. Sorry lah guyss fy tak sempat balas. Ada masa Fy cuba balas ehh? BTW trial Fy dah lepas sebelum cuti tu, jadi skang boleh lah free jap buat sementara tapi lepas naik cuti nanti ada perbentangan GEO pulak huhu

Sekarang ni pun banyak gila hw tapi tulah HAHAHA bertangguh 😂

BTW ! thank you pada sesiapa still vote and baca cerita ni!! ILYYYYYYUUUUYYYYY SO MUCH ❤️❤️❤️

hollow of the low. Where stories live. Discover now