Fakhrul sekadar memerhatikan Farhah dan Fudhla bermain bersama Wan Fariz dan Wan Arissa di padang permainan. Tadi Wan Razlan ada bersama tapi kemudian dia berjogging mengelilingi tasik. Iza enggan ikut bersama, katanya mahu bersendirian di rumah. Banyak yang perlu diuruskan.
"Farhah pergi je dengan daddy, bawa Fudhla sekali. It is bonding time between daddy and daughters. Kan dah selalu dengan mama, bosan nanti". Kata kata Iza terngiang ngiang di telinga Fakhrul. Iza masih dingin umpama salju.
Menikmati angin petang melegakan sikit ketegangan dalam hati Fakhrul. Bukan setakat Iza, Syazana pun mula buat perangai setelah mengetahui bahawa rahsia perkahwinan mereka terbongkar. Fakhrul tak sangka Syazana boleh buat sebegitu, blog tentang keluarga rahsianya dan gambar gambar mereka tersebar di dunia maya. Kini bukan rahsia lagi.
"Cerai aje la dia, dah dia minta kan? Bukan menyenangkan you pun. Semua you kena tanggung. Dia makan tidur saja di rumah. Belanja rumah ni I kena tolong you pula", kata Syazana sebaik Fakhrul menyoal tentang blog, gambar - gambar tersebut sambil bercerita tentang pergolakan antara dia dan Iza akibat dari tindakan Syazana.
"You ingat cerai tu senang? Lepas cerai I boleh lepas tangan? Lagi beban tau. Lagi banyak masalah", bidas Fakhrul kegeraman.
"Masalah? You yang buat masalah tu. Cakap je la sebenarnya you masih cintakan dia", balas Syazana keras, menyampah bila isu Iza timbul.
"Yes, I masih cintakan dia. You sendiri tau kan, she is my first love. My only love then. You yang kacau bilaukan hidup kami", akui Fakhrul yang sememangnya sakit hati dengan perangai Syazana. Ditanya baik baik, boleh pula melenting.
"Salah I pula? Ye lah, semua I yang salah. Yang tak elok semua I. Jantan tak guna"
"Kalau you dah tau I tak guna, kenapa nak juga dengan I?"
Syazana memandang Fakhrul tajam, meluap marahnya. Fakhrul mula jadi seperti dulu, keras dan menjawab. Dah lama ditundukkan Fakhrul agar menurut katanya. Degil sangat, kalau tak dijinakkan, memang dia takkan dapat Fakhrul sampai bila bila.
Kini, Fakhrul dah lain. Pasti kerja Iza ni. Ibu di kampung harus diberitahu segera. Susah sangat nak pisahkan Iza dan Fakhrul ni. Dah bertahun diusahakan, dah banyak tempat ibunya pergi tapi semuanya masih sama. Berenggang, rasa tak suka dan benci tu ada, cuma berpisah tu masih belum berjaya. Entah ilmu hitam apa Iza pakai sampai Fakhrul masih cintakan dia walau jarang bersama, malah nafsu Fakhrul terhadap Iza pun dikunci. Iza pun tak lalu nak melayan Fakhrul disebabkan masalah kesihatan yang ibu tuju buatnya.
Saban bulan ibu akan datang membawa 'barang' menambah apa yang telah susut. Kadang kadang depan Fakhrul mereka berbual tentang itu. Fakhrul bukan faham pun bahasa mereka. Dengan ibu pun, Fakhrul tak ngam. Perbuatan Fakhrul terhadap Syazana pada peringkat awal telah membuatkan ibu geram dan marah. Dan perasaan itu dibawa hingga ke hari ni.
"Kau saja la yang bercerai dengan dia". Kata ibunya dalam bahasa ibunda mereka sebaik Syazana menceritakan melalui telefon.
"Tak nak. Lelaki lain tak sebaik Fakhrul. Ma, dah banyak lelaki dalam hidup Steph, Fakhrul ni yang paling baik", keluh Syazana, memohon agar ibunya mengerti.
"Baik apa? Kau ni, laki orang pun kau gilakan. Kalau jutawan tu, aku faham juga". Bebel Puan Phua yang tak mengerti sebabnya.
"Dia memang baik dari awal ma. Cuma bila Steph ajak kawin tu, dia berubah. Please ma", rayu Syazana nekad untuk memiliki Fakhrul sepenuhnya. Fakhrul tak banyak soal jika dia ingin keluar ke mana saja, sejak dari awal dulu. Tak seperti teman - teman lelakinya terdahulu, mengongkong. Lagipun kini, Fakhrul memegang jawatan tinggi di syarikat dia bekerja, gaji pun sangat sangat lumayan.
YOU ARE READING
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
General Fictioncinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, ta...