38

9.1K 417 324
                                    

"Iza, pandang la bila saya bercakap".

Iza mendengus, barang yang dikeluarkan dari dalam beg kisar semula sengaja diletakkan kasar ke atas meja. Bunyi yang terhasil agak mengejutkan Fakhrul. Dah seminggu, Iza masih lagi berperangai sama. Bercakap bila perlu, bila ada anak anak baru dia bersuara, itu pun jika ada sebab. Mencari peluang untuk berbicara atau menyentuhnya dengan kasih sayang seperti dulu, sudah tiada lagi.

Sepanjang di Langkawi, Iza hanya membiarkan anak anak dengan Fakhrul. Dia berjalan di belakang. Seringkali juga, Fakhrul terperasan ada mata mata nakal memandang Iza. Sewaktu keluar makan pun begitu, Iza sekadar melihat Fakhrul melayan kedua puteri itu makan. Adakalanya, Iza keluar meninggalkan mereka di bilik dan berjalan seorang diri di persisir pantai. Pernah juga Fakhrul terlihat Iza bercakap dengan pekerja hotel, rasa kurang senang wujud dalam dirinya namun Fakhrul tak boleh bersuara. Itu janjinya.

Saat malam semuanya terbongkar, Iza telah menuntut segalanya agar adil dan saksama. Fakhrul lama termenung saat itu. Iza meminta dirinya tidak lagi dikongkong. Sebagaimana bebasnya Syazana berpakaian, bergaul, berpemergian ke mana saja, itu yang diminta. Fakhrul akur.

Tapi bila Iza meminta izin untuk bekerja, Fakhrul tak benarkan kerana khuatir dengan keadaan Farhah dan Fudhla. Untuk membiarkan mereka dengan pembantu rumah, memang tidak. Cukuplah dengan masalah pembantu rumah yang dia dan Syazana hadapi. Kebanyakan masa, dia yang terpaksa berkorban menjaga Sandra dan Sufian. Bila masanya terkorban bermakna masa untuk Iza turut terkorban sama.

"Buat apa nak kerja?", soal Fakhrul. Sememangnya dia kurang senang dengan isu ini.

"Nak ada duit dalam tangan. Senang jika awak nak lepaskan saya nanti". Jawapan Iza benar benar menjerut hatinya. Fakhrul melepaskan hela.

"Lepaskan?? Jika nak lepaskan, dari dulu Iza. Saya sayang awak. Lagipun saya dah janji untuk jaga awak kan selepas kita bernikah dulu. Dah lupa??".

Iza merenung Fakhrul dengan penuh rasa marah. 'Itu dulu, Fakhrul. Kalau aku tau dia ada wujud masa tu, dah lama aku tinggalkan. Biarlah aku hidup dengan Farhah berdua'.

Fakhrul menatap mata Iza dengan penuh cinta, "Jaga anak anak kita, itu lebih utama. Cerai tak pernah terlintas untuk awak".

"Dia boleh pula kerja. Kenapa saya tak?", tanya Iza seolah mencabar Fakhrul.

Fakhrul bersabar walau Iza mula meninggikan suara.

"Dia memang dah kerja sejak dulu. Sayanglah nak berhenti. Lagipun dia tak sama dengan awak. Dia jenis tak lekat di rumah". Fakhrul mengeluh, itu kebenaran yang harus ditelan. Syazana sering saja mencipta alasan dan mencari aktiviti untuk keluar dari rumah dan tak terperuk dengan anak anak. Fakhrul yang menguruskan dengan bantuan pembantu rumah. Dia tak mampu berkata tidak atau jangan pada Syazana.

Iza seolah tak mendengar apa yang dikatakan.

"Macam ni la. Kalau nak sangat, saya benarkan tapi hanya dari rumah supaya Farhah dan Fudhla tak terbiar. Letak keutamaan pada mereka".

Iza sekadar menganggukkan kepala namun segaris senyuman pun tak terukir. Mujur wajah Iza sememangnya manis, tak la terasa sangat kehangatan krisis mereka.

Kini, dilihatnya Iza melipat beg beg kitar semula yang digunakan tadi. Fakhrul menyusun kata.

"Iza.. saya nak ke sana ni. Seminggu", ujar Fakhrul melangkah mendekati Iza. Iza bergerak lebih pantas mengelak dari dirapati.

"Hmmm.. pergilah. Nak duduk sana terus pun tak pe. Tak semak mata ni".

Sakit hati Fakhrul mendengarnya, namun dia harus bersabar. Semuanya salah sendiri. Tadi pun begitu saat mereka membeli belah barangan dapur. Iza berjalan berasingan dengannya. Percutian di Langkawi tak mengubah apa apa cuma dapat melihat anak anak lebih ceria dan bahagia.

AKU ORANG KETIGA (TAMAT)Where stories live. Discover now