26

374 21 0

Aku sedang duduk di bangku sambil mendengar lagu yang dipasang di telinga..

Aku melihat paparan dihadapan ku

Kebanyakkannya maklumat yang dipaparkan ialah berkaitan kesihatan... Punca penyakit...risiko...dan kesan...

Sudah dapat teka kan aku dimana??

Sedang menunggu ibu ku diperiksa didalam...

Aku menoleh ke sisi ku..

Kelihatan seorang lelaki duduk menghadapku dengan mulut yang membicara kan sesuatu yang tak jelas..

'' jom balik. ''

Aku cepat cepat mengalih pandangan ke arah ibuku lalu tersenyum sumbing..

Semasa aku lalu dihadapan lelaki itu... Aku membuka earphoneku...

'' Bunuh mati bunuh mati langgar kereta mati mati mati mati langar langgar lori bunuh mati pisau kaca mata kereta mati mati mati kaca muka mata ''

Setelah beberapa tapak menjauhi lelaki tersebut..

aku terus tanyakan soalan kepada ibuku..

'' Orang tu sihat ke tak? ''

Ibu ku menoleh kebelakang dan memandang aku hairan

'' Orang mana? ''

............................................................

Berita hari ini seorang pemandu lori telah melanggar sebuah kereta proton akibat daripada mengelak daripada sesuatu halangan yang masih belum dikenal pasti.. kejadian ini telah meragut nyawa seorang kanak kanak lelaki manakala seorang perempuan cedera parah. Punca kematian dikenalpasti akibat serpihan serpihan kaca menusuk ke muka kanak kanak lelaki tersebut dan mengakibatkan pendarahan yang serius... Ok berita seterusnya...


Horror StoriesWhere stories live. Discover now