Part 1

3K 90 1
                                    

Waktu awal persekolahan di suatu sekolah menengah kebangsaan di Kajang.Hari-hari disitu seperti terlalu cepat kerana tiba-tiba Aina Afiqa ditukarkan ke sekolah menengah agama di Hulu Langat.

Minggu pertama di sekolah adalah minggu perkenalan Aina dengan kawan-kawan barunya.Banyak perkara baru yang dipelajari Aina di sekolah barunya.Hari berganti minggu,minggu berganti bulan,bulan berganti tahun,sudah tahun keempat Aina di sekolah barunya yang tidak berapa nak baru.

" Tak sangka kita dah form 4 sekarang kan? " kata Aina kepada kawannya,Aqilah.

" Tu la muka kau pun dah lain sekarang " ketawa Aina dan Aqilah.

" Dah la.Daripada aku layan kau,lama-lama aku boleh pening.Aku nak pergi tandas la sekejap. Mengantuk pulak rasa... " Aqilah hanya mengangguk dan meneruskan kerja yang tergendala tadi.

Aina pun berlalu keluar selepas mendapat keizinan penolong ketua kelas...perlahan sahaja dirinya berjalan semata-mata ingin menghirup udara segar.

Setelah 1 minit berjalan,akhirnya sampai juga dia ke tempat yang dituju. Dia tidaklah mengambil masa terlalu lama di situ, kerana tujuannya hanya mencuci muka dan melangkah keluar setelah itu.

Sedang dia berjalan kembali ke kelas, Aina ternampak seorang pengawas berbaju hijau yang sedang berjalan menuju ke kantin.

Hati Aina bagaikan berbunga-bunga apabila melihat lelaki itu.Tiba-tiba lelaki itu menoleh ke arah Aina kerana terasa seperti ada orang memandangnya.

" Ya? Kenapa pandang saya macam tu.Saya ada buat salah dengan awak ke?" kata lelaki itu yang bertanda nama Iskandar.

" Ttttttak.Sssorry..." tergagap pula dia disitu..Mukanya tidak pudar dengan senyuman sejak tadi.Setelah mendengarkan apa yang Aina kata,lelaki itu melangkah pergi.Aina tidak tahu mengapa dia bersikap sebegitu.

Crush aku ketua pengawas al-QuranWhere stories live. Discover now