"Hei... termenung jauh tu. Fikir apa?", tanya Wan Razlan melekapkan botol air mineral yang sejuk ke pipi Iza yang memandang kosong ke padang.
"Lan, sejuk la", rungut Iza, mengesat peluh air yang terlekat di pipinya. Wan Razlan tersengih kerana berjaya membawa Iza kembali ke dunia nyata. Dah lama dia perhatikan Iza.
"Tak fikir apa. Lambat sangat mula ni", ujar Iza. Matanya melirik pada Wan Razlan, masih terasa sejuk botol air tadi. Wan Razlan mengangguk bersetuju.
"I duduk sebelah you boleh? Fakhrul mana?", tanya Wan Razlan.
"Duduk la. Fakhrul outstation. Assyila?", jawab Iza, menyembunyikan fakta bahawa Fakhrul berada di rumah Syazana.
Wan Razlan melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan Iza. Topi Nike melekat di kepala dibetulkan, agar tidak mengganggu pemandangan indah yang ada. Botol air tadi diletakkan bersebelahan kaki kerusi.
"Ada di rumah. Menyiapkan kerja pejabat. Lagipun, dia tak minat benda macam ni", balasnya, mula bersandar dengan selesa sambil memerhati sekeliling.
Ramai ibubapa berada di sekitar kawasan tepi padang dan di bawah khemah seperti mereka. Anak anak berlari ke khemah rumah sukan masing masing. Riuh rendah suasana di padang sekolah sempena hari sukan.
"I pun. Panas tau tengah padang ni. Tapi dah Farhah masuk acara. Takkan I tak datang untuk sokong dia", luah Iza.
"Good mum. I boring duduk rumah. Datang sini boleh release stress", ujar Wan Razlan seolah mengadu, ada yang terbuku di hati.
"Release stress? Gym?", tanya Iza berkerut muka memandang Wan Razlan di sebelahnya. Mereka sama sama berpandangan kemudian tersenyum.
"Hahaha... everyday gym and work. Hari ni hari untuk I and anak anak", jawab Wan Razlan ceria. Iza mengangguk bersetuju. Untunglah sering ada bonding time dengan anak anak. Fakhrul baru nak mula, esok. Tu janji dia. Kebetulan esok cuti sekolah bermula.
"Mmm.. you bila nk join gym?", tanya Wan Razlan, matanya liar memerhati keadaan. Terlihat kelibat anak anak mereka berdua berlari lari di padang.
Iza meraba perutnya.
"Pregnant?"
Iza tersenyum.
"Alhamdullillah. Hopefully, it is a boy"
"Aminnn""I pun nak baby lagi. Rindu nak dengar baby menangis, nak cium bau baby. Tapi Assyila tak nak. Sibuk dengan kerja".
Nampak sugul wajah Wan Razlan. Sakit hati pun ada dengan Assyila, buat keputusan tanpa berbincang dengannya. Nak marah, perkara dah jadi."Nanti I jadi bapa angkat anak you, boleh?", tanya Wan Razlan. Iza tergamam seketika.
"Boleh saja. Fakhrul pun jarang ada di rumah. You boleh jadi contoh bapa terhebat untuk baby I nanti", balas Iza sekadar mengambil hati. Apa yang berlaku dalam rumahtangga Wan Razlan bukan halnya.
"Look at that Iza. Hari tu dia nak cabul you. Hari ni, elok je dia peluk isteri dia". Wan Razlan berkata demikian bila ternampak pasangan hebat, Alina dan Taufik berjalan ke arah khemah ibu bapa. Alina melambaikan tangan kepada Iza. Iza tersenyum melambai seketika sebelum memandang Wan Razlan kembali.
"Lan, jangan cakap apa apa pada Alina. I tak nak keruhkan keadaan rumahtangga orang". Iza memberi amaran tanpa menyedari dia memegang tangan Wan Razlan.
"You all ada apa apa ke?", soal Alina curiga.
Iza dan Wan Razlan menoleh pada pasangan tadi yang kini sudah berada di depan mereka, tak faham dengan soalan itu.
"Holding hands?"
Baru Iza menyedari tentang itu. Rasanya ingin saja dia menyorok bawah kerusi. Bukan setakat Alina dan Taufik nampak, semua yang hadir nampak. Iza melepaskan tangannya.
YOU ARE READING
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
General Fictioncinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, ta...