"Kenapa sayang?", bisik Taufik merapati Iza yang masih seperti tadi - bingung. Baju Iza ternaik ke atas, mendedahkan separuh pehanya. Butang paling atas baju itu turut sama terbuka akibat tindakannya tadi.
Taufik menggenggam jari jemari Iza, "tell me sayang, why?".
Iza menoleh pada Taufik di sisi dan menggelengkan kepala. Taufik mengesat air mata yang mengalir tanpa henti di pipi Iza.
"Tak nak menangis lagi. I akan bahagiakan you. I takkan biarkan you sedih begini", bisik Taufik. Rambut Iza dirapikan.
Perlahan dia merapati wajah Iza dan bibir idaman itu dipagut dengan penuh nafsu. Sebelah tangannya memegang belakang kepala Iza. Dah terlalu lama dipendamkan keinginan untuk merasai Iza. Biarlah pada mata Alina dan orang lain, Iza biasa saja. Tapi baginya, setiap saat bertemu Iza seluruh tubuhnya bergetar dan apa yang berada di hadapannya cukup cantik.
Iza membiarkan segala apa yang Taufik lakukan pada tubuhnya. Fikirannya kosong. Lidah Taufik menolak nolak bibir Iza agar dia dapat meneroka kemanisan di situ. Paha Iza diusap di bahagian dalam menghala ke arah yang satu. Serta merta Iza mengepit pahanya.
Taufik semakin rakus dengan Iza yang membatukan diri. Dia mahu Iza memberi kerjasama dalam kenikmatan ini. Payudara Iza diramas dari luar, terasa perubahan ketara dari bentuk dan kekenyalannya.
"Sedap sayang?", bisik Taufik menjilat dan menggigit manja telinga Iza sehingga menyebabkan Iza kegelian. Desahan kecil dan gerak balas Iza dengan tindakan Taufik, sangat mengujakan kejantanannya. Taufik terusan mencium leher Iza sementara tangannya ligat membuka dua butang baju Iza. Hangat terasa di telapak tangan Taufik bila sebelah dari sepasang itu berada di dalam genggamannya. Taufik semakin bernafsu. Bibir Iza disedut dan digigit.
Pintu kereta bahagian pemandu dibuka tiba tiba. Taufik terhenti dari meneruskan apa yang dilakukan.
"Hoiii", jerit Taufik, marah.
Dia keluar dari kereta dan meluru kepada orang yang membuka pintu tadi.
"Kau apa hal?". Taufik menolak kuat bahu orang tersebut.
"Aku ingat kau pengsan ke apa, sebab kereta kau berhenti macam ni", balas Wan Razlan membuka helmetnya. Dia baru pulang dari menenangkan diri, meronda di kawasan sekitar sebelum pulang ke rumah. Mulanya, ingin saja dia bermalam di mana mana hotel. Tapi teringat pula anak anak hendak bersekolah esoknya.
"Aku ok. Aku...". Taufik terhenti. Tangannya menyela rambut, cuba menyembunyikan perbuatannya.
"Siapa kat dalam tu?", tanya Wan Razlan penuh curiga. Matanya pantas menangkap imej wanita, yang pastinya bukan Alina.
"No one", jawab Taufik menutup pintu kereta.
"Aku tak percaya". Tubuh Taufik ditolak ke tepi, pintu belakang pemandu dibuka.
"Weii... kau buat apa dengan dia?", jerit Wan Razlan. Leher baju Taufik dicekak, nyaris penumbuknya singgah di muka Taufik.
Air jernih masih mengalir di pipi Iza. Sebahagian dada terpamer buat jamahan mata Wan Razlan, begitu juga pahanya. Baju Iza dibetulkan. Iza ditarik keluar.
"Iza... ikut I".
"Dia bukan macam perempuan lain", kata Wan Razlan kegeraman pada Taufik yang masih tercegat berdiri.
Wan Razlan menyarung semula helmetnya dan menaiki motor. Iza memanjat naik. Wan Razlan tahu memang tak selesa untuk Iza tapi hanya motor saja yang ada waktu ini. Kedua tangan Iza ditarik kedepan, memeluknya. Dia dapat bayangkan keadaan Iza di belakang dengan pakaian begitu, mujur malam.
YOU ARE READING
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
General Fictioncinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, ta...