32

9.3K 350 245
                                    

"Selalu kalau rosak siapa betulkan?", soal Wan Razlan sebaik melangkah masuk ke dalam rumah Iza. Pertama kali menjejakkan kaki. Selama ni terbatas di luar sahaja, hanya anak anak yang masuk. Arissa dan Fudhla sudah berlonggok di depan tv, menonton kartun.

"Buat sendiri. Tapi yang ni I tak sampai. Tak cukup inci", jawab Iza berjalan di hadapan Wan Razlan, menuju ke lampu yang perlu ditukar. Sudah seminggu rosak. Pada Fakhrul sudah dikhabarkan namun tiada tindakan. Untuk memanggil orang luar yang pakar, risau pula Iza memandangkan hanya dia dan anak anak di rumah.

"Fakhrul?"

Iza terdiam, tersenyum kelat. Wan Razlan turut diam, tak bersuara meneruskan kerjanya - mengganti lampu tangga yang terbakar. Agak tinggi kedudukannya. Untuk Iza melakukannya, sangat sukar walaupun menggunakan tangga.

"Sorry. I menyusahkan you", ucap Iza setelah Wan Razlan selesai menyiapkan kerja mengganti bal lampu itu. Tak sampai beberapa minit pun.

"Tak de apa apa ni. Kerja mudah. I yang menyusahkan you. Setakat nak tukar lampu, you kena siapkan minum petang untuk I dan anak I". Wan Razlan duduk di meja makan, telah terhidang bubur jagung bersama sagu didalam mangkuk kecil untuknya. Secawan teh O tanpa gula masih berasap turut diletakkan di sisi mangkuk.

Wan Razlan meniup perlahan teh tersebut sebelum mencicipnya.

"I memang buat. Nanti Farhah balik sekolah agama, lapar", balas Iza, berjalan ke dapur. Wan Razlan menikmati bubur jagung yang masih suam. Dah lama tak dirasai saat sebegitu. Terakhir, sewaktu bondanya datang tempoh hari.

"Ni lauk dinner you". Iza meletakkan mangkuk tingkat di atas meja setelah kembali.

"You tinggal bertiga je? Tak takut? Kawasan ni sunyi. Dah la blok you ni macam tak ramai orang je. Depan tu Persiaran Permai, malam malam tak banyak kereta lalu", soal Wan Razlan sementara menunggu Iza mengisi semula mangkuk buburnya yang telah kosong.

"Kami dah biasa", jawab Iza meletakkan mangkuk di depan Wan Razlan. Hubungan mereka berdua kini lebih terbuka.

"Fakhrul outstation lama ke?"

Lama Iza terdiam, memandang Wan Razlan menyuap, anak anak pun leka mengunyah keropok ikan. Dia cuba mengingat kembali.

"Ermm... macam ni la kalau kira jumlah hari dia ada. Sebulan tu, 30 hari kan. 10 hari je dia di rumah. Bukan berterusan la. Mungkin minggu ni 3 hari, minggu lagi sekali tak langsung. Kadang kadang tiap tiap minggu ada. Ada masa seminggu kat rumah".

"So, memang you uruskan semua hal rumah dan anak anak?"
Iza mengangguk. Wan Razlan sekadar tersenyum, bersimpati.

"Dia kerja kuat untuk you dan anak anak. Tapi you pun kena kuat. I tengok you pucat kebelakangan ni", kata Wan Razlan merenung wajah Iza yang bertudung biru muda.

"Takde la. I memang macam ni", balas Iza. Takkan nak diberitahu yang dia sedang hamil muda. Sedang Fakhrul sendiri pun belum tahu.

"Icha cakap you kurang makan sebab diet".

Iza tertawa besar, malu. Aduh anak. Bercerita dengan abahnya pula.

"I gemuk la", kata Iza masih lagi bersisa tawanya.

"Join I dan Lina kat gym"

"Tak nak la", jawab Iza cepat. Tak terbayang jumlah wang yang keluar. Lagipun mana sempat dia mahu buat kerja rumah jika sudah aktif ke gym. Alina ada pembantu di rumah, boleh la.

"Iza, kawalan pemakanan dan senaman harus seiring. Kalau you hanya kawal makan, takde senaman tak guna juga. Makanan you tu kena tengok juga. Kalau sikit tapi penuh minyak, santan, manis - takde makna", nasihat Wan Razlan. Pada pandangannya, Iza tidaklah gemuk. Cuma berisi, biasalah perempuan yang sudah melahirkan. Ikut nasib masing masing, ada yang kurus kering, ada yang menggebu.

AKU ORANG KETIGA (TAMAT)Where stories live. Discover now