"Esok, abang tolong hantar Farhah boleh? Saya nak siapkan Fudhla. Takut dia ni buat perangai pagi esok".
Iza memecahkan kesunyian malam, bertanya untuk hari esok, hari kedua dalam kalendar tahun baru. Anak anak telah lama tidur. Memang disuruh tidur awal agar mudah bangun pagi untuk hari pertama persekolahan.
"Esok? Tak boleh. Abang kena keluar awal. Nanti jem jalan. Hari pertama sekolah gila melekat kalau keluar lambat", jawab Fakhrul, matanya langsung tak memandang Iza yang berdiri di hujung katil.
"Abang tak minta cuti?", soal Iza menahan panas dalam hati.
"Iza, setakat first day tadika kan? Lagipun kalau semua mintak cuti hari pertama sekolah, tutup la pejabat".
Iza malas nak bertekak. Masa Farhah dulu pun begitu juga -tadika dan sekolah kebangsaan, Iza yang uruskan sendiri. Iza meninggalkan Fakhrul yang sibuk menekan nekan telefon, tersenyum.
Baju baju sekolah untuk esok siap tergantung. Kasut, stokin, beg semua tersedia. Harapnya esok semuanya lancar dan Fudhla tak buat perangai. Ada Arissa dan Syasya di situ. Sudah ada kawan. Memang sengaja didaftarkan bersama.
"Hai Iza. Morning Fudhla". Tegur Wan Razlan yang memakai shirt berkolar warna jingga berseluar jeans biru terus mendukung Fudhla. Seperti biasa, Fudhla manja lebih dari Arissa, yang tua setahun darinya.
Arissa yang telah berada di dalam tadika berlari keluar. "mama...rindu mama.", jeritnya pada Iza dan bersalaman, terus mencium pipi Iza. Sejak Fakhrul pulang, Wan Razlan tidak lagi menghantar anak anaknya ke rumah Iza untuk menjaga privasi keluarga masing masing. Dia tak mahu kehadiran Faris dan Arissa mengganggu keharmonian keluarga Iza.
"Manjanya Icha ni, ibu mana?", tanya Iza membalas ciuman pada kedua pipi Arissa. Segan dengan pandangan orang bila perangai budak berdua ni begitu, namun dilayan juga. Anak anak bukan tau apa apa.
"Ibu kerja".
Iza memandang Wan Razlan seakan bertanya dan dibalas dengan anggukan."Fakhrul tak ambil cuti?," soal Wan Razlan, melepaskan Fudhla dari dukungan. Arissa dan Fudhla berpegangan tangan, berlalu. Arissa sudah setahun bersekolah di situ. Dah arif selok belok sekolah itu.
"Tak. Dia kata tadika je", jawab Iza mengeluh secara tak sengaja. Bukan niatnya ingin menceritakan apa apa aib dalam rumahtangga. Mereka berdua berdiri berpandangan kemudian berbual dengan pasangan ibubapa lain.
"Syasya juga best. Dua dua ada", kata Wan Razlan. Matanya tertancap pada pasangan yang berjalan masuk. Iza mengikut arah pandangan Wan Razlan. Taufik dan Alina beriringan jalan dengan memegang Syasya di tengah tengah.
"Kita partner berdua je la", bisik Wan Razlan. Iza segera berpaling pada Wan Razlan, "mengarut". Wan Razlan ketawa kecil sebelum bersalaman dengan Taufik. Sementara Iza bersalaman dengan Alina.
"Berseri muka orang baru balik honeymoon dari Europe ni", usik Wan Razlan dan disahut dengan tawa Taufik yang melirikkan mata nakalnya pada Iza. Hatinya sebal, Iza memakai jubah dan tudung hitam. Dah macam orang Arab.
"Kak, ada present untuk akak tau. Nanti tunggu ye. Kita pergi sarapan sekali". Kata Alina beriya iya mengajak Iza.
"Akak tak pergi kot. Takut Fudhla menangis", menolak Iza pada pelawaan Alina. Kurang selesa pula mahu mengikut pasangan suami isteri yang romantis itu bersarapan pagi.
"Iza, I tak rasa anak you akan menangis. Look, how cheerful she is", ujar Wan Razlan, mencuit bahu Iza dan menuding jari ke arah Fudhla, Icha dan Caca bermain.
"I agree. Lagipun, kita pergi berempat. I am sure you all sarapan pagi tadi pun tak kenyang mana". Tambah Taufik, yakin dengan keadaan yang berlangsung pagi tadi. Mereka tertawa bersama akan kebenaran itu.
YOU ARE READING
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
General Fictioncinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, ta...