BAB 51 : Penamat Kisah Urban

Magsimula sa umpisa
                                    

Suraya, Lin, Syikin, dan Ain gigih mendengar kisah urban itu. Suasana bilik itu masih ditemani dengan nyalaan api lilin yang malap.

"Keadaan di dalam loker itu telah pun menjadi seperti sedia kala. Tidak ada benda yang pelik dan ajaib di dalamnya lagi. Itu bermakna, laluan ke dimensi pelik itu sudah pun tertutup dan Ira juga terperangkap di sana buat selama-lamanya," sambung Maria lagi.

"Uih... dasyat gak naa citer hang ni." Syikin mula bersuara. Cerita itu tergendala sebentar.

"Shhh... jangan kacaulah. Biarlah Maria habiskan citer dulu." Ain membalas.

"Yelah-yelah... haa, cepat citer Maria." Syikin berseloroh. Suraya dan Lin cuma memerhati debat mereka. Maria pula mengukir senyuman dan mula bersambung cerita.

"Setelah matahari mula terbit, bilik itu telah dikunjungi oleh Miss Nurul untuk membuat laporan pada hari akhir mereka. Sebaik sahaja tiba, Miss Nurul mendapati Wani tidak menyedarkan diri di depan loker Siti. Pada mulanya Miss Nurul beranggapan dia hanya tertidur tapi apabila diperiksa, rakan sebilik mereka juga tidak memunculkan diri sehingga ke tengahari. Wani hanya berdiamkan diri ketika disoal dan membuatkan suasana ketika itu kecoh dengan kehilangan 4 orang pelajar serentak tanpa dapat dikesan di mana-mana." Maria bercerita panjang.

"Pastu apa jadi dekat kes tu?" Suraya mula bertanya. Perasaan tidak sabarnya membuatkan cerita itu lebih misteri.

"Kes itu menjadi lebih rumit walaupun telah dibuat sisatan yang terperinci. Mereka yang berkuasa masih tidak dapat menyelesaikan perkara misteri itu sehingga sekarang. Para doktor pula mengatakan Wani mungkin mengalami kejutan yang terlampau dan trauma yang teruk akibat kejadian mistik itu. Akhirnya... kes ini tergantung tanpa dapat diselesaikan dan dibiarkan begitu saja," sambung Maria.

"Kesian si Wani. Jahat tol natang tu. Haih, geram aku." Lin yang daripada tadinya berselimut mula berkata-kata.

"Eleh... tadi takut sampai peluk aku. Hahaha..." Suraya memerli. Lin hanya tertunduk malu.

"Alaa... dah benda tu seram... nak wat lagu mana." Lin cuba mempertahankan diri.

"Yelah tu... hahaha..." Suraya masih berjenaka

"Dah..." Syikin menyampuk dan mula beralih kepada Maria.

"Maria... pastu macam mana bleh jadi keras sangat bilik A-3-5 tu? Bukan laluan masuk dimensi tu dah tertutup ke?" Maria kelihatan tenang. Suraya dan yang lain pun seperti mahukan jawapan daripadanya.

"Laluan itu memang sudah tertutup tapi ia bukanlah satu-satunya laluan ke dunia ini. Jika terbuka sekali pun, hijab pada manusia masih lagi tertutup dan itu tidak mendatangkan kemudaratan." Jelas Maria.

"Tapikan, yang nampak benda-benda bergerak dengan sendiri tu macam mana pulak." Suraya pula menyoal.

"Mereka hanya boleh menyentuh kepada benda yang tidak bernyawa. Walaupun macam tu, manusia yang berpotensi untuk mengalami histeria pun masih tidak menggugat keselamatan mereka. Itu seperti hobi makhluk itu yang bernakal-nakal." Semua mengangguk tanda faham dengan penjelasan yang diberikan.

"Jadi semua yang berlaku di A-3-5 tu berpunca dari Ira dan kawan-kawan dialah?" Suraya menyoal untuk kepastian.

"Ya, betul... segala kekacauan yang telah berlaku itu berpunca daripada mereka. Roh mereka tidak tenang dan mula meronta-ronta untuk kembali ke dunia asal. Seperti mana yang akak-akak semua tahu... kasut yang hilang apabila disidai di tingkat tersebut berpunca daripada roh Ika – di mana, ketika hayatnya suka membalas dendam dengan membaling kasut musuh di atas bumbung kolah itu. Jadi... apabila mati, rohnya yang tidak tenang itu akan mengulangi perkara yang sama untuk mengembirakan hati yang tidak aman." Lin memeluk Suraya semula. Kisah seram tadi rupanya belum berakhir membuatkan bulu romanya menegak.

"Owh... jadi, loker yang bergerak-gerak tu pulak?" Pertanyaan Ain sepertinya teruja dengan kebenaran yang terbongkar. 

"Itu adalah memori yang berulang ketika Ira sedang bergelut dengan makhluk yang bernama Aruwah." Balas Maria.

"So... kalau macamtulah cerita dia, bayangan perempuan 4 orang yang kawan makcik aku nampak itu roh dioranglah." Suraya cuba meneka dengan kesimpulan yang telah dibuat.

"Yup." Maria menjawab ringkas.

"Owh... tak sangka pula terlibat dengan 5 orang. Kesian Wani, mesti dia trauma sampai sekarang. Sedihnya..." Lin bersimpati. Ingin saja dia menangis lagi, fikir hatinya.
Bilik itu mula kembali sunyi. Tiada lagi kedengaran bunyian cengkerik mahupun angin yang cuba memasuki ruang cermin.

"Kejap... citer ini best dan banyak benda aku dapat tau tapi...-" Syikin mula keraguan. Maria pula tiba-tiba saja memandangnya dengan pandangan yang tajam.

"-Tapi apa pula Syikin oii..." Ain mencelah. Syikin pula membalas pandangan Maria itu.

"-Tapi yang pelik dan menjadi persoalannya. Macam mana Maria ni boleh tau ceghita ni? Macam mana dia dapat tau? Dia lagi muda dari kita kot." Secara tidak langsung, Suraya, Ain dan Lin mula tersentak dengan persoalan yang diberikan. Betul juga apa yang Syikin katakan. 

Maria kata dia adalah junior, itu bermakna dia lebih muda daripada mereka berempat.

Keadaan menjadi semakin pelik sebentar dengan ditemani dengan kesunyian. Maria masih lagi membisu seperti terperangkap dengan persoalan yang telah diberikan.

"Maria... Syikin tanya tu, jawablah." Suraya menambah dan Maria pula masih lagi terdiam tanpa kata.

Api lilin sudah pun sampai ke penamatnya.

 Zuuh! 

Satu tiupan angin datang menyingah ke dalam bilik itu dan membuatkan nyalaan api sudah berakhir dan dilanda kegelapan.

Lin menyelubung keseluruh badannya kembali. Ain dan Suraya pula berpegangan tangan. 

Tik! Lampu bilik tiba-tiba bernyala. Rupanya Syikin sudah pun berada di suis lampu. 

"Haih... lilin bleh habis pulak. Wat seram aku jer," kata Syikin dan mula melangkah ke tempat duduknya semula.

"Weh... hampa kenapa macam orang nampak jembalang ja?" Syikin kehairanan dengan kelakuan kawan-kawannya itu. Masing-masing menunjukkan reaksi muka yang terkejut seperti melihat hantu.

"Kau tak sedar ke... Syikin?" Suraya mula bersuara getar. Tangan Ain digenggam erat. Lin pula sudah ketakutan di dalam selubung selimut.

"Sedaq apa?" Syikin masih lagi tidak memahami.

"Maria... Maria dah hilang..." Suraya memberi jawapan dan ke semua mereka di dalam ketakutan. Syikin juga menelan ludah. 

Bersambung...

Sneak Peak;

Siapa pulak Maria ni? Misteri betul kewujudannya. Hmm...korang rasa siapa ye?

Jom kite Bab seterunya...

Jangan lupa Share, Vote dan komen untuk kita berinteraksi. Nampak gayanya kitaun dah nak sampai ke penghujung cerita..Terbaiklah!

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon