BAB 3

26 0 0
                                                  

Seminggu kemudian, Izhanie terserempak lagi dengan lelaki yang sejak akhir-akhir ini sering mengganggu fikirannya di foyer perpustakaan. Menurut lelaki itu, dia menantinya setiap hari di situ. Tersentuh hati kecil Izhanie bila mendengar pengakuan lelaki itu. Sebelum dirinya hanyut dibuai mimpi, cepat-cepat dia menyedari, mungkin lelaki itu sedang memasang perangkap. Siapalah yang mahu membuang masa menunggu seseorang? Seseorang yang langsung tidak dikenali, bukannya kawan atau pun buah hati. Mereka tidak menjalinkan sebarang perhubungan. Malah nama masing-masing pun masih belum diketahui.

Izhanie melangkah masuk ke perpustakaan. Lelaki itu terus mengekorinya. Dia merasa jengkel dengan sikap lelaki itu. Kenapa dia buat aku macam ni? Kenapa dia mesti mengekori aku? Mereka umpama sepasang kekasih yang tengah mabuk bercinta. Lelaki itu langsung tidak mahu berenggang dengannya. Mula-mula memanglah dia merasa bangga kerana lelaki kacak sedang mengekorinya. Namun lama-kelamaan dia mula rasa rimas.

"Kenapa awak ekori saya?" soal Izhanie dalam nada berbisik. Pergerakannya terbatas dengan kehadiran lelaki itu. Dia juga bimbang andai rakan sekuliah terlihat dia bersama seorang lelaki lalu mengundang gosip yang tidak diingini.

"Saya nak berkenalan." Luah lelaki itu dengan selamba. Dia memandang tepat ke wajah gadis di sebelahnya. Menarik!

Berkenalan? Wajah lelaki itu yang menarik tentu mengundang ramai gadis yang ingin berkenalan dengannya. Ah, nak berkenalan pun dalam waktu nilah! Carilah waktu yang sesuai. Sekarang ni aku tengah sibuk.

"Lain kali saja. Saya sibuk." Kasar sedikit bahasa Izhanie. Dia berharap lelaki itu akan meninggalkannya segera. Kalau dia tidak sibuk, kalau dia tiada tugasan yang harus diselesaikan segera, tentu dia akan meluangkan masa untuk berkenal-kenalan dengan lelaki handsome itu. Apalah salahnya mahu menambah kawan.... Namun, dia perlu menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah hari itu juga. Tarikh akhir untuk menghantar tugasan tersebut ialah dua hari lagi, sedangkan maklumat tugasan belum pun dikumpul. Selain tugasan tersebut, banyak lagi tugasan yang perlu disiapkannya. Jadi, untuk berkenal-kenalan, dia tiada masa!

Izhanie memilih beberapa buah buku rujukan yang berkaitan untuk menyiapkan tugasan. Dia mengusung buku-buku tersebut lalu menuju ke tempat duduk yang masih kosong. Lelaki itu menawarkan bantuan membawa buku-buku tebal tersebut tetapi ditolaknya. Dia memutuskan untuk tidak mempedulikan lelaki tersebut dengan harapan lelaki itu akan pergi bila diri tidak dipeduli. Namun lain yang diharapkan, lain pula yang terjadi. Dengan selamba lelaki itu duduk di sebelah mejanya! Mahu sahaja dia jerit ke telinga lelaki itu agar segera pergi dari situ. Namun dia tidak sampai hati, tambah-tambah lagi dia kini berada di dalam perpustakaan. Ah, tentu lelaki itu akan pergi segera bila mendapati aku sibuk menyiapkan tugasan.

Izhanie segera membuka kotak pensel lalu mengeluarkan pen, pembaris dan kalkulator, bersedia untuk menyiapkan tugasan. Dia menjeling lelaki di sebelah. Lelaki itu khusyuk memerhati segala gerak-gerinya. Izhanie mendengus. Beria-ia benar lelaki ni nak berkenalan dengan aku. Lelaki itu menghadiahkan senyuman apabila mata mereka bersatu seketika. Dia rasa kekok dengan kelakuan lelaki yang tak faham bahasa itu.

Izhanie tidak mampu menahan sabar lagi. Sekiranya lelaki itu terus berada di sebelahnya, pasti tugasannya tidak dapat disiapkan. Dia mengambil langkah drastik dengan meninggalkan perpustakaan. Dalam hati, dia berdoa agar lelaki itu tidak mengekorinya lagi. Namun hampa. Lelaki itu tetap mengekorinya! Ya Allah, apa lagi yang harus aku lakukan agar dia tidak mengekoriku? Izhanie mahu menjerit sekuat hati agar lelaki itu memahami perasaannya yang tidak suka diekori.

"Kenapa dengan awak ni?" soalnya, sedikit keras di foyer perpustakaan.

"Saya cuma nak berkenalan dengan awak." Balas lelaki itu dengan wajah selamba. Tak ada sedikit pun perasaan bersalah di hatinya. Sudah dua kali gadis itu menolak pelawaannya. Kali ini dia tidak akan mengalah lagi.

Hanya PadamuWhere stories live. Discover now