Iza gelisah. Mata dan minda tidak seiringan. Matanya mengantuk namun fikiran berkecamuk. Perbualan tadi masih bermain dalam kotak ingatan. Kepalanya semakin berdenyut seolah migrain. Iza kini sudah hampir hilang fokus. Namun, dia gagahkan diri untuk bangun.
Perlahan, Iza turun semula ke dapur. Botol panadol berlabel hijau yang ada diatas ketuhar gelombang mikro dicapai. Dua biji panadol meluncur masuk ke dalam esofagus. Iza menekan nekan perlahan di kerongkong bila terasa panadol itu terlekat seketika. Rasa pahit mula memenuhi ruang mulutnya. Peti sejuk dibuka, Iza mencari asam boi merah untuk menghilangkan rasa kurang enak itu.
'Rasa macam ada lagi asam ni. Bila nak, tak jumpa. Bila tak nak, ada pula', bebel Iza masih mencari bungkusan asam yang dibeli beberapa minggu lalu.
Ada tangan melingkari pinggangnya dan satu lagi bergerak dari leher ke belakang telinga lalu menyusup masuk di celah celah rambut sambil mengurut lembut. Iza tergamam, membeku. Tangan itu semakin menjalar dan tubuh mereka semakin rapat. Akhirnya melekap, terpisah dengan fabrik baju sahaja.
Saat inilah, bukan saja kotak suara tidak berfungsi malah seluruh badan seolah kaku. Nafas panas menyapa kulit tengkuk. Ada ciuman mula singgah di bahu Iza yang hanya ditutupi kain satin sebesar dua jari.
Dada Iza sakit akibat degupan jantung yang terlalu kencang. Mula teringat perbualan tadi. Kenapa ini terjadi? Tega sungguh dia. Bagaimana dia boleh menceroboh, sedang Iza telah memastikan semua tingkap dan pintu berkunci? Ikut siling? Melalui rumah sebelah yang tak berpenghuni?
Tubuh Iza tiba tiba longlai, tak berdaya. Iza rebah dalam rangkulan tangan misteri itu.
😨😨😨
"Bie, you ni nak beli apa lagi?". Bising Alina apabila Taufik masih berjalan dan melihat lihat dalam butik LV, sedang dia sudah menunggu untuk membayar beg tangan yang menjadi pilihannya. Lengan Taufik ditarik tarik manja.
Kali ini percutian hanya mereka berdua. Anak anak ditinggalkan di Penang, bersama keluarga Alina. Sudah 3 minggu mereka meneroka bumi Eropah. Ini pun membeli belah sebelum pulang ke sarang di Malaysia. Mengenali Alina, mana pernah pulang dengan tangan kosong.
"You kan, beli untuk diri sendiri dan kawan kawan you yang berduit je. Untuk kak Iza best friend you tu, langsung tak ingat kan? Belikan la hadiah untuk dia".
Lina terdiam, muncung panjang. Ye, terlupa. Tapi takkan nak belikan beg tangan LV. Fridge magnet or scraf cukup la.
Semalam pun Taufik tegur kerana Alina sibuk membeli segala pesanan teman temannya, seharian. Hari ini, untuk dia membeli belah bagi memenuhi keinginan sendiri, pun ditegur lagi.
Taufik membelek satu persatu tas tangan yang berada pada meja di tengah tengah butik. Purse yang berada dalam almari kaca dan beg pelbagai rekaan di rak rak kayu melekap pada dinding turut menjadi perhatiannya.
Prada? Fendi? Hermes? Dia mampu beli tapi Iza tak mungkin ingin menerima. Lagipun, pasti Alina akan mengesyaki sesuatu. Louis Vuitton, Gucci? Itu jenama yang Alina pilih dan beli tadi. Mengenali Alina, pasti ianya sesuatu yang tak menyenangkan hati jika Taufik belikan jenama yang sama buat Iza.
Beg Alina dibayar. Kemudian kakinya menghala ke butik Coach. Disitu Alina hanya melihat lihat, dah muak dengan jenama tu. Taufik meneliti satu persatu.
Beg tangan Coach warna hitam bertali satu menjadi pilihan Taufik. Terpancar senyuman di wajah Alina. Tak mahal, boleh la untuk Iza asal tak menerbitkan rasa curiga pada Alina.
YOU ARE READING
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
General Fictioncinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, ta...