29

8.6K 285 103
                                    

"Betul ni you tak nak belajar sekali ni?", tanya Wan Razlan bagi mendapat kepastian. Iza mengangguk laju, terasa berbahang muka walaupun masih awal pagi. Matahari pun masih segan memancarkan cahaya.

Wan Razlan masuk ke kolam. Farhah, Wan Fariz, Wan Arissa dan Fudhla telah lama menanti. Iza sekadar memandang dari pinggir kolam.

Cukuplah anak anak saja yang belajar berenang dengan Wan Razlan. Tak mungkin la dia nak ikut serta. Malu la, nanti mesti ada dipegang pegang. Pasti dibebel dek Fakhrul. Ini pun, anak anak belajar tanpa pengetahuan Fakhrul. Mereka teruja bila Wan Razlan bertanya mahu belajar berenang atau terus menerus guna pelampung.

Apa saja demi kepentingan anak anak, Iza utamakan. Kemahiran berenang penting, biarlah dia seorang tak punya kemahiran itu. Mungkin satu hari nanti dia akan belajar juga, dengan jurulatih perempuan. Itu pun jika Fakhrul benarkan.

"Mama, best la belajar berenang. Jom la sekali", kata Farhah yang datang kepada Iza menanti di tepi kolam dengan berenang, cuba menarik Iza masuk ke kolam. Seronok la tu.

"Bagus la Farhah suka", ujar Iza sambil menggeleng, menolak kebelakang rambut anaknya yang basah dan melekat di pipi.

"Suka sangat. Nanti boleh lumba dengan Fariz dan Syamim", balas Farhah kegembiraan.

Farhah kembali berenang menyertai yang lain. Fudhla sedang dibantu oleh Lan. Fariz dan Icha masing masing dah kecebur sana sini. Iza ketawa gelihati melihat gelagat anak anaknya.

Beriya sangat nak belajar, tenggelam sekali dua pun ok. Kemudian sudah boleh apungkan diri saat satu dua stroke, stroke ketiga tenggelam lagi. Fudhla mula lagi. Iza rasa jika dia, terus tenggelam tak sempat nak stroke.

"Thanks Lan sbb ajar anak anak I for free". Ucap Iza bila tinggal mereka berdua di bawah payung besar. Anak anak sudah kembali masuk ke kolam setelah kenyang melahap nugget dan nasi goreng cina.

"Tak pe lah. I dulu memang instructor, dulu la. Tapi bila dah kerja, I stop. You anggap ni bayaran untuk jadi rumah transit anak anak i, jadi cikgu tuisyen Fariz dan makanan yang you selalu bungkuskan. Ke you nak cash?", soal Lan serius.

Berkerut dahi Iza bila mendengar.

"I ikhlas la. Rumah I meriah bila ada anak anak you. Fariz tu buat latihan dalam buku dari rumah you. Dia nak join Farhah buat ulangkaji".

"Food?", soal Wan Razlan lagi mengangkat kening kanan.

"Ala Lan. Tak banyak pun I bagi. Takkan tu pun I nak berkira", jawab Iza dengan nada kurang senang, memandang anak anak riuh rendah di hujung kolam. Kawasan yang agak cetek.

"Eh.. I belum bayar hutang I kan?", tanya Iza menoleh pada Wan Razlan yang sedang menyuap nasi goreng.

"Hutang apa?". Giliran Wan Razlan pula mengerutkan dahi.

"Belanja makan sebab you banyak kali tolong keluarga I". Iza tersenyum sinis.

"Tak payah la. I bergurau je. You tu tak bekerja pun, nak belanja I pulak. I makan banyak tau". Jawab Wan Razlan mengembungkan pipi macam kodok. Iza ketawa besar  namun ditutup mulutnya, seperti selalu. Tawanya tak dilepas semahu hati.

"Lan, jangan la macam ni. I dah janji hari tu", ujar Iza setelah tenang.

"Iza, you tak nak kerja?", tanya Wan Razlan mengubah topik perbualan.

"Nak. Tapi Fakhrul tak izinkan", balasnya tersenyum. Wan Razlan dapat rasakan itu senyuman tak ikhlas.

"Pulak. Kenapa?"

"Panjang ceritanya. I nak lupakan semua tu. Fakhrul cuma nak I jaga anak anak sebaiknya". Iza mengeluh, segaris senyum hambar dilemparkan.

"Kalau I offer you kerja, nak tak?"

AKU ORANG KETIGA (TAMAT)Where stories live. Discover now