Iza melihat jam di dinding, hampir jam 11 malam. Fakhrul masih belum pulang. Anak anak dah lama lena diulit mimpi.
Pulang dari bengkel petang tadi, masing masing keletihan. Kedua duanya terbaring di depan tv menonton slot kartun tv9 sementara Iza menguruskan kerja rumahtangga.
Lakonan Shahnaz Ahmad sebagai encik Sotong yang selalu menjentik naluri tawa dalam dirinya, malam ni dirasakan hambar. Entah mengapa, mata Iza ralit mengikut pergerakan jarum minit di muka jam.
Mesej dan panggilan untuk Fakhrul sedari pagi, hanya dibalas dengan mesej ok. Tu pun sudah hampir maghrib baru diterima. Iza hampir terlayang di sofa saat dia tiba tiba merasakan ada sentuhan sejuk di hujung kaki menyebabkan Iza tersentak. Kakinya segera dibengkokkan.
Tak lama selepas itu, bunyi enjin kereta Fakhrul memasuki garaj. Segera Iza bergerak ke pintu sambil matanya liar memandang segenap sudut rumahnya.
Pintu dibuka, senyuman dilemparkan buat suami yang keletihan bekerja. Fakhrul tidak melihat semua itu, dia terus melangkah masuk dan duduk di sofa setelah beg galas berisi komputer riba diberikan pada Iza. Huluran tangan Iza untuk bersalaman juga tak disambut.
Iza merapati dan menyentuh bahu Fakhrul, bertujuan untuk menenangkan kelelahan suaminya. Namun tangan Iza ditepis, "tak payah picit picit. I dont need it".
Iza menarik nafas panjang, kecil hati pun ada juga. "Abang nak air? Abang dah makan? Iza ada buat nasi goreng tadi".
"Tak payah", jawab Fakhrul, menutup mata rapat. Tangannya memicit kepala, sesekali mengurut kelopak mata yang tertutup itu.
Iza melabuhkan punggung di sofa panjang. Dia mahu bercerita apa yang berlaku tadi, aktiviti mereka anak beranak, bagaimana resah gelisahnya Fudhla sewaktu menanti kereta dibaiki, tentang Wan Razlan yang membantu mereka sekali lagi.
"Duit repair kereta, abang akan bank in masuk akaun ye. Nanti bagi resit", ujar Fakhrul. Iza sekadar mendengar, dah tau tentang tu. Dari dulu amalan yang sama, bayar guna duit Iza dulu kemudian diganti semula.
"Abang rasa kita beli kereta baru la ye", tiba tiba Fakhrul bersuara. Matanya dibuka dan memandang siling.
"Ha?? Tiba tiba je", balas Iza.
"Dah banyak kali rosak kan?". Iza bersetuju tentang itu. Dah banyak ribu habis. Tu memang penyakit biasa jika sudah terlunas semua hutang pinjaman dan kereta menjadi milik mutlak.
"Tapi tak boleh la beli mahal mahal. Abang dah kira tadi. Bajet abang dlm RM700 untuk bayar bulanan. Ok?"
"Ikut abang la. Abang yang bayar", ulas Iza. Teruja juga dia nak dapat kereta baru.
"Ada idea nak beli kereta apa?". Fakhrul meminta pendapatnya.
"Tah. Takde rasanya", jawab Iza tergagap. Tak pernah Fakhrul meminta pendapatnya tentang apa apa, terutamanya berkaitan dengan wang ringgit.
"Ok la. Nanti abang pergi tengok dulu", kata Fakhrul menutup matanya sekali lagi. Pasti penat sangat.
"Bang...", perlahan dan lembut dipanggilnya.
"Hurmmm"
"Rasanya kita kena berubat la". Iza menyuarakan pendapatnya
"Berubat apa? Siapa yang sakit?". Sahut Fakhrul, matanya terbuka besar.
"Tadi masa Iza terlelap, macam ada orang pegang kaki Iza," adu Iza seram sejuk dirasakan saat itu. Meremang bulu romanya
"Mimpi je tu". Ringkas jawapan Fakhrul.
"Dah selalu sebenarnya," Iza cuba menceritakan pengalamannya.
"Terpengaruh dengan mak Tam la ni? Tolonglah Iza. Awak baca je Quran tu, cukup dah nak lindungi kita sekeluarga", bentak Fakhrul.
YOU ARE READING
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
General Fictioncinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, ta...