"terima kasih kak.." kataku lalu menyambut dua kon aiskrim daripada akak penjual aiskrim itu.
"sama2" balasnya.
"eh? Mana pulak la dia ni pergi.." bebelku sendiri apabila ammar hilang dari pandanganku. He.. Nak cari kat taman ni, sampai esok pun belum tentu jumpa. Dah lah luas. Bebel ku sendiri. Aku keluarkan fon. Mendail no ammar. Sambil berjalan menuju ke tasik dihadapan.
" hello wifey.." kata ammar sebaik sahaja dia jawab panggilan aku.
"hello husband.. Ada kat mana? Hee..pantang la toleh sekejap mesti hilang"
"ada ni kat belakang sayang" kata ammar. Pantas aku menoleh.
Ammar melambai padaku. Huh.. Nasib lah amsyar ada dengannya. Risau aku dibuatnya.
"mama tu kan, amsyar.. Sejak dua menjak ni.. Suka sangat bebel kat papa. Papa tak buat apa pun dia bebel, papa buat keje pun dia bebel. Tak faham la papa" kata ammar pada amsyar yang sedang didukungnya.
"nah!" aku hulur sebatang aiskrim pada ammar.
"aik? Abang punya mana?"
"abang kongsi la dengan amsyar"
"amboi.." balas ammar. Aku sudah duduk dikerusi yang disediakan ditepi tasik itu. Ammar turut duduk disisi aku. Dia melepaskan amsyar bermain sendiri. Tak sangka nak masuk 2 tahun dah amsyar. Rasanya baru semalam aku tarik rambut ammar masa bersalinkan amsyar. Aduhai.. Memang memori betul lah. Tak tahu lah kenapa aku garang sangat dengan ammar masa tahan sakit contraction haritu. Ammar pulak penuh sabar layan aku.
"main elok elok tau." pesan ammar pada amsyar. Dia pandang aku yang sibuk dengan aiskrim aku.
"sayang, sayang pregnant ye?" soal ammar.
"apaaaa?" aku pandang dia tak berkelip.
"yela, sayang pelik je sejak dua menjak ni. Membebel 24jam, makan manis manis, cepat marah" kata ammar. Itu simptom orsng mengandung ke? Suka hati dia je.
"abang jangan nak merepek." kataku. Tapi.. Yelah, betul jugak apa yang ammar cakap tu. Memang aku kuat membebel sejak dua menjak ni. Suka makan manis manis. Sebelum ni takde la suka sangat, sekarang pantang nampak aiskrim mesti aku nak makan. Cepat marah pun ye jugak. Ke sebab aku letih? Aku jeling ammar yang dah sengih sengih.
"apasalah nya. Amsyar pun nak adik." kata ammar.
"hish. Malas nak cakap dengan abang" aku bangun. Mendapatkan amsyar lalu berpimpin tangan dengannya berjalan di tepi tasik. Ammar datang lalu mencapai tangan amsyar sebelah lagi.
*****
"abang" aku panggil ammar perlahan. Takut amsyar terjaga. Ammar yang sedang membaca sambil mendodoi amsyar memandangku yang masih didalam bilik air.
"sini cepat" kataku. Ammar bangun perlahan lahan lalu mendapatkan aku.
"mana abang tahu?" soalku sambil menunjukkan alat penguji kehamilan pada ammar. Ammar capai lalu tersenyum.
"kan abang dah cakap.. Sayang tak percaya" katanya lalu memaut pinggang aku.
"abang ni doktor ke ahli nujum?" kataku sambil ketawa.
"yes. Semoga kali ni kita dapat gegirl pulak." kata ammar sambil mengusap perut aku yang masih kecil.
"okey. Lepas tu boleh la mama rehat"
"eh bukan mama nak 7orang anak ke?" soal ammar. Bulat mata aku. Yang sorang ni pun dah pening kepala aku, ni kan pulak 7 orang.
"thankyou sayang" kata ammar. sempat dia kucup bibir aku.
"thank you sebab selalu ada dengan abang, lahirkan anak anak abang, jaga abang & anak anak kita" katanya sambil memeluk aku erat.
"hmm.. Sejak ada anak ni.. Memang kena romantik2 dalam toilet ye?" soal aku. Ammar dah ketawa suka.
Sama sama abang.. Terima kasih jugak sebab jadi sebahagian dari hidup pia. Ada masa pia susah dan senang. Tak sangka, dari makcik cleaner, jadi staffnurse, jadi pulak fulltime housewife & sekarang mama bakal anak dua. Masih dengan orang yang sama. Terima kasih jugak sebab dah ajar sayang macam macam. Terima kasih, sebab selalu sayang sayang. Semoga cinta kita takkan pudar sampai bila bila. Cinta sampai syurga ya suamiku..!
Oh, lupa pulak.. Sekarang dah nak masuk 5 cawangan klinik dah ammar & dr riz usahakan. Alhamdulillah.. Usaha mereka tak sia sia. Dr riz pun dah berhenti kerja & fokus sepenuhnya pada klinik. Siapa lagi pembantunya kalau bukan isteri dia kan.
Umi & abah pulak sibuk dengan aktiviti aktiviti kat surau. Boring kat rumah katanya. Pergi surau mengajar budak2 mengaji secara percuma. Hmm.. Boleh la, kalau yang tu aku izinkan.. Ibu & ayah pulak sibuk menimang cucu kembar anak si adam. Haih.. Akhirnya dengan orang kampung situ jugak. Tak jadi berjodoh dengan orang sabahan. Kawan sekolah tadika katanya. Cinta berputik kembali. Ceh.. Masa tadika kau dah gatal ye adam.. Nasib baik along kau tak macam tu.
Aina pula tengah ambil pos basic renal. Katanya belom jumpa putera katak lagi nak fikir pasal kahwin. Kalau tak jumpa jugak katanya, nak sambung degree pulak. Yelah asalkan kau bahagia aina.
Dr farah pulak, kalau ikut cerita aina.. Dia sibuk naik turun mahkamah untuk settlekan kes cerai dia. Rupa rupanya suami dia selalu pukul dia. Mungkin selama ni dia hidup dalam tekanan sampai kerja pun dia tak boleh fokus. Tulah, moralnya jangan cepat sangat hakimi orang. Mana tahu dia ada masalah peribadi kan? Tapi, kalau sampai dia nak kacau suami aku.. Oh.. Big no.. No, no, no.. Hahahha.. Cari la yang bujang bujang ramai lagi.
Hmm.. Jadi surirumah ni memang pekerjaan yang sangat hebat bagi aku. Yelah, aku rasa hari hari aku buat benda yang sama. Bangun tidur, siap siapkan pakaian ammar. Kemudian buat sarapan. Lepas ammar pergi kerja, time tulah nak basuh kain sidai kain, nak kemas rumah, nak lipat baju, sental bilik air. Belum lagi nak mengisahkan si kecik tu. Kerjanya menyepah jelah. Haih.. Tengahari nak masak pulak.. Petang konon nak rehat sekejap. Kalau sikecik tak tidur, macam mana nak tidur jugak. Petang tunggu papanya balik. Malam baru dapat rehat sekejap. Sekejap tu agaknya tak sampai 5minit. Nak memerut pun tak tenang dah sekarang ni. Malam jangan harap nak tidur nyenyak. Belum lagi kalau amsyar tak sihat. Satu kerja pun tak boleh buat.
Tapi alhamdulillah, ammar banyak bantu aku. Uruskan rumah & amsyar kalau weekend. Kadang kadang dia tau aku tension, dia bawak aku keluar jalan jalan dengan amsyar. Dan, yang penting dia pendengar yang baik. Luah jelah apa apa pun kat dia. Kadang kadang tak perlu pun dia komen apa apa, cuma nak pinjam telinga dia je. Tu pun dah legakan kepala aku. Yelah, dah kahwin ni susah nak berkawan dah. Bukan takde tapi susah sikit. Mana nak urus rumah lagi, anak anak lagi.
Terima kasih Allah sebab beri kebahagiaan kepada kami sekeluarga. Aku hadiahkan senyuman paling menawan buat si dia , teman sehidup sematiku. Muhammad ammar bin ahmad.
~TAMAT~

YOU ARE READING
hello husband
RandomKisah tentang seorang jururawat yang berkahwin dengan seorang doktor. "apa abang buat dekat wad sayang?" "abang dapat transfer sini. Kena jaga wad ni 6bulan. Kenapa?" "apa??!" Atas permintaan sofea, hubungan mereka dirahsiakan. Nanti orang sibuk ta...