27

9.2K 291 282
                                    


"Marah kat abang?". Fakhrul memecahkan kesunyian malam.

Iza tak bersuara sejak dia masuk ke dalam bilik. Dia tahu Iza masih belum tidur. Tangannya menggosok belakang Iza.

"Pusinglah, pandang saya. Jangan membelakangkan suami, nanti malaikat laknat sampai pagi. Awak sendiri tau kan hadith ni".

Iza mengeluh kasar, dia tahu tentang tu. Dia berpusing memandang Fakhrul. Ibu jari Fakhrul menyentuh kening Iza yang hanya pernah dipantis sekali dulu, ketika bersolek untuk majlis pernikahan mereka dulu. Selepas itu, tidak lagi bila dia melarang Iza dari memantis kening.

"Kenapa masam ni?", usik Fakhrul pada bibir Iza.

"Tak baik abang cakap macam tu pada Mak Tam. Niat dia baik", balas Iza membiarkan jari Fakhrul menyentuh wajahnya.

"Susah abang nak percaya. Keluarga dia bukannya bahagia pun. Remy tu dah dua kali kawin, dua kali cerai. Taknak pula dia ubat. Sibuk hal kita pula".

"Tapi mungkin betul apa dia cakap", gumam Iza perlahan.

"Percaya pada ketentuan Allah atau percaya Mak Tam ni?". Soalan Fakhrul membuat Iza kelu.

"Dah la, abang tak nak serabutkan kepala dengan semua ni. Banyak perkara lain abang kena fikir. Peluk Iza lagi best. Meh sini buah hati abang".

Tubuh Iza ditarik rapat ke tubuhnya. Dahi Iza dikucup lama.

"Saya sayang sangat, sangat sangat sangat kat awak". Sambil dipeluk Iza seerat eratnya, membuatkan Iza tertawa.

"Saya sayang awak juga", balas Iza yang kemudiannya mencium dagu suaminya.

😚😚😚

"Ma...", panggil Farrah nada kebosanan. Iza sedang mengeluarkan kain yang sudah dibasuh dari perut mesin basuh. Banyak cuciannya hari ni setelah berkampung tiga hari di rumah mak. Dah macam kedai dobi. Nak menumpang basuh di rumah mak tempoh hari, tak cukup kawasan ampaian pula.

"Ye sayang", jawab Iza tanpa menoleh.

"Boleh tak nak pergi rumah Syamim, nak main? Bosan la cuti sekolah duduk saja di rumah". Farhah meminta izin. Iza menoleh, memang nampak wajah Farhah kebosanan.

"Syamim mana ada. Dia balik kampung", jawab Iza. Simpati dengan Farhah. Saat di kampung, seronok bermain. Iza hanya nampak anak anaknya masa makan dan tidur. Selain tu, entah ke mana hala mengikut anak Kak Intan dan anak Husna. Suami Husna pun rajin melayan.

"Ala.. mesti Fariz pun balik kampung ni. Bosan la. Kalau duduk kampung kan best cuti sekolah. Daddy la nak balik cepat sangat", rungut Farhah. Muncung bibitnya. Hujung rambut dipintal dengan jari.

"Daddy nak kerja. Kita kena balik la", kata Iza lembut, memujuk.

"Macam ni, mama nak siapkan kain kain ni kejap. Farhah dan Fudhla naik atas, siap siap. Kita pergi perpustakaan nak? Boleh la pinjam buku, taklah Farhah bosan sangat cuti ni", cadang Iza.

Cuti sekolah memang masalah baginya. Farhah sudah mula membandingkan kawan kawan dan dirinya. Kawan kawan pergi bercuti, balik kampung lama - lama tapi dia memerap di rumah.

"Tu je?", tanya Farhah masih belum puas hati.

"Nak apa lagi?". Apa pula budak ni, tak cukup ke?, gerutu Iza.

"Makan nasi ayam?". Bersinar mata Farhah saat mencadangkannya.

"Mama boleh masak kan tu", balas iza sengaja menduga.

"Alaaaaa....", panjang muncungnya. Geram Iza.

"Ok ok. Dah pergi bersiap. Tolong Fudhla tukar baju sekali".

AKU ORANG KETIGA (TAMAT)Where stories live. Discover now