Air mata aku menitik lagi bila dengar doktor tu terangkan apa yang jadi pada ammar. Kepalanya mengalami severe concussion. Mungkin terkena hentakan kuat pada stereng kereta. Tulang tangan mengalami keretakan. Mujur, bukan patah. Tapi mengambil masa juga untuk sembuh. Dua tulang rusuk kanan juga mengalami retakan. Kaki kiri pun patah tetapi tiada luka terbuka. Dr akan lakukan pembedahan secepat mungkin memandangkan simptomnya tidak begitu teruk.
"dia tak sedar sebab severe concussion, tapi kami dah buat ct brain, takde pendarahan yang berlaku. Buat masa ni, kami terpaksa tidurkan dia sementara nak tunggu dewan bedah panggil." kata dr hadi, aku baca nama dibajunya.
"saya dapat berita ada bekas doktor kemalangan, dr ammar tak salah saya. Mana pesakit?" aku dengar seseorang bertanya di kaunter. Tiba tiba keadaan jadi haru sebentar.
"pengarah" bisik dr hadi kemudian meninggalkan aku. Dia berbual sebentar dengan lelaki itu. Pengarah? Pengarah hkl ke?
Aku lihat dia sudah berjalan ke arah bilik ammar.
"isteri?" soalnya padaku namun matanya memandang fail dihadapannya.
"ya saya."
"saya akan lakukan pembedahan untuk repair fracture kaki dia malam ni jugak, jadi puan jangan risau. Selain tu, inshaAllah takde apa" katanya. Baru memandang aku. Staff2 sudah berpandangan.
"betul ke dr?terima kasih, dr" ya Allah aku bersyukur sangat.
Ya. Memang menjadi tanda tanya aku, bukan ke kalau dah patah tertutup, kena pembedahan secepat mungkin sebab kita tak tahu sebanyak mana darah yang hilang. Alhamdulillah, terjawab persoalan aku.
"dia.. Seorang dr yang sangat bagus bagi saya. Saya taknak kehilangan dia. Sama macam puan. Jadi, sama sama la kita berdoa semoga semuanya dipermudahkan. Saya tunggu di OT" katanya pada staff kemudian beredar.
Staff2 kembali kelam kabut, baik dr mahupun staffnurse. Menyiapkan ammar untuk ke dewan bedah.
Ya Allah.. Panjangnya malam ni..
Ya Allah.. Kau selamatkan lah suamiku..
Ya Allah.. Berilah aku kekuatan.."puan, maaf ya. Ot di tingkat 3. Tunggu kat sana ya" kata staffnurse tadi. Aku hanya angguk. Tak sempat nak jumpa ammar. Hanya pandang dari jauh sahaja. Moga Allah dengar doaku.
*****
Entah berapa juta kali terima kasih aku ucapkan pada pengarah, dr zain. Dah hampir 2minggu aku berkampung di hospital. Ammar diberikan sebuah bilik first class memandangkan keadaannya dah stabil sekarang. Itupun atas izin dr zain. Bantuan pernafasan pun dah dicabut. Ammar pun dah sedar minggu lepas lagi. Cuma dia banyak tidur. Dan dia tak boleh bergerak banyak. Kaki, tangan dan dadanya masih dibalut.
Aku pandang ammar yang sedang tidur. Tangannya aku genggam erat.
"abang.." aku senyum memandangnya. Tapi entah kenapa air mata aku mengalir. Aku kesatnya perlahan. Aku sedih melihat keadaan ammar. Tapi aku gembira sebab dia dah beransur pulih & aku gembira, Allah masih panjangkan umur dia.
"abang cepat sembuh tau. Sayang rindu nak berbual dengan abang, jalan sama sama.. Makan sama sama.. Rindu.. Nak dengar nasihat abang.." aku kesat lagi air mata yang memang tak boleh kauntim.
"sayang ada benda nak bagitahu abang.. Tapi abang kena sihat dulu. Baru sayang boleh bagitahu" aku pandang ammar. Ada air mengalir keluar dari hujung matanya.
Aku ketap bibir. Menahan rasa. Air mataku pun mengalir laju.
"sayang selalu ingat pesan abang, jangan makan makanan berkolestrol. Sayang dah slim tau sekarang ni. Betul, sayang tak tipu. Kalau abang tak percaya, cepat lah bangun tengok sayang" kataku.
"abang, semua orang tanya pasal abang. Risaukan abang. Tapi sayang tau, abang kan kuat. Abang takkan tinggalkan sayang kan? Ha.. Abang jangan risau, pasal klinik tu dr riz handle sekarang. Dia ada datang haritu tengok abang. Dia memang partner abang yang baik kan?"
"walaupun kadang kadang orang perlekehkan sayang sebab berhenti kerja, sekarang sayang dah nampak hikmahnya. Sayang boleh jaga abang 24/7. Abang mesti suka kan? Sayang pun suka, sebab hari hari tengok abang. Abang selalu depan mata sayang"
"sayang tau, abang kuat. Husband sofia kan hebat. Jadi, abang kena kuat tau. Sayang tunggu abang bangun. Sayang percaya, takde benda yang abang tak boleh lalui. Abang kan hebat. Abang kan doktor yang hebat. Sayang tunggu abang bangun, ya.."
Aku kesat air mata lagi. Terasa ammar membalas genggaman tangan aku pun dah cukup buat aku gembira. Aku lap air matanya yang mengalir.
" takpe, untuk harini sayang bagi abang can. Abang rehat lah. Sayang tak kacau abang." aku betulkan selimut yang menutupi sedikit kakinya. Aku keluar dari bilik. Sebak sangat hatiku melihat air matanya mengalir. Aku tahu, dia mesti sedih sebab terpaksa lalui semua tu. Semua ni berlaku sekelip mata.

YOU ARE READING
hello husband
RandomKisah tentang seorang jururawat yang berkahwin dengan seorang doktor. "apa abang buat dekat wad sayang?" "abang dapat transfer sini. Kena jaga wad ni 6bulan. Kenapa?" "apa??!" Atas permintaan sofea, hubungan mereka dirahsiakan. Nanti orang sibuk ta...