10// Memori lama.

343 4 0

Kau tahu, hari tu aku keluar dengan kakak ,
Dia minta aku temankan dia,
Walaupun ni kali pertama aku berjumpa dengan kakak setelah 5 tahun bermula kisah kita,
Kakak sangat baik.

Cantik, ramah, bijak.

Tak putus dari mulut kakak bercerita tentang kau.
Nakal kau, perkara lawak yang kau lakukan.
Kau buli adik bongsu kau.

Semuanya aku dengar dengan gelak dan tawa.
Dalam hati, aku rindu.
Terlalu rindukan engkau.
Tapi biar lah rindu, memori lama ini aku simpan.
Kelak, kalau kita berjodoh lagi, akan aku ceritakan kembali sakit, rindu, sayang ni pada kau.

Sungguh aku rindu.
Moga tuhan jodohkan aku dengan kau.
Jika tidak, aku doakan ada lelaki yang baik untuk aku.
Jua perempuan yang baik untuk kau.
Akan aku ikhlaskan hati ini.
Supaya memori lama akan kekal dalam palung hati ni, dan tak akan pernah hilang sampai akhir nanti.

Puisi HatiWhere stories live. Discover now