26

9.4K 310 221
                                    

"Mak, ada nampak telefon Iza tak?", tanya Iza kelam kabut meraba poket baju kurung pesak yang tersarung ditubuhnya. Terkocoh kocoh Iza berjalan patah balik dari kereta ke dapur Mak Tam. Mulanya dia ingatkan telefonnya tertinggal di dalam kereta.

Bila diseluk hanya kunci kereta yang ada, telefon tiada. Diperiksa dalam kereta pun tiada. Muka Iza dah mulai pucat. Telefon itu pemberian Fakhrul. Walaupun bukan telefon baru yang keluar dari kotak, Iza sayang hartanya itu.

"Iza letak mana tadi?", tanya mak baru menyarung sandal ke kaki. Iza terkebil kebil, cuba mengingati namun data tiada dalam penyimpanan. Kepalanya digaru, berkerut mengimbas perkara yang berlaku.

"Nah, ambil telefon Mak Tam. Cuba call telefon tu. Ingat tak nombor telefon sendiri?". Mak Tam menghulurkan telefon bimbit Vivo miliknya. Iza tersengih dengan soalan Mak Tam.

I have died every day waiting for you
Darling, dont be afraid
I have loved you for a thousand years
I will love you for a thousand more

Mak Tam berpusing mencari dari arah mana datangnya lagu itu.

"Atas Coway ni ha. Agaknya Iza letak masa basuh tangan tadi kot", kata Mak Tam berjalan ke dalam untuk mengambil telefon Iza.

Fuh, Iza kelegaan. Banyak gambar Farhah dan Fudhla didalamnya. Mujur tak tercicir di mana mana.

Usai solat Isya setelah anak anak tidur, Iza bangun semula untuk menunaikan solat hajat. Teringat pula pesan Mak Tam petang tadi. Mudah sangat nak dibuat.

Fakhrul berdehem, membuat Iza berkalih memandangnya yang bersandar di katil. Dilihatnya Fakhrul melihat telefon, pasti bermain game.

Iza membetulkan postur diri dan telekung sebelum memasang niat. Sekali lagi, Fakhrul berdehem.

"Abang tak sihat ke?", tegur Iza. Fakhrul membisu. Matanya tak berkedip memandang Iza membuatkan Iza serba salah. Lalu dibuka telekung dan dilipat.

"Nak air?", tanya Iza perlahan seolah berbisik, mendekati Fakhrul. Dia tak mahu tidur Farhah dan Fudhla terganggu. Fakhrul mengangguk tersenyum.

"Saya pergi ambil kat dapur. Kejap ye", ujar Iza menyentuh pipi suaminya sambil menyepetkan mata. Sentuhan penuh kasih sayang.

"Saya tak nak air kat dapur", balas Fakhrul perlahan memegang tangan Iza yang berada dipipinya.

"Habis tu?", tanya Iza pelik. Takkan nak pergi kedai mamak pula tengah tengah malam ni. Nak tinggalkan anak - anak begitu saja?

"Nak air awak". Kening Fakhrul terangkat cuba memikat isterinya yang tak banyak kerenah, yang patuh. Fakhrul tersenyum merenyam.

Fakhrul menarik Iza ke pangkuannya, Iza terduduk di atas riba. Muka Iza kini kemerahan, malu.

"Pandang la abang. Takkan malu lagi". Dagu Iza dipegang, dikalih dan didongakkan sedikit wajah Iza supaya pandang tepat padanya.

"Malu la. Minta yang bukan bukan", bisik Iza manja.

"Apa yang bukan bukan? Yang abang minta tu kan ibadah", hujah Fakhrul kononnya.

"Kan anak anak tidur sekali ni." Iza menjeling pada anak anak yang tidur kepenatan di atas katil, bersebelahan Fakhrul.

"Please sayang. Tidur tu, takkan sedar", pujuk Fakhrul menyeluk masuk tangannya ke dalam baju Iza, mengusap ngusap perut dan bergerak ke atas. Senyumnya melebar kerana dugaannya tepat. Tiada coli, pastinya tiada seluar dalam juga.

"Kalau bangun?". Tanya Iza sedang dia menikmati ramasan lembut Fakhrul pada kedua gunungnya. Sungguh dia merindui sentuhan suaminya. Dah hampir dua bulan mereka tak bersama, bermesra. Ada saja halangan kesihatan. Selalunya Iza, demam la, kadangkala selsema, tak pun batuk. Bila Iza sihat, Fakhrul pun sakit bersilih ganti.

AKU ORANG KETIGA (TAMAT)Where stories live. Discover now