Harini baru aku tahu yang dr riz, kawan ammar yang kami jumpa masa dinner haritu merupakan share partner klinik ni. Tu pun sebab ammar ada kursus kat ipoh, dia mintak dr riz cover klinik untuk 2 hari.
Aku pandang dr riz yang sedang berdiri depan aku sambil tersenyum.
"okey. Takpe. Balik nanti saya boleh settle dengan dia" kataku. Ammar ni memang seorang manusia yang penuh kejutan kan. Rasanya boleh dapat heart attack kalau selalu macam ni.
Entah kenapa aku rasa harini berlalu dengan lambat, pesakit pun tak berapa ramai. Boring. Nak sembang dengan dr riz, aku rasa pagi tadi dah habis aku interview dia. Daripada macam mana dia kenal ammar sampai la macam mana dia kenal wife dia. Sampai la aku taktau nak tanya apa dah. Hmmm...
Fonku berbunyi, ammar menelefonku. Macam tau tau je aku tengah boring. Hihi. Laju laju aku tekan ikon hijau.
"assalamualaikum sayang, rindu abang ke?" soalnya. Belum sempat aku jawab salam.
"waalaikumsalam, bos. Hmm takde lah nak rindu sangat. Sebab ada bos baru harini. Boleh tahan handsome la.." balasku. Sengaja memerli secara halus. Cewahh. Aku dengar ammar ketawa di hujung sana. Cehh, gelak pulak.
"sorry la pasal riz tu. Abang lupa nak bagitahu sayang.. Btw, abang otw balik dr ipoh ni. Dalam pukul 7 lebih abang sampai. Nanti kita dinner sama sama okey?"
"okey. Sebab nak ajak dinner, kali ni sayang maafkan abang. Okey, sayang tunggu abang kat rumah tau"
"okey. Love you" ammar tamatkan panggilan. Belum sempat lagi aku jawab love you too. Cehhh. Eh? Sejak bila pandai love you love me ni? Pelik. Siap ajak dinner lagi. Dia kursus pengurusan ke kursus cara cara nak pikat hati si isteri? Hihi.. Apa kau merepek ni pia.
*****
Aku bersiap seusai solat maghrib. Katanya ammar dia lambat sikit sebab jammed dekat tol duta. Aku pakai blouse pink dan jeans hitam. Shawl dililit simple. Lipstik dicalit sebagai penutup make up simple ku. Ceh. Make up la sangat setakat foundation, compact powder & blusher. Alah, bukan nak pergi mana pun. Pergi makan je.
Sambil tunggu ammar call, aku tonton tv. Jam dikerling. Pukul 9 dah, tapi batang hidung ammar langsung tak nampak. Habis dah semua social media aku scroll atas bawah. Siap stalk artis artis lagi. Aku kerling lagi jam. 10pm. Call, tak berangkat. Hmmm.. Teruk sangat ke jammed kat tol tu?
Aku dah mundar mandir di ruang tamu. Jam pulak macam tak bagi can sesaat pun. Dah pukul 10.45pm. Ammar masih tak jawab panggilan dia. Aku dah tak sedap hati. Ada apa apa berlaku ke? Ya Allah.. Jauhkan lah suamiku dari perkara perkara yang tak baik.
Entah berapa kali aku duduk, berdiri, mundar mandir dihadapan tv. Aku pun tak ingat bila aku tertidur di sofa. Aku tersedar apabila fonku berbunyi tanda panggilan masuk. Sempat ku lihat jam di dinding. Dah pukul 1pagi. Cepat cepat aku capai fon dan menjawab panggilan.
"puan, saya harap puan tenang. Suami puan kemalangan di highway duke & kami dalam ambulans ke hkl." kata seseorang.
Terlepas fon dari genggamanku. Terasa seperti gelap duniaku sebentar. Air hangat mula bertakung di tubir mata.
"ya allah.. Selamatkanlah suami aku"
******
Aku masih setia menunggu diluar zon merah. Ya, selepas aku dapat berita tentang kemalangan ammar cepat cepat aku cari taxi ke hkl. 30 min baru aku sampai. Sempat aku call umi & abahku. Serta ibu & ayah ammar. Mereka juga dalam perjalanan ke hkl. Setelah bertanya dikaunter triage, nama ammar berada di zon merah.
Hati aku masih gundah. Zon merah. Zon kritikal. Namun, hati aku tetap berdoa agar ammar baik baik sahaja.
Sejam berlalu. Masih tiada khabar tentang ammar.
Dua jam. Sepi.
Tiga jam. Langsung tiada khabar tentang ammar lagi.
"pia!" terdengar seseorang memanggilku. Nampaknya keluargaku & mertuaku sudah sampai.
"umi! abah!" terus aku peluk ibu lalu menangis semula.
"macam mana ammar, pia" soal ibu. Aku geleng. Entah kenapa, kali ni aku tak dapat berfikiran positif. Ammar terlalu lama didalam zon merah. Aku risau.
"ya Allah selamatkan anak aku ya Allah.." kata ayah pula.
"waris encik muhammad ammar bin ahmad. aku dengar seorang staffnurse memanggil. Cepat cepat aku bangun.
" puan, isteri pesakit ke? "soalnya.
" ya saya."
"kami dah nak tolak pesakit ke gicu, puan boleh ikut sekali." katanya lagi.
"gicu?"
"ya. Kenapa puan?"
"tak.. Takde apa. Baiklah."
"jom."
"kejap, saya nak jumpa parents saya"
Aku tak ready nak tengok ammar. Ya Allah berilah aku kekuatan ya Allah..
"ibu, ayah, umi, abah, tunggu dekat gicu ya. Tingkat 3." kataku. Kemudian aku kembali pada staffnurse tadi. Membuntutinya hingga ke bilik rawatan yang menempatkan ammr di zone merah. Aku lihat beberapa orang doktor sedang menyemak failnya. Melihat peralatan & barang barang yang bersepah, aku dapat bayangkan betapa strugglenya staff cuba menyelamatkan ammar.
Aku pandang ammar yang tak sedarkan diri, dibantu mesin pernafasan. Kepalanya berbalut. Mata kirinya bengkak. Tangan & kaki kanan bersimen. Lebam di merata tubuh. Aku lihat satu beg darah juga diberikan. Begitu juga sebotol air.
"puan, isteri pesakit ke?" soal seseorang.
"ya, saya"
"saya macam pernah nampak pesakit ni.. Dia.. Doktor kan? Sebab saya tak jumpa id dia"
"ya, dulu dia doktor kat sini tapi dah pindah ampang sebelum resign." kataku.
"oh. Patut lah saya rasa macam pernah nampak"
"doktor.. Boleh bagitahu diagnosis suami saya?"

YOU ARE READING
hello husband
RandomKisah tentang seorang jururawat yang berkahwin dengan seorang doktor. "apa abang buat dekat wad sayang?" "abang dapat transfer sini. Kena jaga wad ni 6bulan. Kenapa?" "apa??!" Atas permintaan sofea, hubungan mereka dirahsiakan. Nanti orang sibuk ta...