"Kita singgah tengok Fahri dan ibu boleh? Rindu kat diorang. Dah lama tak jenguk". Iza bertanya pada Fakhrul yang sedang menyimpan beg ke dalam bonet kereta. Beg baju yang dipegang, dihulur kepada Fakhrul.Fakhrul menghela nafas, matanya menatap wajah isteri tersayang. Sayang sangat tapi dia tak dapat nak luahkan. Tak tau cara? Tak mungkin, dulu pandai kenapa sekarang tidak. Mungkin dah tawar hati? Mungkin keinginan untuk memiliki secara mutlak telah terlaksana? Cita cita sudah tercapai.
Fakhrul mengangguk, tak semena mena Iza mengucup pipinya. "Thank you. Love you". Fakhrul terpaku kemudian tersenyum. Bila Iza sesekali mengeluarkan kenakalannya, pasti Fakhrul begitu. Dah lama sangat mereka tak mesra seperti pasangan suami isteri lain.
"Tapi tak singgah rumah abah tau", kata Fakhrul perlahan.
"Ala...Iza rindu abah. Kejap je kita singgah, boleh ye?". Fakhrul menggeleng. Iza mulai cembeng.
"Call abah, minta jumpa kita kat mana mana. Saya tak nak awak sedih. Mulut makcik tu, awak tau sendiri kan", ulas Fakhrul akan keputusannya agar Iza faham.
"Ok. Saya call abah", kata Iza teruja. Senyuman lebar dilemparkan. Senyuman yang pernah buat Fakhrul tidak lena tidur.
Fakhrul sekadar tersenyum melihat telatah isterinya. Kesian juga bila hubungan Iza dan abah agak rengang sejak abah bernikah baru. Walaupun dah banyak tahun, mulut makcik masih sama. Puaka. Masih mengungkit status Farhah. Fakhrul tak mahu Iza dan Farhah bersedih dengan isu itu. Itu adalah kesilapannya.
Bukan orang lain pun, kawan baik arwah ibu. Tapi sikap berbeza. Sebaik masuk menjadi sebahagian ahli keluarga, Iza dan Fakhrul sudah terasa dipulaukan. Makcik punya anak empat, semuanya telah berkeluarga. Hubungan Iza baik saja dengan mereka selama ni. Tapi hanya disebabkan status Farhah, mereka dingin di belakang abah. Bila abah bersama, semuanya berlagak baik umpama malaikat. Tindakan mereka seolah olah, Farhah itu najis. Dan disebabkan itulah, Fakhrul dan Iza jarang pulang melawat abah.
Mak memeluk kedua cucu yang turun dari kereta. Rindu sangat agaknya. Masakan tidak, hanya cuti sekolah saja baru pulang ke Temerloh. Itupun sekadar beberapa hari. Singkat sangat. Fakhrul dengan alasannya banyak kerja dan Iza hanya menurut kata Fakhrul tanpa bantahan. Tak puas pun dia nak bermesra dengan cucu cucu.
"Husna mana mak?", tanya Iza usai bersalaman dan mendakap tubuh mak.
"Ada di dalam. Menyusu Wafiey agaknya. Tadi menangis budak bertuah tu".
Iza tersenyum. Rindu dengan suara bayi.
"Dah seminggu ye Wafiey?"
"Haah. Eh.. meh sini, salam makngah dan pakngah. Asyik keluar masuk rumah je, berlari sana sini", jerit mak memanggil anak anak - anak Husna.
Waqas, anak sulung Husna tersengih menampakkan gigi rongaknya datang bersalaman dengan Iza. Diikuti adiknya, Wajdi dan Wafa.
"Kak Intan kau keluar dengan Airin, nak beli apa tah untuk aqiqah esok ni", jelas mak tanpa Iza bertanya. Fakhrul sekadar mendengar, mengeluarkan beg berisi pakaian dari dalam kereta untuk dibawa masuk ke dalam rumah.
Setelah membersihkan diri, Fakhrul terlena di bilik. Farhah dan Fudhla dah lesap bersama sepupu mereka. Iza mengetuk bilik Husna sebelum masuk.
"La, Wafiey tak tidur ke? Lapar ye?", tegur Iza. Mata Wafiey yang bulat itu jinak memandang, seolah sudah boleh mengenal imej. Pipi merah Wafiey diusik usik. Husna duduk di katil, kakinya dilunjurkan seperti kebiasaan orang berpantang.
"Tahniah Husna. Boy lagi. Meriah rumah nanti".
"Tu la kak. Mau runtuh rumah mak abang nanti. Sekarang ni pun kalau Waqas dengan Wajdi bergumpal, berkejar kejar kat tingkat atas tu. Risau Husna, bunyi berdentum dentam lantai kayu tu. Mujur rumah mak ni, setingkat je".
YOU ARE READING
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
General Fictioncinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, ta...