part 4

1.1K 10 0

Tajam mata Arif Mikhail mengekori setiap pergerakan Ayra Maya yang sedang bersiap di hadapan cermin.

"Please, percayakan saya Mikhail."

"Saya percayakan awak. Yang saya tak percaya Tengku Ashraff tu."

"Uncle kan ada. He'll be my guardian angel."

Terbayang raut muka Uncle Ayra Maya yang garang dan jarang tersenyum. Setiap masa asyik serius. Hai! Cepat tualah kau pak cik kalau hidup tak ceria macam tu sampai ke tua. Pada pandangan Arif Mikhail hidup mesti seimbang. Seperti kehidupannya juga. Arif Mikhail tenggelam dalam dunianya sendiri disaat tangannya menarikan berus dan warna di kanvas. Berhari - hari Arif Mikhail boleh terperap di rumah semata - mata untuk menyiapkan sesebuah lukisan. Namun sebaik dia berpuas hati dengan hasil lukisannya, Arif Mikhail tetap menghabiskan masa lapangnya dengan kawan - kawannya.Bersantai, berhibur dan backpacking ke serata pulau adalah aktiviti hiburan yang berada disenarai teratasnya.

"Still, I'm not comfortable with this arrangement."

"Awak nak pasang CCTV bergerak ke?"

"I think that is not necessary but..."

"But..."

Ayra Maya berpaling menghadap Arif Mikhail yang menghampirinya.

"But I'll attach latest CCTV gadget with you."

"Impossible!"

Jerit Ayra Maya sambil tergelak mendengar gurauan Arif Mikhail walau pun gaya Arif Mikhail menuturkannya serius bunyinya.

"Here."

Kotak empat segi panjang yang bertutup rapat dibuka.

"Kecik nya CCTV ni. Gadget baruke?"

Balas Ayra Maya polos apabila melihatkan kotak di tangan Arif Mikhail yang agak kecil saiznya.

"Awak ni kan. Slow sangat. Macam mana nak jadi Board of Director macam ni. Betullah sangkaan saya, anak orang kaya ni pergi kerja sebab nak pakai baju - baju cantik dan tunjuk kuasa je."

"Heyy..ayat tu bagi sopan sikit ya. Isteri awak ni bukan macam perempuan lain ya. Penat arwah Atuk ajar saya selok belok perniagaannya. Dari zaman universiti lagi tau saya mesti turun pejabat buat kerja. Itukan semua harta arwah Papa. Mestilah saya jaga betul - betul."

"This is your anniversary present cum your CCTV."

Arif Mikhail mengelus lembut leher jinjang Ayra Maya. Rambut Ayra Maya telah disanggul kemas gaya korporat untuk memulakan hari pertama di pejabat menyerlahkan lehernya yang jinjang dan kulitnya yang putih bersih. Seutas rantai bersalut emas putih dipakaikan ke leher Ayra Maya.

"Sorry, that night terlupa. Better late than never right baby."

Ayra Maya terpana. Malam ulang tahun pertama mereka sepatutnya berakhir dengan indah bertukar menjadi kelam kabut dengan pemergian Atuk. Arghh!! Nampaknya setiap tahun pada tarikh yang sama akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup Ayra Maya. Nasib baiklah Arif Mikhail setia bersama Ayra Maya sepanjang majlis pengkebumian sehinggalah sesi pembacaan wasiat. Seperti yang dijangkakan, Ayra Maya akhirnya terpaksa juga menggalas tanggungjawab arwah Papa yang selama ini digalas oleh Atuk.

"Finally, I can see your wife every day. In fact we will spend time together more than you do." Ucapan sinis Tengku Ashraff tempoh hari sedikit sebanyak menggugat perasaan Arif Mikhail. Namun di hadapan Tengku Ashraff sudah pasti Arif Mikhail hanya berlagak tenang. Tanpa membalas kata - kata Tengku Ashraff yang menyakitkan hati, Arif Mikhail menarik Ayra Maya yang berdiri disebelahnya. Dirapatkan lingkaran tangan kanannya ke bahu Ayra Maya. Dicium pula kepala Ayra Maya yang diselubungi selendang ketika itu sambil matanya memberi jelingan maut kepada Tengku Ashraff seakan berkata 'Ayra Maya hak milik kekal aku!'

KAU AKAN JADI HAK AKU( Mini Novel)Where stories live. Discover now