“Kau ni memang dasar jantan pengecutkan. Kau dah porak perandakan hidup Ayra, dia patutya kahwin minggu depan tapi elok je dia cakap tak boleh sebab kau kan?“

”Saya tak faham la pak cik. Pak Cik dah salah faham ni.”

“Kau jangan banyak berdalih. Memang dasar jantan tak guna. Tadi kau tak bagi Ayra masuk kenapa? Dia mesti tengah merayu – rayu kat kau jangan tinggalkan dia. Ajak kau kahwin pastu kau boleh buat bodoh je.“

“Pak cik dah salah faham ni.“

”Boleh tak awak explain kat pak cik awak yang dia dah salah faham ni.“

“Kau diam Ayra. Kau jangan nak sebelahkan jantan tak guna ni.” Ayra hanya menunduk memandang lantai. Tak berdaya untuk menceritakan hal yang sebenar. Kalau pun diceritakannya, siapa yang nak percaya.

“Esok, aku nak kau datang rumah kami. Pandai buat pandai tanggung. Kunci kereta kau dengan IC kau bak sini. Jangan pikir nak lari. Orang aku akan berjaga – jaga kat kawasan ni.“

What?“ Berserabut Mikhail memikirkan apa yang patut dibuatnya. Alahai apalah nasib badan. Kawan Uncle  dengan pantas mengambil kunci kereta Mikhail yang tergantung di belakang pintu.

”IC tak payahla. Esok saya pergilah, kunci kereta saya tu memang saya nak ambil balik pun.” Evo tu bhai! Penat aku kumpul duit nak beli Lancer Evolution tu, sesuka hati onyang dia nak amik. Mereka bertiga terus meninggalkan rumah Mikhail. Macam nak sepak je aku tengok muka awek tu. Boleh sepanjang – panjang tu dia buat muka donat. Kalau tak mengenangkan dah nak Subuh, memang aku keluarkan jugak buah silat aku ni. Teraniaya dowh!

Subuhnya.

          “Papa, ada problem sikit“

          “Ha?“

Diceritakan sedikit sebanyak pasal double-trouble semalam.Papa yang berada nun di Jepun memang nak kena bagitau. Kan masuk rumah orang sihat walafiat, keluar arwah kang tak tahu lagi. Baik aku minta ampun siap – siap dengan satu – satunya ahli keluarga yang ada dalam hidupnya. Abangnya yang ghaib macam Zack jugak tu kira macam tak adalah yea.

          “Apa – apa Arif bagitau Papa. Nanti Papa hantar orang.“

          “Tak ada apa – apalah Pa. Small matter je cuma cuak jugalah ni.“  

* * *

Seminggu kemudian. 

          “Kira jadilah ni yea. Atuk rasa kita buat masa tarikh tu jugak la.“

          “Kalau Arif setuju, saya tak ada masalah. Tak sangka Ayra Maya ni anak Tan Sri Malek. Arif Mikhail tak pernah cakap pula kawan dengan anak arwah kawan sendiri.“

Ya Rabbi lain yang aku plan, lain pula yang jadi. Bila dah kena serang dengan keluarga Ayra hari yang aku berlagak macho pergi sesorang kat rumah dia tempoh hari. Aku terpaksa buat Plan B, cakap nak datang lain kali dengan papa, konon setuju-paksa kahwin dengan Ayra. Kalau tak kerana kapak yang elok je kat tangan Atuk Ayra tu baiklah aku cakap setuju. Kalau tak memang dah arwah dah aku ni. Dasar Zack tak guna, dahla menumpang kat rumah orang, bukan takat tapak kaki yang dia tinggal, taik sekali yang dia tinggal. Huh anginnya aku!

Papa yang sentiasa berhemah sesama makhluk Tuhan ni, bila aku cerita masalah aku, dia yang syorkan pergi jumpa keluarga Ayra dan terangkan hal sebenar. Elok je keluar kereta, berlaku pula adegan jejak kasih kat situ. Rupanya Ayra ni anak arwah kawan papa. Papa tersangatlah rapat dengan arwah Tan Sri Malek ni. By the way, orang yang dah kembali ke rahmatullah tu, tak payahlah nak sebut pangkat kat depan kan. Menyampah pula aku tengok Uncle Ayra yang garang tu dok menekankan Tan Sri tu semasa sesi perbincangan ni. Yang paling best bila papa macam terlupa je yang aku ni tak kenal siapa si Ayra Maya ni. Dia pula yang sibuk nak buat menantu. Bila aku tarik tangan papa cakap ni dah jadi agenda mengarut, senang je papa cakap.

KAU AKAN JADI HAK AKU( Mini Novel)Where stories live. Discover now