Part 1

2.8K 28 0

Tok!Tok!Tok! Nyaring ketukan pintu kedengaran. Mikhail terpisat – pisat di bawah gebar malas untuk bangun. Dengan kedinginan air cond ditambah dengan hujan di luar sana, siapa pun marah jika tidur yang lena terganggu. Hish siapa pula datang pagi – pagi buta ni. Matanya ditala ke arah jam loceng di bucu katil. Pukul 3 pagi. Tok!Tok! Tok! Dengan malas Mikhail bangun setelah bunyi pintu tak berhenti – henti.

“Cari siapa?” Mikhail membuka pintu dan di luar grillkelihatan seorang gadis basah kuyup sedang menangis.

Do I know you? Awak salah rumahke?”

“Minta maaf, saya cari Zack Ahmad. Dia ada ke?”

“Oh, awek Zack. Ingat siapa. Tapi Zack dah tak duduk sini? Dia tak bagitau awakke?”

“Tapi saya baru jumpa dia semalam.”

“Dia tak bagitau awak ke dia dah balik US?”

What?” Gadis itu terjerit di tengah – tengah hujan lebat. Mikhail pantas menoleh kiri kanan. Weii..ni kawasan rumah teres yang majoriti penduduknya Islam. Biar benar awek terjerit – jerit depan rumah aku pukul 3 pagi ni. Nanti apa kata jiran – jiran. Mak Cik Lina kat sebelah boleh kecoh satu taman kalau dia nampak scene ni.

“Awak balikla. Zack dah tak duduk sini. Hari tu dia tumpang sementara je. Abang saya yang minta tolong tumpangkan si Zack. Jadi kalau awak tanya saya lebih – lebih pasal Zack, mana dia pergi ke, apa ke, saya memang tak tahu.“

“Saya betul – betul kena jumpa Zack. Penting sangat – sangat.”

“Balik je la. Zack tak ada. Awak datang dengan siapa?“ Macam tak ada kereta lain kat depan rumah dia ni. Takkan tumpang orang pukul 3 pagi ni. Bas ke teksi mana nak ada pagi – pagi buta ni. Seram sekejap Mikhail memikirkannya.

“Tolongla saya. Buka pintu ni. Saya nak jumpa Zack.Awak janganla subahat dengan dia. Kalau saya tak jumpa dia malam ni, matilah saya.“ Ayra tak mengendahkan soalan tuan rumah.

“Kereta awak mana?“ Malas Mikhail nak layan. Walau pun agak kasihan melihat gadis tersebut basah kuyup namun hatinya tegar agar tidak terlibat dengan masalah orang.

Please, bagilah saya masuk. Please.” Ayra sudah meraung – raung di luar pintu.

“Awak, saya duduk seorang dalam rumah ni. Saya tak boleh bagi awak masuk.”

Please. Tolong saya.”

“Balikla.” Mikhail terus berpusing hendak melangkah masuk. Lama lagi dia menghadap budak ni, karang jatuh kasihan susah tak pasal - pasal. Tiba – tiba suluhan sportlight kelihatan dari jauh dan sebuah Volvo XC 90 betul – betul berhenti di hadapan rumahnya. Dua orang lelaki yang kelihatan amat garang keluar daripad SUV tersebut.

“Tunjuk Uncle, ni ke lelaki keparat tu? Cakap.” Lengan Ayra dicengkam erat dan dihadap ke pintu pagar rumah Mikhail.

“Hoi kau budak. Bukak pagar ni. Aku cakap bukak!“ Nyaring suara lelaki yang menggelarkan dirinya Uncle itu. Bertambah nyaring suara si Uncle kedengaran dengan hujan yang hampir berhenti. Mikhail terkaku di hadapan pintu rumah. Tak jadi melangkah masuk. Tiba – tiba seorang lelaki yang bersama Uncle tadi memanjat pagar rumah Mikhail dan melompat masuk. Oh No! This is not happening.

“Hoi budak. Kalau kau nak hidup lama, bagi aku kunci grillni. Bukak!“

“Kat belakang pintu kayu tu“. Ishh lain aku nak cakap lain pula yang terkeluar. Aku nak cakap apakemende semua ni? Nak aku panggil polis ke main ceroboh rumah orang ni? Namun dengan wajah garang kedua – dua lelaki ni, kecut juga Mikhail dibuatnya. Bagi je lah masuk. Bincang kat dalam sebelum jiran – jiran sedar. Si Uncle menarik tangan gadis tersebut yang nyata ketakutan masuk ke dalam rumah Mikhail.

KAU AKAN JADI HAK AKU( Mini Novel)Where stories live. Discover now