24

9.1K 256 482
                                    

Iza terpinga pinga dengan soalan Farhah. Diperhati sekeliling, tiada kelibat sesiapa pun disekitarnya. Bunyi audio dari belakang rumah, membingitkan telinga.

"Mama..."

Iza tersedar, mencubit lengannya untuk mengesahkan dia tidak berada dalam mimpi.

"Mama.."

"Kenapa Farhah?". Suara Iza sedikit tinggi.

"Fudhla....". Baru Iza sedar, mata Farhah bertakung air.

Hati Iza berdegup kencang. Dalam kepala, macam macam difikirnya. Berdiri di pintu gelangsar yang menghala ke kolam, Iza nampak ramai orang berdiri tak jauh dari situ, semuanya kelam kabut. Anak anak yang masih bermain di dalam kolam, disuruh keluar oleh keluarga membuatkan mereka terpinga pinga. Muzik juga dimatikan. Hanya bunyi suara yang bertanya, persoalan tanpa jawapan.

Iza berlarian ke arah kawasan yang kelihatan agak kelam kabut, Farhah mengekorinya. Air mata Iza sudah berjuraian. Tak habis habis tangannya mengesat air mata yang luruh.

"Fudhla...", jerit Iza sebaik mendekati. Dia nampak Fudhla terbaring. Taufik yang berdiri di situ terus menerpa dan menarik Iza menjauhi kawasan itu .

"Saya nak tengok Fudhla". Jerit Iza meronta agar dilepaskan. Bukannya Iza tak nampak Fudhla, bukannya orang berkerumun di situ. Iza boleh nampak dengan jelas dari tempat dia berdiri.

"Lan sedang cuba selamatkan dia", ujar Taufik memeluk erat Iza supaya tak terlepas.

"Tolong la, saya nak tengok anak saya", rayu Iza, menolak lengan sasa Taufik yang melingkari tubuhnya.

"Iza, sabar. Bertenang. Lan sedang selamatkan dia". Pelukan Taufik mula longgar apabila Alina datang dari belakang. Tubuh longlai Iza dipeluk erat oleh Alina. Taufik menarik kerusi untuk Iza duduk. Lemah terus badan Iza, tak bermaya. Di bahu Alina, dia melepaskan tangisan.

Farhah memeluk Iza, matanya memandang pada Wan Razlan yang sedang melakukan CPR. Farhah mengimbas kembali apa yang terjadi tadi, tak sampai 5 minit yang lalu. Semuanya terlalu pantas.

Farhah dan Fudhla ketika itu, berjalan mencari Iza setelah keluar dari kolam kerana Fakhrul tiada di meja. Yang ada hanya beg di atas kerusi. Pelampung yang  mereka guna tadi, dibuka dan diletak ke atas meja. Kemudian mereka berdua berjalan mengikut jubin yang dipasang secara horizontal di sepanjang sisi kolam. Farhah di depan, Fudhla membontoti kakaknya menuju ke banglo.

"Kak". Jeritan Fudhla membuat Farhah berpusing.
Keceburrrrrrrr
Fudhla terjatuh.
Dia tergelincir.

"Tolong!!!!!", jerit Farhah. Namun suara halusnya ditenggelami bunyi audio yang bergema.

Fudhla sudah tenggelam timbul di situ, sedang Farhah cuba untuk mengapai tangan adiknya. Semua sibuk dengan hal masing masing.

"Farhah, cari mama".
Kata Wan Razlan yang menarik Fudhla, menyelamatkannya sementara Farhah terus berlari ke dalam banglo.

Fudhla terbatuk batuk sebelum ada air keluar dari mulutnya, tersedak.

Iza terus meluru kepada Fudhla. Alina mendakap Farhah. Fudhla dipeluk dan dicium. Wan Razlan yang kuyup basah terduduk di hadapan Iza, lelah namun lega.

"Terima kasih Lan. Terima kasih banyak banyak", ucap Iza sesungguh hati, tersenyum pilu disebalik tangisan.  Wan Razlan menyelamatkan anaknya.

"Kenapa ni?".
Tiba tiba Fakhrul muncul entah dari mana. Iza menoleh pada Fakhrul, matanya merah, hatinya sakit menahan marah bila melihat telefon yang Fakhrul genggam. Pasti gara gara telefon, Fakhrul meninggalkan anak anak tanpa diawasi.

AKU ORANG KETIGA (TAMAT)Where stories live. Discover now