"Mama, baju swimming?".
Farhah berdiri di depan pintu bilik. Tubuhnya hanya berbalut tuala bergambar Barbie.Fakhrul yang baru selesai solat zuhur memandang Iza yang sedang menyarung blaus yang dihadiahkan oleh Alina bulan lalu. Blaus longgar latar merah berbunga coklat muda, dipadankan dengan palazo coklat. Wajah Iza telah dicalit kemas dengan warna pastel, sesuai untuk majlis yang akan diadakan bersebelahan kolam renang. Lagipun, Iza tak mahu kelihatan terlalu pucat.
Iza bersegera pada Farhah, "Jom. Mama simpan kat bilik belakang. Fudhla mana?"
Fudhla terdengar namanya dipanggil, terkedek kedek keluar dari bilik bersama patung Blossom.
Iza dan Farhah sama sama mengemas barang yang perlu dibawa, disusun kemas ke dalam beg galas Farhah.
Anak anak dipakaikan baju santai. Kerana Iza tahu, anak anaknya pasti akan bermain di kolam. Apa yang penting, pelampung kena ada memandangkan Farhah dan Fudhla tak pandai berenang sama sepertinya.
Ketika Iza masuk ke bilik, Fakhrul sudah berkemeja biru gelap dan berseluar denim. Dia duduk di birai katil dengan telefon di tangan. Matanya tak lepas memandang Iza yang berjalan masuk.
"Ada acara melibatkan air? Kolam renang?", tanya Fakhrul.
"Ye. Kan ada tulis dalam kad", jawab Iza mengambil tudung yang telah digosok tadi.
"Bahaya la", gumam Fakhrul. Dia memang kurang gemar aktiviti begitu jika dengan anak anak kecil.
"Mesti ada lifeguard. Kita sama sama la jaga anak", balas Iza. Rambutnya disisir sebelum diikat dan disanggul.
"Tukar baju tu", kata Fakhrul tiba tiba. Iza yang membelakangkan Fakhrul, terus berpaling.
"Kenapa?", soal Iza terkejut. Dia dah berjanji dengan Alina untuk memakainya di majlis Syamim.
"Jarang", jawab Fakhrul ringkas.
"Mana ada", bantah Iza. Berpusing kembali menghadap almari solek.
Fakhrul bangun, menarik langsir ke sisi tingkap membiarkan cahaya mentari masuk sepenuhnya ke dalam bilik dan melangkah ke arah Iza. Tubuh Iza ditarik sedikit kebelakang, mengenai cahaya yang terbias dari luar. Tangan Fakhrul berada di sisi pinggul Iza. Mereka berdua memandang ke arah cermin di almari soleh.
"Nampak kan bra hitam awak. Kontras sangat dengan warna kulit.".
Kata kata Fakhrul membuatkan Iza rasa malu. Merah mukanya. Betul dia langsung tak perasan akan itu.
"Ok. Saya pakai inner ye".
"Kain baju ni jarang. Kenapa beli? Lagipun, baju ni pendek, nampak punggung bulat awak", bisik Fakhrul. Tangannya mula meramas lembut punggung Iza. Nafas panas Fakhrul terasa di tengkuk Iza.
"Saya tukar". Iza bersegera ke almari dan mencari blaus lain. Akhirnya dipilih blaus yang sering dia pakai menutupi punggung, warna senada dengan Fakhrul. Palazo merah pun ditukar dengan seluar putih.
🚘🚘🚘
Farhah teruja melihat kemeriahan majlis harijadi Syamim. Pintu gerbang diperbuat dari belon menyambut kedatangan tetamu. Fudhla yang berdukung dengan Fakhrul turut mahu berlari masuk ke perkarangan banglo. Banglo itu disewa khas untuk majlis Syamim. Usaha Fudhla tak berhasil. Tenaga Fakhrul lebih kuat.
"So, this is your prince charming?", tanya Taufik kepada Iza sebaik bersalaman dengan Fakhrul. Iza tersenyum, Taufik melirikkan matanya pada Iza.
YOU ARE READING
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
General Fictioncinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, ta...