21

9.1K 296 433
                                    

"Kita pergi ye, esok. Birthday kawan Farhah dan Fudhla. Berharap sangat tu", ujar Iza pada Fakhrul, nada memujuk dan perlahan.

Dari petang semalam, Farhah sudah memberi kad jemputan kepada Fakhrul. Beriya iya sangat ingin ikut serta dalam sambutan ulang tahun kelahiran Syamim. Fakhrul hanya mengangguk tanpa suara.

Anak anak sudah lena diulit mimpi. Iza baring mengiring, menghadap Fakhrul yang leka dengan The Sims.

Hari ini, kepala Iza kembali sakit sama seperti ketika dia mengambil suntikan Depo - Provera. Padahal sejak kelahiran Fudhla, dia hanya mengambil Postinor 2 disebabkan hubungan intim yang semakin dingin. Kadang kadang beku.

Koyok ditampal pada tepi kepalanya. Rasa bersalah terbit di dalam diri bila Fakhrul nampak kurang senang dengan bau minyak angin yang berlegar di dalam bilik. Tadi Iza melumurkan minyak angin pada perutnya yang tak keruan sejak awal pagi. Datang bulannya kali ini tak seperti sebelumnya, membuatkan ada masanya Iza tiba tiba berpaut pada apa yang sempat bila pandangannya kelam seketika. Dalam setahun, pasti akan terjadi sebegini sekali dua.

Awal dulu, Fakhrul pernah membawanya ke KPJ untuk mendapatkan rawatan. Sepertinya apa yang dialami berkaitrapat dengan masalah Fibroid. Tapi setelah diperiksa oleh pakar, tiada apa masalah, semuanya normal. Iza hanya dibekalkan vitamin.

Setelah bertahun menghadapi masalah yang sama, Iza sudah lali. Setiap tahun, Iza berdebar menanti kedatangan sakit itu. Fizikal dan emosinya diperkuatkan pada saat itu demi keluarga.

"Sakit lagi?", soal Fakhrul memandang Iza yang menutupkan matanya rapat seolah menahan kesakitan teramat sangat. Wajah Iza pucat, tak berseri.

Peluh dingin merecik di dahinya. Iza diam menahan kesakitan. Dia tak mampu memberi respon. Jika Tuhan ingin mengambil nyawanya saat itu, dia sanggup. Cuma dia merasakan rohnya akan terperangkap didalam rumah, tak sanggup meninggalkan dua anak kecil itu.

Fakhrul mengesat titisan peluh di dahi Iza. Dari dia keluar pagi tadi hingga pulang, Iza kelihatan tak sihat. Iza yang dikenali dulu telah tiada.

Sejak Fahri pergi buat selama lamanya, Iza berubah. Fakhrul sendiri pun semakin menjauhkan diri dari Iza. Rasa kesal dan marah sering bertandang pabila terlihat Iza. Rasa itu lebih tebal dari rasa kasih dan cinta kepada wanita yang mencuri dan memiliki hatinya.  Dan wanita itu juga  penyebab anak kesayangannya meninggal.

Fahri baru berusia 5 bulan saat itu. Fakhrul masih ingat senyuman dan tawa anak lelakinya ketika kali terakhir mereka bermesra sebelum dia berlepas ke Labuan. Berita yang diterima sebaik dia bangun tidur keesokkannya, amat mengejutkan.

Fakhrul gagal mendapatkan penerbangan awal, dia terlewat setengah jam. Pesawat yang dinaiki untuk pulang terasa lambat bergerak. Sesampai Fakhrul di rumah, semuanya sudah selesai. Yang ada hanya abah dan mak Uda - abah menikah baru setelah kematian ibu. Iza memeluk bantal tidur Fahri dengan linangan air mata saat Fakhrul berdiri di pintu bilik.

Sama keadaannya ketika ibu meninggal. Saat itu Iza sedang mengandungkan Farhah. Dia berseorangan menemani ibu mengadap sakaratulmaut di penghujung hidup. Fakhrul ketika itu di pejabat manakala abah berada di surau menunaikan solat zuhur.

"Maafkan saya. Saya tak tau bagaimana semua ni terjadi". Iza cuba berdiri dan berjalan kepada Fakhrul tapi Iza tak berdaya. Dia terduduk di birai katil.

Fakhrul melangkah perlahan masuk. Farhah dilihatnya terbaring di atas katil. Di dahinya ada sehelai tuala kecil. Fakhrul bersila menghadap Iza, menanti apa yang nak diluahkan.

"Pukul 3, saya bangun menyusukan Fahri. Saya sendawakan dia. Kemudian, Fahri tidur. Farhah demam, merengek dari petang selepas abang pergi. Saya berikan dia ubat. Kami bertiga sama sama tidur. Pagi tadi saya terlewat bangun. Subuh pun tergesa gesa. Selepas solat, saya nak susukan Fahri. Tapi masa tu Fahri dah tak bergerak". Iza menghabiskan ayat dengan hamburan air mata. Esakannya kuat, tak mampu ditahan lagi.

AKU ORANG KETIGA (TAMAT)Where stories live. Discover now