20

10.2K 280 489
                                    

Ahad.
Pasaraya Komuniti Idaman Permai

Iza berjalan di sisi Farhah yang menolak troli bersama sementara Fudhla duduk di dalam. Sesekali Iza berhenti mengambil barang yang diingini. Sebaik sampai di bahagian susu dan jus, Farhah dan Fudhla mula memilih mengikut kesukaan mereka. Iza sekadar melihat.

"Farhah, Fudhla. Pilih satu je tau"

Keduanya menggangguk faham. Tangan Iza mencapai jus oren Peel Fresh untuk Fakhrul.

"Mama minum jus oren saja?"

Iza menoleh ke sisi, mengikut arah suara yang berbisik rapat dengannya. Hatinya berdebar melihat Wan Razlan sudah berada disebelah. Rasa kurang selesa terpamer di wajah Iza.

"Abah abah"

Kedua mereka menoleh ke belakang. Wan Fariz dan Wan Arissa turut menolak troli bersama seorang wanita ke arah  mereka. Pasti itu isteri Wan Razlan, desis hati Iza. Penampilannya sangat menawan. Rambut pendek diwarnakan burgundy, bermekap nipis, memakai jeans dan kemeja putih polos.

Farhah dan Fudhla bersorak gembira bertemu Wan Fariz dan Wan Arissa, siap bertepuk tangan dan bersorak. Mereka berdua ketawa melihat kerenah anak anak.

"Farhah, kami nak pergi tengok Alvin and chipmunks kat wayang. Awak nak ikut? ", soal Wan Fariz, bersungguh mempelawa.

Mata Farhah bercahaya memandang Iza, mengharapkan sesuatu. Tayangan iklan filem kartun Alvin sudah berkali kali dilihat di kaca tv. Malah siri kartun Alvin pun digemarinya. Farhah sangat teruja dengan pelawaan Wan Fariz. Iza menggelengkan kepalanya sambil menutup mata, tanda tidak.

"Honey, kenalkan Iza. Mum to Farhah, Fariz's classmate since last year"

"Iza. Kenalkan isteri saya, Assyila".

Kedua ibu tersebut bersalaman. Wan Razlan meninggalkan mereka, berjalan ke arah anak anak.

"So, this is the brilliant girl, Farhah". Kata Assyila pabila Farhah menyalaminya.

"Anak you pandai Iza. Fariz selalu cerita tentang Farhah pada I. You hantar dia tuisyen di mana?", tanya Assyila dengan slang Inggerisnya, padahal kulitnya sawo matang. Pasti kerjanya menuntut dia bertutur dalam bahasa Inggeris,  hati Iza berbisik.

"Biasa saja. Ramai anak anak lain lagi pandai dari Farhah. Dia ni saya ajar sendiri saja".

"You are a good teacher, then. With the new syllabus we have, it is quite tough for the kids. Even the teacher told me, your girl was the highest achiever for standard one last year. She got straight Band 6".

Iza terdiam. Dah lama dia tak berbual sebegitu dengan pujian melambung begitu.

"Terima kasih. Tinggi sangat pujian puan untuk saya. Saya biasa biasa saja. Farhah yang rajin buat ulangkaji".

"I harap I boleh jadi macam you, ajar anak anak tapi I rimas la duduk di rumah. Tak bebas".

Iza tersenyum, betul tak semua wanita betah berada di rumah bersama anak sentiasa. Tambahan pula, Assyila berjawatan tinggi sebegitu. Melihat penampilannya saja, Iza sudah tergambar betapa besar jawatan yang dipegangnya dalam organisasi.

AKU ORANG KETIGA (TAMAT)Where stories live. Discover now