Bulat mata Alina memandang Taufik, tak pernah lagi Taufik buat begitu. Telefon adalah hak peribadi masing masing. Malah telefon Taufik jika berdering berkali kali pun, tak pernah dia tolong jawabkan.
Taufik menjeling pada Alina, sengaja melihat reaksi isterinya. Muka Taufik berkerut kerut membaca apa yang tertera pada skrin telefon Alina.
-kak, terima kasih tolong ambilkan Syamim dari sekolah tadi.
-takpe. Small matter
-suami akak ada di rumah?
-tak. Dah pergi Miri flight petang tadi. Kenapa ye?
-malu ni nak minta tolong lagi. Kalau ada suami akak, lagi malu saya nak mintak tolong.
-apa dia Lina?
-esok. Sama macam masa saya ke Ghuang Zou.
-ok. Lina dah ke Vietnam ye?
-belum. Husband ajak honeymoon.
-wahh... seronoknya. Beruntung Lina. Nombor 4 pulak ye. Have fun ye.
-aamiinnn. Thanks kak.
"Siapa kak Iza ni? I tak kenal pun", tanya Taufik ingin tahu. Dari gambar profil, hanya wajah anak kecil yang montel berambut hitam berkilat. Mata bulat, berkulit cerah seperti kulitnya. Dan dirasakan pernah lihat anak itu.
Nama Iza, Taufik belum pernah dengar selama ni. Rasanya semua kawan Lina dia kenal. Semua mesej Lina dibacanya satu persatu. Tiada satu nama pun boleh membuat dia curiga.
"Mak kawan Syamim", jawab Alina mengunyah kentang goreng, diambil dari pinggan yang berisi Grilled Chicken. Taufik merenung Alina, meminta penjelasan lagi.
Alina bangun beralih tempat. Kali ini di sebelah Taufik.
"Bak mai telefon tu".
Alina mencapai kembali telefonnya, membuka galeri. Tubuhnya disandar pada sisi badan Taufik, lalu ditunjukkan gambar Iza ketika di clubhouse tempoh hari. Diambil secara kandid. Taufik menelan air liur, dia kenal senyuman dan tahi lalat tu.
"Ni ke kak Iza? Suami dia takde?", soal Taufik. Dalam gambar tu cuma ada Iza dengan pandangannya menghala ke kolam. Namun Taufik nampak pandangan itu kosong, sepi. Taufik melihat gambar gambar lain. Betapa meriahnya suasana. Beruntung Wan Razlan yang turut berada dalam gambar, seronok melayan enam anak kecil bermain.
Bertambah beruntung dengan kehadiran dua orang wanita bergelar ibu. Taufik tau Alina pastinya berenang bersama. Ada juga gambar Wan Razlan mendekati Iza tapi air muka Iza tampak tak selesa. Jauh beza dengan Alina. Isterinya kini lain dengan dulu. Kini, Alina mudah bermesra dengan orang, mungkin disebabkan suasana sekitaran pekerjaan dan keluarga.
"Takde masa tu. Kak Iza cakap selalu outstation. Tadi pun dia tulis pergi Miri kan? Kesian kak Iza", jawab Alina.
"Selalu? Kerja apa?", soal Taufik kehairanan. Fikirkan ahli perniagaan sepertinya yang selalu ke sana sini meninggalkan keluarga, rupanya ada pekerjaan lain lagi sibuk dari dirinya.
"Jurutera", balas Iza.
"Pernah jumpa suami dia?". Taufik cuba lagi mendapatkan maklumat sekadar ingin mengenali Iza.
YOU ARE READING
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
General Fictioncinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, ta...