17

9.9K 226 244
                                    

"Mama, kung". Fudhla mendepakan tangannya sebaik pintu kereta dibuka. Iza mengangkat Fudhla, pipi Fudhla yang bulat digomolnya. Fudhla yang menggigit puting susu, ketawa mengekek - berbuai botol susu tergantung dimulutnya.

"Pergi mana lama sangat? Saya dah lapar ni", terjenggol Fakhrul di pintu rumah. Iza berjalan kearahnya tanpa menjawab. Bukannya Fakhrul tak tau ke mana Iza pergi. Bukannya dia tak nampak betapa kalutnya Iza menyiapkan Farhah tadi.

"Bihun goreng yang abang suka dah siap atas meja tu", ujar Iza memegang tangan Fakhrul dan menarik ke meja makan.

"Air tu dah sejuk. Tak nak teh O", rungut Fakhrul, manja. Iza terus tersenyum mendengar kata kata Fakhrul. Dah lama Fakhrul tak begitu. Masa mula berumahtangga dulu, Fakhrul memang manja. Lama kelamaan, hilang semua tu. Sejak kelahiran Fudhla, mereka semakin jauh. Komitmen Fakhrul pada kerja sangat keterlaluan. Hinggakan Iza rasa terpinggir.

"Ok ok, saya buat favourite  abang ye. Fudhla duduk dengan daddy kejap. Mama nak buat air". Fakhrul duduk menanti.

Iza memberi Fudhla pada Fakhrul tapi Fudhla enggan. Makin erat dipeluknya Iza. Mahu tak mahu, Iza buatkan juga air teh tarik kegemaran Fakhrul sambil mendukung Fudhla.

"Sorry, tak dapat nak buat buih lebih. Susah nak tarik dengan Fudhla ni", kata Iza menghulurkan satu mug besar berisi teh tarik berbuih, dipelajari dari mak mertua teknik pembuatannya.

Fakhrul mengangguk tanpa melihat, tangannya tak henti melayan mesej mesej yang masuk bertalu talu sedari tadi.

Iza menyenduk bihun goreng ke dalam pinggan Fakhrul. Untuk dirinya, dilakukan perkara yang sama. Fudhla diberinya biskut tiger susu, masih melekap di dada Iza.  Mungkin masih terkejut, terdengar tengkingan Fakhrul pagi tadi.

Masing masing diam tanpa bicara di meja makan. Melihat Fakhrul yang adakalanya berkerut dahi, adakalanya tersenyum, membuatkan Iza tak bersuara. Iza tak mahu mengganggu Fakhrul dengan dunianya. Iza memaksa dirinya menelan setiap suapan dalam kepayahan. Kunyahannya boleh dikira dengan tenang, cukup tiga puluh kali setiap suapan.

'Sabarlah Iza, dapat bersarapan bersama pun sudah besar rahmat'.

"Tak kerja hari ni?", tanya Iza sambil mengutip pinggan kotor di atas meja ketika itu Fakhrul sudah mahu bangun dari kerusi.

"Tu la. Ingat nak cuti. Penat tak habis lagi. Tapi banyak pula mesej dan emel masuk. Macam nak kena pergi pejabat juga ni", kata Fakhrul mendaki tangga ke atas. Iza sekadar melirikkan mata melihat Fakhrul berlalu.

Iza sibuk mengemas dapur sambil mengelek Fudhla mula terasa kelelahan. "Sayang, mama penat la buat kerja sambil dukung awak. Turun ye. Mama buka kartun Upin Ipin".

"Tak nak".

Iza ke ruang tamu dan menghidupkan tv. Ditekan pemain dvd yang sememangnya sudah ada disk Upin Ipin. Mereka duduk di sofa bertentangan dengan tv.

Fudhla tersengih melihat dua beradik yang keletah itu muncul di skrin. Saat Iza mahu ke dapur, ditariknya Iza duduk di sebelahnya. Iza mengalah lalu sama sama menonton.

Fakhrul menuruni tangga, dilihatnya Iza dan Fudhla menonton kartun, "Pagi pagi dah tengok tv?", tanya Fakhrul bernada sinis.

"Nak pujuk dia. Penat la asyik nak berdukung. Sakit badan", jawab Iza.

"Dukung Fudhla pun sakit badan. Buat kerja rumah, penat. Harap badan je besar. Asyik makan tidur, mana nak larat. Kalau awak ni kerja, macam mana la rumah kita agaknya? Anak anak mesti terbiar".

"Takkan saya nak buat macam tu", bantah Iza. Pelik dengan perubahan angin Fakhrul. Belum habis lagi ke sesi dengan Farhah, sekarang dihamburkan pula pada Iza?

AKU ORANG KETIGA (TAMAT)Where stories live. Discover now