16

10K 257 405
                                    

"Daddy daddy, semalam kami pergi swimming".

Ujar Farhah kegirangan pada Fakhrul sebaik dia tiba dari Melaka lewat petang Ahad. Fakhrul baru duduk di sofa, alat kawalan astro ditekan nombor 810 dari asalnya 119. Farhah terus duduk di sebelah Fakhrul, merangkul sebelah tangan daddynya.

Sementara Fudhla dari dapur, berlari mendapatkan daddy yang dirindui. Terus dipanjatnya sofa dan duduk di riba Fakhrul.

Iza mendatangi Fakhrul dan menghulurkan tangan. Diciumi tangan suaminya yang sudah lima hari tak bersua.

"Jus oren Peel Fresh, boleh?", soal Iza, melihat Fakhrul kepenatan. Wajah Fakhrul kelihatan sedikit berminyak. Rambut ikal kehitaman yang selalunya kemas pendek, kali ni agak sudah panjang. Sesekali Fakhrul menguap mendengar cerita Farhah.

"Takpe, nanti saya ambil sendiri", jawab Fakhrul, matanya tak beralih dari skrin tv.

Iza duduk bertentangan Fakhrul, rindu sangat rasanya. Tapi sepertinya rasa penat Fakhrul menenggelamkan perasaan lain.

Fakhrul sedar Iza tak lepas memandangnya tapi kedua puteri telah berada di kiri kanannya, bercerita apa yang terjadi selama dia tiada. Iza sekadar tersenyum melihat keletah kedua anaknya.

Tiba tiba, rasa pilu terbit. Air jernih terbit di tubir mata, dikesat pantas, tak mahu Fakhrul nampak. Sebolehnya Iza tak mahu Fakhrul risau tentang dirinya, biar semuanya aman.

Seketika kemudian, Iza bangun dan mengambil beg pakaian Fakhrul di tepi sofa lalu dibawa ke belakang. Tak lama selepas itu, terdengar bunyi mesin basuh beroperasi.

"Farhah, Fudhla. Cukup tu, daddy penat. Jom naik atas dengan mama. Mama nak solat maghrib. Farhah solat dengan mama ye", ujar Iza setelah kembali ke ruang tamu.

Farhah dan Fudhla mengekori Iza manakala Fakhrul menepuk nepuk kusyen hiasan untuk dijadikan bantal sebelum berbaring sambil menonton sukan kegemarannya. Dikerlingnya pada mereka bertiga.

Fakhrul menjenguk ke bilik Farhah bila dia terdengar suara anak sulungnya membaca kalimah yang biasa didengari, ayatul kursi.

"Farhah dah baca Quran?", tanyanya seolah kagum. Dilihatnya, Iza dan Farhah masih  bertelekung.

Farhah dan Iza terkejut dengan suara Fakhrul yang tiba tiba muncul. Farhah mengangguk.

"Surah apa dah ni?", tanya Fakhrul lagi, menghampiri kedua beranak itu. Fudhla sibuk dengan krayon dan menconteng dinding bilik walaupun Iza sudah beri buku dan kertas lukisan. Tetap juga mahu diluahkan kreativitinya di dinding bilik.

"Hurmmm... apa ma? Susah nak sebut la. Bakarah", jawab Farhah memandang Iza cuba meminta bantuan, betulkan sebutannya jika silap.

"Al-Ba- qa-rah", jawab Iza lembut, dihalakan penunjuk bacaan dari duri landak pada nama surah yang tertera di sudut kanan setiap helaian al -Quran. Sebutannya mengikut huruf yang ditunjuk. Mulut Farhah terkumat kamit mengikut qalqalah yang ada pada sebutan Iza.

"Kita makan kejap lagi ye bang", kata Iza sekadar memberitahu.

"Takpe. Awak makan dulu dengan anak anak, saya masih kenyang. Sebelum balik tadi, kami dah makan makan", ujar Fakhrul keluar dari bilik Farhah menuju ke bilik utama, untuk membersihkan diri dan berehat.

Suis penyaman udara dihidupkan. Ada tuala bersih dan kain pelikat serta baju melayu berhanger terletak elok di hujung katil. Fakhrul mencapai tuala. Satu persatu pakaian dilucutkannya di depan pintu bilik air sebelum melangkah masuk. Kesuaman air pancuran melegakan rasa penat memandu. Lebuhraya dari arah selatan ke Lembah Klang, sememangnya sesak pada petang Ahad. Fakhrul berdiri membiarkan deru air jatuh ke tubuhnya.

AKU ORANG KETIGA (TAMAT)Where stories live. Discover now