“Kak... jom kita bawa budak budak swimming esok. Bosan la sabtu tak de aktiviti”.
Tiba tiba Lina bersuara sewaktu mereka menunggu loceng terakhir Syamim dan Farhah di sekolah. Syasya dan Fudhla mula berlari lari setelah puas makan aiskrim.
“Kat mana?”, tanya Iza.
Menarik juga cadangan tu, memandangkan Fakhrul pun tiada di rumah hujung minggu ni. Ada team building di Melaka.Farhah beriya nak mengikut tapi bila Fakhrul kata dia takkan punya masa nak melayan kerenah anak anak, Iza faham, Farhah turut mengerti, dah selalu sangat begitu.
“Golf Country Club area kita tu kan sekali club house”, jelas Alina. Pelik juga dengan kak Iza ni. Takkan itu pun tak tau. Tak keluar rumah ke? Bukan jauh pun. Dah tentu tentu nampak dari jauh padang golf tu. Bangunannya punya la cantik.
“Eh.. akak bukan member. Mana boleh masuk”, kata Iza sambil menjelaskan kedudukannya. Sejak pindah ke kawasan Idaman Permai, dia dah nampak rumah kelab tu. Cantik. Rumah kelabnya pun direka ala tradisional dan diperbuat dari kayu. Atapnya tinggi dan berukir indah.
Malah Farhah pun ada bercerita tentang teman sekelasnya berenang di situ. Iza faham maksud tersirat Farhah tapi Iza pekakkan telinga saja. Mana dia nak cari duit untuk bayar keahlian di situ. Nak disuarakan pada Fakhrul, rasanya, tidak itu lebih baik.
“Apa pula tak boleh. Boleh je”, pantas Alina menjawab.
“Tak nak la. Nanti akak kena bayar apa apa, mati. Tak pasal suami akak marah”. Iza menolak, risau juga. Manalah tau kan, susut pula duit belanja dapurnya. Nak minta dari Fakhrul, big no. Selama ni pun, apa yang Fakhrul bagi Iza terima saja. Cukup atau tidak, dia diam. Pandai dia la menguruskan perbelanjaan rumah. Setakat ni, alhamdullillah.
“Takde la. Akak ikut saya je. Saya member,” kata Alina bersungguh. Tak seronok duduk seorang di tepi kolam menunggu anak anak, silap gaya mau juga dia tertidur. Setakat dia nak berenang, sekejap saja. Anak anak ni, selagi tak letih selagi tu tak nak balik.
“Boleh ke?," tanya Iza masih ragu ragu.
“Boleh. Jadi ye esok. Saya ambil akak kat rumah pukul 9", janji Alina. Fudhla dan Syasya melompat lompat kegembiraan.
“Ok. Akak bawa bihun goreng dan sandwich telur esok".
Alina tertawa.
“Tak payah. Kita pergi clubhouse bukan piknik tepi pantai. Ada cafe kat situ. Kita order je”.“Mahal kan? Tak pe. Akak masak, kita ala ala piknik gitu”.
🏊♀️🏊♀️🏊♀️
“Hai Lina. Seorang je?”.
Seseorang menegur Alina yang sedang berbual dengan Iza. Mereka berdua terus mendongak ke arah suara tersebut.Susuk tubuh seorang lelaki yang hanya mengenakan seluar renang hitam dari paras bawah pusat hingga ke atas lutut tanpa baju, sedang mengelap tubuh basahnya dengan tuala. Susuk badannya agak sasa. Iza cepat cepat melarikan pandangannya dari terus meneliti setiap inci tubuh lelaki tersebut.
“Hai.. eh Lan. Tak la. Dengan budak budak. Kenalkan kawan I, kak Iza”, sahut Alina tertawa kecil. Manakala Iza menoleh kembali ke arah lelaki tadi. Iza melemparkan senyuman dan mengangguk.
“Kak.. ni Wan Razlan. Ayah Wan Fariz". Alina memperkenalkan mereka berdua. Rupanya jiran Alina. Patutlah boleh bertegur sapa dengan mesra.
“Wah.. anak lagi famous dari ayah”, balas Wan Razlan ceria. Tuala tadi disangkut pada bahu.
“Dah anak you lagi hensem”.
Lina dan Razlan ketawa. Iza sekadar tersenyum, memandang pada anak anak yang bermain di dalam kolam. Dia tak terasa ingin menyertai perbualan Alina dan Wan Razlan. Terasa kekok bila ada lelaki lain berdekatan.
YOU ARE READING
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
General Fictioncinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, ta...