14

11K 227 375
                                    


Alina menunggu Iza di kantin sekolah. Fudhla berjalan berpimpinan tangan dengan Iza, teruja bila nampak Syasya disebelah Alina.

Mereka berdua sudah tak betah duduk, mula berlari bila terlihat Syamim menuruni tangga tidak lama selepas loceng untuk waktu rehat dibunyikan.

Farhah berjalan di belakang Syamim, membawa beg bekal dari rumah yang Iza sediakan. Syamim menghalakan langkahnya ke arah lain bukan ke kantin sebaik Syasya meluru kearahnya. Tapi bajunya ditarik oleh Farhah. Syamim pucat bila terlihat Alina berdiri di kantin memandang ke arahnya sementara Syasya sudah melompat lompat di sisi bersama Fudhla. Suasana yang dah memang bising bertambah bising dengan suara mereka berdua.

Dengan longlai, Syamim berjalan ke kantin. Tangan dihulur menyalami Alina dan Iza. Begitu juga dengan Farhah. Seorang budak lelaki lain turut serta bersalaman dengan mereka.

“Syamim nak kemana tadi? Kenapa tak ke kantin?”, tanya Alina pada Syamim yang berdiri di sebelahnya. Sementara Farhah dan seorang lagi tu, sudah mengambil tempat.

“Syamim tak lapar", jawabnya tunduk. Tak berani memandang Alina.

“Dia bohong aunty. Selalu dia tumpang makanan saya”, kata Farhah. Syamim menjeling, geram dengan Farhah.

“Haah aunty. Kadang kadang, dia makan bekal saya”. Jawab kawan mereka yang lagi satu. Iza memandang Syamim dengan penuh tanda tanya. Suasana di kantin semakin riuh.

“Wan Fariz”, panggil Iza lembut, berdasarkan tanda nama yang berjahit di baju. Iza menyentuh bahunya.

Budak itu memandang pada Iza. Bercahaya matanya. Bundar matanya, cantik.

“Kenapa Syamim makan bekal kamu?”, tanya Iza lembut. Dia tau Alina tunggu masa untuk memarahi Syamim kerana menumpang makan bekalan kawan.

“Haah.. kan. Nak tau juga kenapa. Aunty bagi tiga ringgit tiap hari kat dia untuk belanja masa rehat tau”, tambah Alina kegeraman. Dijeling jeling Syamim di sisi.

Wan Fariz menarik tangan Iza lalu Iza tunduk mendekatinya. “Duit Syamim ada orang ambil”, bisik Wan Fariz. Iza merenung wajah Wan Fariz, mencari kebenarannya.

Iza dan Alina berpandangan. Ni dah kes berat. Farhah kena cubit dan pemadam dicuri. Syamim kena pau.

“Selalu ke sayang?”, tanya Iza mengesat kekotoran makanan di bibir Wan Fariz.

“Tiap hari”, jawab Wan Fariz yang duduk di sebelah kiri Farhah, menyuakan naget ke mulut. Farhah sekadar mengangguk, mulutnya penuh dengan nasi goreng yang Iza jadikan bekalan untuknya hari ini.

“Lina, bawa Syamim beli makanan. Biar akak jaga budak dua orang ni”. Syasya dan Fudhla elok je bermain anak patung barbie yang dibawa dari rumah.

“Fariz tau siapa yang ambil duit Syamim?”. Dia mengangguk.

“Duit Fariz pernah kena ambil tak?”. Dia mengeleng.

“Kenapa?”, tanya Iza pelik. Hebat ni, Syamim yang lincah tu kena pau. Dia mat kemas boleh selamat.

“Fariz tak bawa duit. Abah kata kalau dah bawa bekal, tak payah bawa duit”. Iza terdiam.

Lagi hebat dari Iza ni, sekurang kurangnya Iza bagi juga satu ringgit pada Farhah walaupun dah ada bekal.

“Duit Farhah pernah kena ambil tak?”. Farhah diam, tak berani mengangkat muka. Melihat gerak geri Farhah, Iza tau jawapannya.

“Aunty, eraser dengan pencil colour Farhah pun dia ambil”. Iza melopong. Huh, boleh dia tak perasan. Mak apa Iza ni.

Iza pandang pada Farhah. Patut la semua kerja jika perlu mewarna, akan dibawa balik dan diwarna di rumah dengan pensil warna di rumah. Iza ambil mudah dengan semua ni. Iza ingatkan sebab pensel warna di rumah lebih banyak pilihan warna. Iza menghela nafas panjang. Sesal dengan sikap kurang prihatinnya sendiri, kesian Farhah.

AKU ORANG KETIGA (TAMAT)Where stories live. Discover now