"Syamim...".
Dia meletakkan beg sekolah bergambar Ben 10 di tepi pintu kayu dan menoleh ke arah suara yang memanggil."Yes mummy".
Alina tersengih melihat Syamim lengkap berpakaian sekolah. Hari ni dia bersiap sendiri. Muka yang dah sememangnya putih, mengikut betul acuan Taufik ditambah dengan bedak. Tali lehernya senget. Bercapuk dengan debu bedak."Sini, mummy betulkan tie".
Syamim membiarkan saja Alina membetulkan apa yang tersarung di tubuhnya. Dah tau sangat, mesti ada yang tak kena jika dia bersiap sendiri.
"Mummy.. semalam Farhah cry". Syamim bercerita ketika Alina menepuk nepuk tali lehernya yang terkena debu bedak.
"Kenapa?", soal Alina. Dia tahu Farhah memang mudah menangis. Cembeng kata kak Iza.
"Ada kawan cubit dia. Lepas tu, lepas tu dia ambil eraser Farhah. Dia kata tu eraser dia".
"Ye ke?", tanya Alina, menuang susu ke dalam mangkuk bergambar Spiderman.
"Noooo. Tu memang Farhah punya", kata Syamim mempertahankan Farhah.
"Kenapa tak bagitau mummy semalam?"
Syamim tersengih, "tak ingat. Lapar".
"Lapar? Tak beli makanan masa rehat?". Berkerut dahi Alina. Besar betul belanja budak ni, ke harga makanan di kantin mahal.
Syamim terdiam, tunduk. Tak berani membalas pandangan Alina.
"Kenapa ni?", soal Taufik mengusap kepala Syamim. Dia dah bersiap untuk ke pejabat. Sengaja bersiap awal. Rancangannya setelah menghantar Syamim ke sekolah, dia terus ke pejabat.
"Syamim cerita deskmate dia kena cubit. You ni nak pergi pejabat awal pula pagi ni", ujar Alina, ada nada tak puas hati di penghujung ayat.
"Haah.. ada nak jumpa klien kat Subang pagi ni. Siapa kena cubit? Nakal kot". Taufik mencicip air teh dalam cawan sambil berdiri.
"Tak la. I kenal the girl and her mum. Tapi dah lama juga tak berjumpa, dok bermesej je. Anak dia pergi ke kereta masa balik sekolah, dia bawa anak sebaya Syasya sama. Syamim ni, I pergi jemput kat pintu pagar sekolah".
"Dah tu kenapa kena cubit?", balas Taufik, dicapainya sepotong buah pir yang elok tersusun atas pinggan.
"Tu yang I pelik. Nanti I nak tanya kak Iza la. You, petang ni I pergi pejabat kejap ye", kata Alina, menyuap koko krunch ke mulut Syamim.
"Nak buat apa? Bukan ada meeting pun", kata Taufik berkerut dahinya bila mendengar ayat Alina. Alina kini salah seorang ahli lembaga pengarah dalam syarikat Taufik. Syarikat multinasional beroperasi untuk teknologi tinggi bagi jaringan kemudahan awam negara. Agensi Insurans dan pelaburan dalam sektor perladangan masih berjalan.
"Ala... I nak pergi shopping kat area tu. I singgah la kejap. Kita minum petang nak?".
"Petang ni I dah ada hal. Sorry". Respon Taufik mengecewakan Alina.
"Ala you ni. Lunch memang kat luar. Dinner pun. Harap sarapan je boleh bersama. Dah la selalu outstation. Tengah malam baru balik. Kadang kadang, dah nak subuh", luah Alina hampa.
"I business la", kata Taufik seolah memujuk.
"I pun business jugak, bie", balas Alina, tegas.
"I kejar untung billion dollar. You untung puluh ringgit". Jawab Taufik tenang tapi berdesing telinga Alina. Dijawab karang, lain jadinya. Dah la baru awal pagi, tak berkat pula kehidupan.
YOU ARE READING
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
General Fictioncinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, ta...