Sibuk. Suami isteri sibuk mencari duit menampung hidup tinggal di kota.
Taufik yang sudah selesa dengan pendapatan bulanannya sebagai ejen insurans berjaya, mula mencari peluang lain untuk menambah kekayaan. Dia telah memiliki beberapa agensi insurans sendiri dalam usia yang muda.
Alina bekerja dengannya sebagai kerani akaun. Mudah untuk berjumpa walaupun banyak waktu Taufik berada di luar, berjumpa dengan klien.
Selepas berkahwin, terus dibawanya Alina ke Lembah Klang. Tak sanggup berjauhan dengan isteri tersayang. Dah la bayar mahal.
"You, tadi ada perempuan cari you. Dia kata dia call you banyak kali tapi you tak angkat". Alina memecah kesunyian perjalanan mereka balik ke rumah. Dah malam, memang la sunyi. Apatah lagi, mereka menghala ke Bukit Belacan.
"Siapa? I kan sibuk. Tu tak angkat".
"You ejen insurans. Mana boleh tak angkat telefon. Kalau klien telefon, macam mana?".
"Bukan klien I kot. Siapa nama dia?", jawab Taufik mendatar.
"Melina kalau tak silap I. Orangnya genit, putih melepak, rambut blonde", jelas Alina tentang Melina yang datang petang tadi ke pejabat. Sepertinya ada hal penting. Bila Alina tanya, katanya dia hanya akan berbicara dengan Taufik Kwan sahaja.
"Oh.. dia tu. Nanti I call la dia", balas Taufik.
"You kenal la dia ye".
Taufik mengangguk.
"Siapa dia tu?", tanya Alina.
"Potential client", jawab Taufik ringkas.
"Cantik betul dia tu", puji Alina.
Taufik mengenggam tangan Alina, "isteri I lagi cantik".
😘😘😘
"Maaaaaaaa....". Meleret panjang Taufik memanggil ibunya sebaik melangkah masuk ke rumah keluarga.
Ibunya terpacul dari dapur, ditangannya ada sehelai tuala kecil.
"Assalamualaikum... dah tua pun tak reti bagi salam", sindir ibu.
Taufik tersengih seperti kerang busuk, bersalaman dengan ibunya. Alina pun sama, tapi lebih lagi. Ibu memeluk dan mencium pipi Alina lalu menarik Alina ke dapur.
Taufik duduk kebosanan di ruang tamu. Tangan sibuk dengan telefon sambil menanti adik beradik lain tiba. Satu hujung minggu setiap bulan akan diadakan jamuan anak beranak di rumah keluarga untuk mengeratkan ukhuwah. Ini kali pertama Alina menyertai jamuan keluarga. Taufik sudah bercerita tentang acara ni awal awal lagi.
"Ma... this is unfair. Siapa anak, siapa menantu?", bebel Taufik bila terdengar gelak tawa Alina dan ibunya di dapur. Dijengah, rupanya mereka sedang sedap menjamah kek keju buah rasberi di meja makan.
"Alah, menantu pun anak ma jugak", bilang ibunya, menyapu punggung bangun berjalan menuju ke peti sejuk. Nampak sangat mama dah sayang dengan Alina. Memang itu yang Taufik cari, isteri yang punya ciri ciri seperti yang ibu inginkan.
"You, suap I cepat. Lapar ni", rengek Taufik.
"Tu la. Tadi I nak buat cucur, you tak nak", bebel Alina, disuapnya juga kek ke mulut Taufik.
"Apa kelas cucur. Kalau french toast ok jugak. You bawa apa untuk potluck?", soal Taufik. Dia berehat di bilik semasa Alina bersilat di dapur.
"Kari sotong pekat kaw kaw dengan apam beras".
"Sedap tu Lina. Meh ma rasa dulu. Nasi pun dah masak ni. Tunggu diorang ni, lambat. Tah pukul berapa nak sampai agaknya", kata mama sambil mencapai pinggan untuk diisi dengan nasi panas.
YOU ARE READING
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
General Fictioncinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, ta...