11

13.3K 229 770
                                    


Usai majlis resepsi, jam menunjukkan dua puluh tiga, dua puluh enam. Tetamu terakhir keluar dari ballroom.

Beberapa orang sepupu Alina menemaninya naik ke tingkat atas, ke bilik. Baju persandingannya sangat moden tapi sopan. Paling Alina tak tahan, panjang ekor kainnya. Perlu empat orang memegangnya untuk memudahkan pergerakkan Alina.

"Tu dia aihhh.... lawa bilik hang", Kak Bie, anak Pak Tam yang sulung bersuara. Kagum melihat sekeliling.

"Untung dapat laki kaya lagu Taufik no.. dah la hensem. Macam pelakon Hong Kong. Sapa nama tu??", sahut Nor, sebaya dengannya. Masih belajar untuk segulung ijazah.

"Sapa??", tanya Alina garang. Boleh pula dia ni samakan rupa Taufik dengan pelakon.

"Hat berlakon Gen Cop Y tu... ala lupa pulak nama dia", kata Nor cuba mengingati nama selebriti itu.

"Gen Y Cops la. Edison Chen. Tu pun lupa. Banyak sangat makan semut", sampuk Kak Ara. Alina terdiam, siapa pula Edison Chen ni. Kalau Hrithik Roshan tu kenal la.

"Weii... awat burung ni kat bawah? Ampa dah ehem ehem ka tat sat??", usik Kak Anum, peminat setia along walaupun tak dilayan. Along akui Kak Anum cantik tapi disebabkan sepupu, jadinya along tak mahu. Burung undan dua ekor yang tadi diatas katil, Taufik letak di lantai sisi katil.

"Sungguh la tu. Tengok muka DeqNa dah merah. Dok gelap tara ni pun, nampak merah jugak", sampuk Kak Ara pula. Sepupu perempuan paling sulung, punya anak dua.

"Mana ada. Tak buat apa pun aihh", balas Alina kemalu - maluan.

"Belum ka? Abih hang dok dalam bilik lama lama tadi buat apa? Takkan romen ja?". Berderai ketawa sepupu - sepupunya. Gamat.

"Hampa ni... takkan DeqNa nak habaq dia buat apa", kata Kak Ara, tiba tiba bersuara.

"Ni DeqNa, akak nak habaq ni. Hang jangan dok buat kelaku gengster hang dengan Taufik na. Dia tu laki hang. Syurga. Layan dia elok elok. Malam pertama ni, hang ikut ja cara dia. Sama sama tak dak pengalaman kan. Kalau sakit, habaq. Jangan dok sengap. Tapi jangan la pelahap sangat. Malu sikit. Hang pompuan".

"Sakit sungguh ka??", soal Alina, cuak. Pernah juga dia dengar pasal kesakitan malam pertama. Nor pun turut berkerut muka seperti Alina, membayangkan kepedihan tusukan malam pertama.

"Kak Ara, cheq rasa kalau DeqNa ni, dia tak rasa sakit pun. Dia ni ganaih. Nampak ja ayu. Silap silap dia yang rogol Taufik", balas Kak Bie sambil ketawa.

Alina nak ketawa sama tapi ditahan. Sabar je la kena usik dengan sepupu sepapat.

"Dah dah... jom keluaq. Ralit menyembang, kacau orang nak beromen", kata Kak Ara menghalau sepupu sepupu termasuk dirinya. Masing masing masih bergelak ketawa sewaktu membuka pintu. Tetiba tawa mereka mati, hanya senyuman terukir. Apa tidaknya, Taufik berada di luar bilik, bersandar di dinding menghadap ke pintu bilik sambil tersenyum simpul.

Hati Alina berdegup kencang umpama keretapi lokomotif bunyinya sebaik Taufik masuk. Tudung ditanggalkan, dilipat dan disangkut pada hanger. Zip baju ditarik ke bawah. Namun hanya dapat separuh. Baju yang disarungkan ini, memang betul betul mengikut bentuk badan. Ketat, sendat. Tadi, mak andam yang tolong pakaikan.

Sebenarnya, ikut hati tak mahu membuka baju depan Taufik yang sedari tadi merenungnya dari atas katil. Tapi takkan dia nak buka baju begini di dalam bilik air.

"You...", panggil Alina lembut. Berdebar debar sangat sebenarnya. Dikawal nada suara agar getarnya tak kedengaran.

"Yea..", jawab Taufik dengan senyuman.

"Tolong I boleh? Zip ni", adu Alina manja. Kena la ikut tips tadi. Tak boleh tunjuk gengster, ganas ganas.

"Meh sini. Kaki I rasa lemah pula nak ke sana", kata Taufik pada Alina. Kening kanannya terangkat angkat.

AKU ORANG KETIGA (TAMAT)Where stories live. Discover now