Berbaloi rasanya berbelanja lebih untuk dapatkan Alina, masih segar. Belum pernah disentuh, masih utuh dalam kotak umpamanya.
Taufik bersandar di katil menanti Alina keluar dari bilik mandi. Selepas diusik nakal tadi, terus Alina masuk ke bilik mandi. Bertapa agaknya. Dah lebih setengah jam di dalam tu.
Pintu bilik diketuk dari luar. Taufik bangun, membukanya. Arif berdiri di luar dengan wajah bersalah.
"Mana adik aku?", tanya Arif bila menjenguk, Alina tiada dalam bilik. Pelik juga, tak nampak pun kelibat Alina di koridor tadi.
"Tu... dalam sana", jawab Taufik menunjuk ke arah bilik mandi, memberi ruang kepada Arif untuk masuk ke bilik.
Arif mengetuk pintu bilik air berkali kali sebelum memanggil Alina.
"Jangan kacau la", jeritnya dari dalam. Bunyinya garang bak harimau lapar.
"Kacau apa? Along la ni", balas Arif, berkerut dahinya memandang Taufik.
Pintu bilik air dibuka perlahan. Alina muncul.
"Berapa lama dah duduk dalam tu?", tanya Arif pada Taufik. Wajah Alina masam mencuka, muncungnya boleh diikat riben.
"Lebih setengah jam kot", jawab Taufik menggaru kepala yang tak gatal, serba salah.
"Kau kacau dia?", tanya Arif lagi. Tak pernah lagi Alina garang begitu. Alina adik paling manja. Anak perempuan tunggal dari empat adik beradik.
"Mana ada. Aku usik je. Dah bini aku kan". Taufik menjawab tersipu malu. Merah mukanya bila perkataan bini terbit dari bibir.
Sungguh. Betul juga. Nak marah, Alina dah sah menjadi isteri Taufik.
"Yang kau berkurung dalam bilik air kenapa?", soal Arif pada Alina, malu pula bila berada di tengah tengah orang yang baru bernikah. Mama la ni dipaksanya juga Arif supaya pergi ke bilik Alina.
"Kawan along la, nak buka baju orang pulak", adu Alina. Aduhhh.. ni dah hal suami isteri. Buka baju, buka seluar. Taufik dah bersinglet ni. Biceps, triceps, abs memang cantik, hasil latihan dari zaman universiti lagi. Mereka sama sama berlatih ragbi dulu.
"Dah dia suami kau. Nak bukak apa pun boleh la. Haihhh... ni mama suruh along hantar beg baju". Arif cepat cepat memotong, takut nanti dapat tau benda benda lain pula. Beg ala ala saiz beg peserta Akademi Fantasia yang terkeluar, diberi kepada Alina.
"Beg baju apa?". Alina bertanya, nadanya terkejut sangat. Tiba tiba je dapat beg baju. Sedangkan tadi dari rumah, tak pula dibawa beg sekali. Malah, Alina ingatkan selepas bernikah dia akan pulang semula ke rumah sebelum majlis resepsi malam ini. Tau tau, mama kata ikut Taufik.
"La.. malam ni kau tidur sini dengan Taufik. Ni kan honeymoon suite", terang Arif pada Alina yang sangat sangat kabur tentang apa yang sedang berlaku.
"Eii.. tak nak la", spontan jawapan itu terkeluar dari bibir Alina. Taufik dijeling tajam.
"Oii... tu suami kau dah. Mama pesan apa hari tu?". Alina terdiam bila Arif berkata demikian. Acapkali sudah diingatkan oleh mama dan papa tentang tanggungjawab suami isteri. Hinggakan Arif sendiri rasa ragu ragu akan kemampuan dia, risau jika dia gagal memikulnya sebaik mungkin.
"Acara malam ni mula pukul 8. Pukul 4 nanti, pergi Ballroom, kita rehearsal. Dalam 530, mak andam datang untuk siapkan korang", kata Arif sebelum meninggalkan mereka berdua.
"Oh ok. Ada 4 jam lagi. Sempat 3 round ni", balas Taufik ketawa gatal.
"Oii... agak agak la. Lunyai adik aku. Tak dapat berjalan naik pelamin kang", laung Arif sambil berjalan di koridor menuju ke biliknya.
YOU ARE READING
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
General Fictioncinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, ta...