9

12.8K 213 92
                                    

Alina keluar dari kereta, dilihatnya Syazwan sudah berdukung dengan bibik di halaman rumah. Diambilnya dan dibawa masuk ke bilik untuk menyusui Syazwan. Syasya masih lagi tidur. Telefonnya berbunyi tanda ada mesej masuk.

-morning honey. I just woke up.

-morning. Tak solat subuh ke?

-solat. Lepas tu, tidur semula.

Suaminya kini di Kyrgystan, mengikuti delegasi perniagaan dari Malaysia.
Rumah banglo dua tingkat ini terasa sunyi bila Syamim tiada. Mujur Syasya dan Syazwan ada, tidaklah bosan sangat hidup Lina. Walaupun melahirkan Syazwan, perniagaannya masih berjalan cuma stok barangannya sudah makin berkurangan.

Perkongsian hidup dengan suaminya, Taufik selama lapan tahun, dianugerahi tiga orang cahayamata.

Perkenalan dia dan Taufik, mudah saja. Taufik adalah teman sebilik abangnya sewaktu di universiti, yang sering bertandang dan bermalam di rumah keluarganya setiap kali ke Penang, walaupun masing masing sudah bekerja. Dia ketika itu masih belajar, tak hairan pun dengan kawan - kawan abangnya. Sudah biasa dengan kehadiran mereka. Dia pun jarang berada di rumah. Dia memilih untuk tinggal di hostel, lebih mudah dan selesa.

"I tengok you dah lama kat sini. You tunggu siapa?"

Alina tersentak dengan suara itu. Ya Rabbi... dia mengucap panjang. Dilihatnya pada jam di tangan, sudah hampir sejam dia berdiri sambil berpayung di hentian bas. Memang dia nak balik rumah selepas habis kelas. Bercuti hujung minggu.

"I tunggu bas", jawan Lina tergagap akibat terkejut. Taufik menegurnya. Selama ini, mereka tak pernah berbual walau sering bertembung di dalam rumah.

"Dah banyak bas lalu. Tak perasan?", tanya Taufik. Kebetulan dia berada di situ, ada urusan kerja. Saat dia melintasi hentian bas itu untuk berjumpa klien di restoran tak jauh dari situ, dah ternampak Lina menunggu bas. Ketika dia pulang setelah selesai urusan, Lina masih di situ.

"Tak. Tak pe lah, tunggu lagi satu", jawab Lina mengeluh. Mengira masa yang tertinggal sebelum malam menjelma. Dia ingin bersendirian, ada rancangan lain.

"What? Nak tunggu lagi. Jom I hantar you balik", pelawa Taufik sambil menekan butang unlock keretanya yang diletakkan di seberang jalan.

"Ermmm....", respon Lina berbelah bagi. Dia ingin meneruskan rancangannya tapi masa makin singkat.

"I takkan buat apa apa. Jom", pelawa Taufik lagi. Alina mengikut dalam keterpaksaan. Nanti jika diadukan pada abangnya, lagi haru.

Lina hanya diam di dalam kereta Satria GTi warna kelabu metalik. Walau ini bukan kali pertama dia berdua - duaan dengan lelaki, kali ini dirasakan kekok. Ye la, selalu berdua dengan abang-abangnya.

"Kenapa tak call driver?"

"Sebenarnya I ada plan lain".

"Apa dia?"

"Nak pergi pantai".

Taufik memberi signal menghala ke laluan mengarah ke pantai. Lina terkesima.

"Sini boleh?", tanya Taufik bila kereta dipakir.

Alina keluar dan berjalan ke arah laut dan pasir di sepanjang pantai. Taufik mengekorinya dari jauh. Membiarkan Alina menyendiri. Belakang tudung Alina terangkat bila ditiup angin, rambut yang tersorok dibalik tudung kelihatan. Hitam berkilat, diikat satu. Itu kali pertama dia nampak rambut Alina.

Hembusan angin petang tu agak kuat dari biasa. Baju Alina seolah melekap di tubuhnya bila angin datang menerpa. Tudungnya yang menutupi dada dan baju kurung tidak dapat melindungi keindahan lekuk tubuh Alina dari dijamah mata Taufik.

AKU ORANG KETIGA (TAMAT)Where stories live. Discover now