"Belum tidur lagi?", tegur Fakhrul sebaik masuk ke bilik. Iza menoleh ke arah pintu yang terbuka. Dia menutup tafsir al-quran yang dibacanya dan diletak ke meja sisi katil.
"Belum. Tunggu abang", jawab Iza tenang. Dia merapati Fakhrul yang sedang membuka butang kemeja sebelum menanggalkannya. Tuala bersih diberikan pada Fakhrul dan baju tadi diambil.
"Lain kali tak perlu tunggu. Kan dah selalu abang pesan. Abang balik lambat", ujar Fakhrul menanggalkan seluarnya pula.
"Bau masam busuk baju ni. Abang pergi mana?", tanya Iza. Sempat juga dihidu baju itu sebelum dimasukkan ke dalam bakul pakaian kotor di belakang pintu.
"Bawa klien pergi karaoke", jawab Fakhrul ringkas.
"Cuti tahun baru pun kena layan klien? Diorang tak de keluarga?".
"Tu la. Orang tak kerja ni memang takkan faham. Klien tu bukan orang Malaysia. Boss minta abang bawa diorang jalan jalan dan layan". Dengus Fakhrul.
"Takde ke orang yang single untuk layan? Dari cuti krismas sampai cuti tahun baru, sehari pun abang tak duduk rumah dengan anak anak. Tak kesian ke?", tanya Iza nadanya seperti biasa.
"Jangan merungut boleh tak? Awak baca lagi majalah sampah tu?", tanya Fakhrul. Dia kepenatan setelah seharian diluar, balik Iza pula menyoal macam macam.
"Majalah apa? Ada abang jumpa ke kat rumah ni? Dah bertahun saya tak beli", jawab Iza.
"Bagus. Jangan baca majalah macam tu. Sudahlah, saya nak mandi ni. Esok ada meeting". Fakhrul melangkah masuk ke bilik air.
Iza merapati tingkap, memandang ke luar. Sunyi. Sesekali ada kereta lalu di jalan luar sana. Bibirnya diketap rapat.
Majalah? Majalah Mingguan Wanita yang Fakhrul panggil sampah kerana dia menumpang baca jika Iza membeli ketika awal awal mereka bernikah dulu. Bukan apa, Iza beli sebab banyak resepi di dalamnya dan harganya pun tak sampai RM5. Akhirnya, tiba tiba Fakhrul melarang Iza dari terus membeli. Katanya banyak sangat elemen negatif dimasukkan ke lubuk hati isteri. Tips tips curiga akan tindakan suami. Susah jika Iza percaya kerana kerjanya bukan seperti pekerja pejabat biasa. Iza turutkan saja.
Fakhrul keluar dan terus menyarungkan kain pelikat. Tuala yang dicampak ke atas tilam, diambil dan disangkut oleh Iza.
"Abang tidur dulu ye. Esok ada meeting. Kena pergi awal", kata Fakhrul menarik selimut. Iza mengangguk dan keluar dari bilik, untuk melihat anaknya di bilik sebelah.
"
Sorry Farhah. Daddy ada meeting pagi ni. Tak dapat hantar Farhah hari pertama sekolah". Fakhrul mencium pipi dan ubun ubun anak sulungnya. Kemudian, Iza mengucup tangannya sebelum tali leher dibetulkan. Seperti selalu, hanya jika ada mesyuarat, baru Fakhrul akan bertali leher.
Masam muka Farhah bila kereta Fakhrul keluar dari slot pakirnya. Manakala Farhah masuk sendiri, menutup pintu kereta sekuat hati.
"Farhah, lain kali jangan kuat sangat tutup tu. Nanti tertanggal pintunya. Kereta ni kereta lama". Kata Iza sambil mengundurkan Proton Wira sebelum memandu menghala ke sekolah kebangsaan tak jauh dari rumahnya.
"I hate daddy". Bebel Farhah perlahan.
Iza hanya mampu menarik nafas sedalam dalamnya. Ye, Fakhrul jarang bersama mereka sekarang. Sejak dulu, tapi kini lagi kerap. Sibuk dengan kerja. Ada masa ke laut, ada masa ke luar negara. Paling dekat ke Terengganu, paling sekejap seminggu. Boleh dibilang dengan jari, berapa hari sangat dia bersama mereka dalam sebulan.
YOU ARE READING
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
General Fictioncinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, ta...